Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, March 23, 2011

Melancong ke Melaka...

Hujung minggu lepas balik Melaka...

Mertua operate matanya yang silau... masukkan kanta dlm anak mata katanya.

Dengar macam tu aku yang terasa ngilunya.

Alhamdulillah... masa aku balik mertua dah sihat... cuma mata tu masih guna cermin mata hitam lagik...

Aku balik hari Jumaat malam... baru sampai Melaka...

Sabtu... cik abang ade jadi... habiskan masa di rumah je... petang baru keluar.

Ahad... program cik abang penuh... jadi aku dengan si kecil buat program sendiri...

Kami keluar rumah dari rumah mertua lebih kurang jam 10.30 pagi...

Destinasi pertama... nak beli syampu dan body shower kat Tong Hup ...

Jom layan gambar .....





Sebelum ke Tong Hup... kami berposing2 dulu di Jambatan Pasar di tepi Sungai Melaka...

Kemudian aku telefon Munir... suruh bersiap..sebab si kecik nak ke Banda Hilir.

Si kecik komplen... tak pernah pergi ke Banda Hilir... nak ke A'Famosa...Dataran Pahlawan... dan lain2 tempat.

Memang benar... walaupun aku orang Melaka.. aku tak pernah lagi ke tempat2 tersebut apa lagi dgn si kecik ni.. memanglah tak pernah jejak kaki ke sana pun.

Lepas shopping aku terus ke rumah Munir... dan kami terus ke Banda Hilir...


Dalam perjalanan utk ke Dataran Pahlawan... jalan2 dan singgah2 di kedai cenderahati

Di atas Dataran Pahlawan


 Di hadapan A'Famosa... hujan baru lepas turun...


Mendaki Bukit St Paul





Di atas Bukit St Paul




Di hadapan Memorial Kemerdekaan

Turun dari Bukit St. John... kami ke Muzium Kesultanan Melayu Melaka...

Aku pernah ke sini sekali sahaja... tu pun dah lama dulu masa Farhan masih kecik...








Antara yang dipamerkan di dalam Muzium tersebut... gambar di atas adalah replika bilik peraduan Sultan Melaka...



Contoh kedudukan pembesar2 di Balairong Seri...


Ta' Melayu Hilang di Dunia...


 Replika pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat


Yeeaayyy!!!  Dah dapat tengok A'Famosa... Muzium... dan macam2 lagi...


Balik... singgah mengalas perut di Hot & Roll...

Aku balik rumah mertua dah petang... terus siap2 untuk pulang sebelum itu singgah ke rumah bapak... dan dari sana aku bersama Sya pulang bersama...

Si kecil pulang dengan tubuh yang letih... tapi dia happy sangat...


...


 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

18 comments:

Acik Erna said...

anie..aduhai..orang melaka baru nak jelajah bandar hilir ye..
akak pun dah tak terkira dah kesana tu..he he..

aNIe said...

Hahaha... kak... tu le pasal... pertama kali si kecik ke sana..byk betul gambar dia... berposing2 bagai

Anonymous said...

assalamualaikum kak anie

erk nak tau... kanta yang dimasukkan dlm mata tu cam kanta lekap biasa ke? ~

Alina... said...

bestnyer gi jenjalan...wah kak ni melancong dulu melaka sblm pindah ehhh....huhu....

iina said...

biasalah kak.. sebab kenang tmpt sendiri sebab tuh mls nak pergi kan.. best apa jln2

sekadar satu coretan said...

letih naik tangga tu...pegi cuti yg lepas nak tercabut rase kaki ni...

tak naik kris taming sari tu ke....

ibundo said...

seronoknya menjelajah...

pB said...

salam ...


menantu kak anie ker tu ??

~adeQ~ said...

kak, depan Tong Hup tu semua rumah sedara mara saya. Area masjid Kg. Hulu kan??? Samalah, kitorang kalau balik Melaka pun tak berjalan....lepak kat umah. Bila orang tanya hapa pun tak tahu...heheheh

inahamdan said...

melaka mmg best kak anie......:)

aNIe said...

Manje... akak tak taulah.. katanya kanta tu menggantikan anak mata tu...hehehe.. akak tak tanya secara teliti...

----------------

Alina... hahaha..apa2 pun melancong dulu...

Anna said...

Haa. ni baru betul. Org melaka tp x pernah jalan2 kat melaka..hehehe. Anak2 saya suka sgt pi Melaka kak. Setahun sekali mesti bawak dorang jalan2 kat bandar hilir, naek beca..pendek kata kalau pi Melaka mmg byk tmpat lah kena jalan kan?

aNIe said...

iina.. tulah pasal.. orang lain dari jauh dah sampai tapi akak ni baru nak pergi bawak si kecik tu.. tu pun nasib baik dia yang berkeras sebab katanya cuti ni tak ke mana pun

-----------------

Ain... tulah..sempot akak...hehehe

Kris Taming Sari tak naik lagik tak sempat... sebab berjalan2 pun sehari je.. lain kali kot

aNIe said...

Kak Pah.. dah tua2 baru dpt pi jenjalan ke sana... byk dah perubahan

-----------------

PB...aha... tu menantu akak...

-----------------

adeQ... yeke tu kampung adeQ... ? Dekatlah dgn tong hup... ramai orang kat sana... kalau shopping nak parking pun susah...

Akak pun samalah.. balik melaka memerap kat rumah... takde mana nak pergi tempat2 tu... si kecik yang beriya2 nak ajak pergi...sian pulak

aNIe said...

ina...Melaka dah banyak berubah... banyak tempat nak melancong... tapi jalan pun bertambah jam jugak...hehehe

----------------

Anna... hehehe... selalunya sebab terfikir... alah.. bila2 pun boleh pergi sana... last2 semua tak pergi...

Anna dah naik river cruise tak? Akak tak naik lagik pun...

Anna said...

Akak, akak patut try pi naek..best tau. Bdak2 teruja sgt masa naek tu.. Lama pulak tu. Masa kami pi tu siang. Org kata lagi best pi masa mlam....lenkali nak pi try naik malam pulak, nk tgk keindahan sungai melaka diwaktu malam....

aNIe said...

Betul ke anna... wah... mesti try nanti ni... tapi...hmmm...ntah bila lah tu

en_me said...

meriahnyerr uoolss.. ehehe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails