~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.
Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :
1. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim
2. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya
3. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana
engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia
4. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S. A. W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia
5. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah
6. Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna
7. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin
(baik )
Baginda
S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau
melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin
Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk
golongan muhsinin
8. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat
9. Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa
nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa
10. Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya
11. Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat
12. Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu
13. Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia
14. Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia
15. Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu
16. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh
Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai
oleh Mereka
17. Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya
18. Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya
19. Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat
20. Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata
penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa
kesakitan
21. Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )
22.Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan
23. Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang
24. Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah
Telah
berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar
dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat selain hadis ini....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
8 comments:
Tiny mohon agar peroleh redha Allah dalam kehidupan di dunia dan akhirat.. diizinkan-Nya bertemu Rasulullah di telaga Khautsar di akhirat kelak dan mendapat syafaat Baginda.. bersama-sama memberi dan menjawab salam Allah di Jannatul Raudhah sana.. Ameen..
Ameen Ya Rabbul 'alamiin.
as salam kak anie,
hadis yang sangat berguna utk pedoman
kita semua agar tak tersasar jauh dari landasan
no.12 tu ..ati selalu amalkan buat 100 kali dlm sehari..insyaAllah
yg no.13 tu..susah betui nak di kikis dari hati org biasa mcm kita ni
tq kak anie, jum ler kita sama2 berusaha ke arah kebaikan
tqs for sharing kak anie..
semuga kita semua sentiasa beringat untuk menjadi pedoman dan renungan.
baru habis baca N3 dari majlis di melaka..wah bestnya orang besar pun datang gak ek.
rasa nak jumpa kamu nak borak-borak..nanti kita date cuti sekolah ek..
terima kasih kakAnie berkongsi info.. semoga sama2 kita dapat menjadikannya sebagai panduan hidup...di dunia dan akhirat..
salam kak.. banyak faedah hadis ni..
tapi kenapa ramai yang taknak ikut..
tima kasih kak sebb kongsi hadis ni...
terima kaseh kerana mengingatkan, maklumlah kita ni kadang2 alpa dengan kehidupan duniawi ni.
Post a Comment