Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, March 28, 2011

Mayat Anak Yang Ditemui Hanya Tinggal Rangka...

Pagi tadi dengar kat radio...

Seorang ibu yang telah menantikan kepulangan anaknya yang dah 21 hari menghilang hanya dapat melihat rangka anaknya sahaja yang ditemui di lopak air sebuah gaung.

Anaknya terlibat dalam kemalangan....

Sebagai seorang ibu... aku dapat rasakan betapa hancurnya hati si ibu...

"Sedih hati bukan kepalang apabila mendapati mayat itu adalah anak saya. Lebih menyedihkan melihat keadaannya yang sudah tinggal rangka. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana saat dia menghembuskan nafas terakhirnya berseorangan," katanya

Mangsa dikatakan terhumban ke dalam gaung bersama motosikal yang ditunggangnya...


Berita penuh di sini... Berita Online

Sebagai pengguna jalanraya...yang setiap hari melihat gelagat pengguna2 yang lain... aku selalu berhati2 ketika  memandu...lebih2 lagi kalau ada penunggang motosikal di kiri kanan..

Sebab bagi aku mereka adalah pengguna yang berisiko besar terlibat dengan kemalangan.  Seandainya tersigung sikit pun mereka boleh terjatuh...

Tapi ada juga diantara mereka yang bagai tidak sayang pada nyawa sendiri....

Kelmarin semasa dalam perjalanan untuk menghantar Farhan ke tusyen... aku yang sedang berhenti di lampu isyarat merah terkejut bila sebuah motor yang datang dari arah yang sama memecut melanggar lampu merah untuk ke simpang sebelah kanan...

Mujur umurnya masih panjang... ketika dia membelok ke simpang kanan... kereta yang dtg dari arah yang sama sedang bergerak... hanya dgn jarak yang begitu dekat kereta itu hampir melanggarnya yang sedang laju hingga menyebabkan dia terbabas ke bahu jalan...

Aku dan anak2 di dalam kereta berastaghfar melihat kejadian itu...

Buat mereka2 yang menunggang motosikal... kalau tidak sayangkan nyawa sendiri... ingatlah orang2 yang sentiasa menyayangi anda... ingat pada ibu yang selalu menanti anda di rumah.  Ingat pada isteri2 dan anak2 yang masih memerlukan anda....




...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

20 comments:

sI tEDI said...

Al-Fatihah untuk si anak.
Takziah untuk si ibu
semoga tabah!

Mak Su said...

nauzubillah......

al-fatihah utk rohnya

iina said...

Berhati2 di jalan raya lah kak.. kdg2 kita tak langgar org.. org langgar kita lak

kakpah said...

tadi semasa memandu kakpah terperanjat kerana ada satu motor prengpreng .. bukan main laju memotong betul2 di tepi kakpah.

Kak Anie said...

tEDl...akak sentiasa mendoakan keselamatan anak2 ketika mereka bepergian... ttakut mendengar berbagai cerita ngeri ...

Al-Fatihah buat yang pergi...

-----------------

Maksu... kalau dah ajal dia macam tu... kenalah redha kan... tapi kita sebagai ibu.. memang akan sedih sgt sebab kehilangan yang disayang cara demikian...

Al-Fatihah buat arwah...

Anie said...

iina...betul tu... kalau dah ditakdirkan kita tak boleh mengelak... tapi seboleh2nya kita berhati2... agar kita tidak menjadi penyebabnya

------------------

Kak Pah... yang selalu buat camtu ialah anak2 muda... yg masih baru hidup... belum ada rasa tanggungjawab... kita yang kadang2 takut bila mereka buat macamtu...

zino said...

alfatihah buat arwah dan takziah utk keluarga...

ummu said...

assalam kak anie
alfatihah untuk allahyarham prebet tersebut(lupa namanya siapa).
sebak masa baca berita tu kan kak

Lady Lavender said...

memang ye la akak..kadang kita yg bawak keta terlebih risau pada org yg tunggang moto, dorang nampak selamba aje..alfatihah utk arwah.

Anna said...

Alfatihah. Teringat citer kwn baek saya ttng offmate dia yg kuar nak pi solat jemaat. Sblum kuar happy jer dia. Pas jumaat sampai kul 4 ptg tak balik2..alih2 dkat kul 5 polis kol off bila jumpa pass keje dia kot. Teman tu meninggal dunia dalam perjalanan ke masjid tercampak kat tepi semak area2 putrajaya tu. Gaknya masa nak pi masjid tu kot...Sedih dgr. Mujur jumpa tak lama lepas tu. Kalu jadik cam ni hati ibu mana tak sedih kan?. Kena selalu berhati2 terutama kalau naek moto, tp kalau mmg ajal dah begitu..apalah daya kita menolaknya kan?

Kak Anie said...

Zino...Al-Fatihah buat yang pergi...

------------------------

Ummu... memang sebak... sebab sebagai ibu kita rasa apa yg dia rasa...sedangkan anak kalau sakit pun kita kelam kabut dibuatnnya...

----------------------

Kak Anie said...

Lady Lavender... kadang kita yg memandu jadi takut pada mereka ...sebab ada masa yg menunggang motosikal ni suka2 aje menyelit2 antara kereta kita..

----------

Anna... kalau dah ditakdirkan begitu kita sendiri tak dpt nak menolaknya... kalau dah sampai saatnya kita akan pergi jua... cuma kita cuba mengelakkan apa yang dpt kita elakkan...

Sedih kan? Seorang ibu yg kehilangan anak yg dinanti2kan... tak dpt pulak menatap wajahnya buat kali terakhir...

Kaktiny said...

Al-Fatihah untuk kedua-duanya..

benarkan.. maut tak pernah mengira usia, tempat, pangkat mahupun pada sesiapa jua..

..pabila sampai namanya di petik, maka rohnya segera ditarik!..

Allahu..

Semoga nyawa kita dicabut dalam keadaan Husnul Khatimah dan dalam redha Allah Subhanahu Wata'ala... Amin.

Kak Anie said...

Tiny... itulah doa kita selalu...supaya kematian kita dalam keadaan husnul Khatimah...

izawani said...

Kak... pagi tadi, saya tengok CSI, tersentuh betul hati saya bila H pelok ibu (agaknya) selepas mereka jumpa separuh badan anak dia...

Tak payah dengar suara nangis pun mendayu dayu... tak payah dengar dia menjerit jerit syahdu (cam citer melayu), tapi tetap saya sedih... pandai betul mereka buat babak tu...

Dan... kita dapat rasa apa yang orang lain rasa tanpa perlu kita melaluinya...

Semoga ibu tu tabah...

pB said...

kalau ada pasir kat atas jalan raya pun boleh buat penunggang motor tu jatuh ...

anntaj said...

sedih. boleh bayangkan bila jadi ibu.

Kak Anie said...

Izawani... betul tu...tgk mimik muka...body language.. renungan mata mereka dah boleh buat kita rasa hiba kan? Akak pun suka tgk csi...

------------

PB... betul tu... kita yang memandu belakang mereka kena berhati2... sebab kadang telanggar lubang pun diorang boleh jatuh... jalan licin pun bahaya bagi diorang...

-------------

antaj... hati ibu... ibu2 sahaja yang tau kan? Betapa remuk dan luluhnya bila kehilangan mereka yang tercinta

Anonymous said...

pg td dengar radio era..teman wanita mangsa call radio era..sedih giler..boleh dgr ulangan kat era fm (merisik kabar-jun)...huhu..nak nangis..

sharifah rosidah said...

minta dijauhkan lah dari anak2 shidah, mak nya tu kira tabah juga lah kalau shidah mungkin dah pengsan terus. sedih betul masa shidah baca kisah arwah budak tu.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails