Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, March 3, 2011

Boleh Ke Macam tu...

Semalam aku pergi Econsave...

Nak beli sedikit lauk untuk simpanan kat rumah...

Dah bercadang nak beli ikan pari... nanti nak masak asam berlada... kemudian nak beli udang atau sotong.  Sebab si kecik aku memang feveret dia udang... atau sotong goreng tepung.

Bila dah habis mengambil segala yang patut dibeli aku ke bahagian sotong dan udang...

Kat Econsave ni .... kalau nak beli udang ke sotong ke kena tunggu sebab bekas mengisi udang & sotong tu dideretkan di tepi dinding... jadi kalau nak memilih udang atau sotong... paling ramai pun 2 orang je boleh berdiri kat satu bekas.

Aku pun beraturlah kat belakang... menanti orang depan tu memilih udangnya.

Tunggu punya tunggu... tak sudah2 jugak...

Last2 aku pun beredar... malas nak tunggu aje kat situ... membazir masa... esok2 nanti aku pergilah.

Semasa aku dah beredar tu... aku lihat dari jauh... salah sorang yang memilih udang2 dari bekas tu buat sesuatu yang tak patut.

Ade ke patut... setiap udang yang dipilihnya... dibuang kepala udang tersebut.

Jadi berlonggoklah kepala udang kat situ...

Aku perhatikan lagik... memang sah... setiap udang dibuat begitu... hampir setengah plastiklah udang2 yang dah dibuang kepalanya berada dlm tangannya...

Aku jadi geram... geram sebab dahlah aku tak dpt nak beli udang... ada pulak manusia macam tu... tak baik betul...

Aku terus pergi kat kaunter menimbang... aku beritau budak yang kat situ...

'Dik dik... tengok orang yang kat tempat udang tu... dia pilih udang pastu dia buang kepala udang tu... setengah plastik udang dia semua takde kepala...'

Jahat aku kan...?

Tapi memang tak patutlah buat macam tu...

Kalau camtu.. len kali aku kalau beli kerang... aku buangkan kulitnya dulu.... lagik untung...

Boleh ke macam tu....?  (Nasib baik kerang tu tak boleh dibuang kulitnya)








...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

29 comments:

ainnoraini said...

orang mcm tu ade jugak ye...byk dia masa nk buang kepala udang tu...

nak cepat la tu...kak anie..

tensionkan bile ade org perangai mcm tu..

ChentaHati said...

saya penah tgk kak org mcm ni... hari tu kat carrefour wangsa maju... makcik ni dia beli daging pastu siap dia siat2 daging tu punya lemak2 putih tu... berlonggok lemak daging tu. dia kata rugi timbang sb berat lemak je, isi tak bnyk mana. aikkkk, boleh pulak? tak baik lah kan...

Marina Monroe said...

Macam2 kerenah orang, sempat otak berjalan nak menipu cara macam tuh??..

Zareda Norman said...

Ya Rabbi.. ada juga orang macam tu.. gigih tu..

sya said...

Aku cukup menyampah org cam tu.. halal ke tidak cara dia buat tu ek?

Kak Ani .. buang kulit udang tahan lagik.. nanti esuk lusa ko jumpa org bukak kulit ketam lak.. ha ha ha lagik ko tension

sya said...

Kak Ani nak menyampuk sikit...

Ainoraini.. bukan nak cepat apa.. nak cepat kaya.. ha haha

Alina... said...

hahhahah kalako bc blog kali nii hihihi....patutlah lama org tu duk kat tpt udang tu...rupanya tgh bikin keje hehhehehe.....

pB said...

orang tu ada banyak masa sebab tu dia leh buat macam tu

~ yus ~ said...

lorr, orang mcm tu pun ada ye kak. memang tak patut betul...huhu

AuntieYan said...

Salam Anie,

Berbagai ragam manusia ni. Satu lagi, Kak Yan boring betul dengan perangai orang bila nak ambil makanan(masa majlis kenduri) dok memilih-milih...terutama ayam, kejap ambik yang tu, letak, ambil yang lain pulak. Tak cukup dengan tu , ada pulak siap mencium pulak makanan tu....kan ke orang ramai berderet kat belakang...gerammmm kan?

shafarina said...

ishk, ape masalah orang tu? abis kalau beli ketam dia buat macam mana taknak berat tu?

patut kak anie amek gambar dia n letak kat blog jer... salah laku sungguh

Ati Masrif said...

yang heran tu ..
boleh buat selamba je ye
tak ada rasa takut2 ke..

jom kak komen pedas2 n3 ati ptg ni
ati tunggu komen yg membelasah skit..hehe

faridmw said...

salam kak..
ish2 boleh pulak mcm tu... nsib dia tak buang kulit2.. hehehe.. tak jujur la..
sepetutnya ambik la dulu pastu yang dkt pala tu jual dkt orang yang suka kepala.. hehehe

sharifah rosidah said...

buat macam tu sbb harga murah agaknya dia rasa dah ringan sikit berat udang tu, kalau dah tahu mahal tak yah makan udang makan je telur. Macam ni punya orang pun ada menyampah!

MULAN said...

ooiittt... ada ke camtu.. tak baik aahhh...

Izariza said...

hehe Kak Ani, apa yang Kak Ani buat tu sangatlah baiknye .. sebab mencegah kemungkaran gitu! Laaa .. ada jugak manusia camtu ek? Kira nak untuk tapi tak sedar ke apa yang dimakan tu halalan toyyiba ke idak?? terima kasih atas coretan, buat mengingat hati yang alpa.

Neeza Shahril said...

sabor je la.. sanggup tu nak kurang timbangan dengan buang kepala udang.. ish ish ish...

aNIe said...

ainnoraini... tulah pasal....kita yang tunggu kat belakang pun naik letih menanti...

-----------------

CH...mana ada orang buat camtu kan... kalau boleh buat dah ramai orang buat camtu... pastu diorang naikkan harga utk sekilo... nak ke camtu...

aNIe said...

Kak Marina... tulah pasal... sanggup habiskan masa lama2 kat situ...

------------------

Zar..berusaha keras untuk jadi kaya....

aNIe said...

Hahahah... kalau buang kulit ketam tu sudah melampau... baik duduk situ bawak pisau... siang sekali...hahaha

Tulah sya... nak cepat kaya tu kan?

-----------------

Alina... lupa nak upah dia buatkan kerja untuk akak sekali...hahaha

aNIe said...

PB... len kali suruh dia mintak kerja siang ikan sekali kat ekonsave tu...hahaha... dapat gaji lagik

--------------

Yus memang tak patut kan...kita beli udang dengan kepala...dia pulak suka2 je buang kepala udang untuk untung lebih

aNIe said...

Kak Yan... tebiat memilih milih makanan macam tu buat anie geram jugak... ntah aper2 ler diorang tu kan... mementingkan diri sendiri

---------------

Wan...akak ni selalu terlupa nak ambik gambar2 camtu... sebab geram .. lupa semua..hehehe

aNIe said...

Ati...tulah... dia buat selamba je... tak pedulik pada orang lain pun...

------------

Farid...hehehe... ada orang minat kepala udang eh... ada orang ambil kepala udang tu buat stok udang...

-----------

Shidah... hahaha...yelah ... makan telur aje...lagik murah... adoyai... gelihatilah pulak baca komen shidah ni... nak makan udang abih takut nak bayar kan?

aNIe said...

Mulan.. geram betul akak dibuatnya...pasal dia kita tak dpt beli udang

----------------

Izariza...tulah pasal... orang ni nak kaya cepat langsung tak ingat dosa pahala kan? Bukankah semua tu nanti jadi darah daging anak2...

--------------

Neeza...manusia ni pasal nak menipu...panjang aje akalnya...kita pun tak terfikir sampai ke situ...

nurazzah8 said...

Kak Anie,
apa khabar? lama tak borak dgn akak...

azzah dtg sini minum susu sambil dengar lagu ERA...hehehe

kak..orang yang buat macam tu tak sedar bahawa apa yang dia buat ibarat menipu dan mencuri..apatah lagi jika dia seorang lelaki, dan membeli untuk keluarganya...bahawa segala yang dimakan oleh anak isterinya adalah dari sumber yang tidak bersih...jadi darah daging...

iina said...

Kalau saya kak confirm saya ambik gbr mesti dia gabra heheheh..

aNIe said...

Azzah...akak sihat... akak pun sibuk keluar masuk kereta .... hehehe...

Akak harap azzah pun sihat... terima kasih kerana sudi menjamah susu & dgr radio era kia...

Orang mcm tu sanggup buat apa sahaja untuk mengaut keuntungan hingga tidak mengira halal haramnya

------------------

iina... selalunya akak yang gabra... tu yang tak sempat nak amik gambar...hahaah

RashAtie said...

halal ke kalau dia buat camtu?

aNIe said...

Atie... mana boleh halal jadinya... mestilah tak halal sebab dah menipu dah kiranya tu...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails