Kelmarin... aku terima sms dari seorang teman..
Teman ni dah lama aku tak jumpa... terjumpa masa aku sibuk mengedarkan kad jemputan pada kawan2 di pejabat lama tempat aku bekerja dulu.
Sewaktu berjumpa aku... dia memeluk aku erat... seronok sangat bila dia dapat bertemua aku semula... dan aku pun gembira tak terkata sebab lama sungguh dia hilang tanpa berita.
Rupa2nya dia dah bekerja di tempat kerja lama aku dulu.
Bila dah jumpa kami pun bertukar2 nombor telefon... tak mau lagi ikatan silaturahim itu terputus .
Dia jauh lebih muda dari aku... dari semasa aku bekerja dulu dia bagai adik pada aku. Di tempat akulah dia selalu tersadai tiap kali dia ada masa terluang.
Kalau duduk dengan aku...dia suka bercerita tentang kisah cinta dia dan macam2 lagik. Maka aku kenallah siapa teman lelaki dia... pastu bertunang... pastu putus... dan macam2 lagi
Selang beberapa hari selepas bertemu dengannya ... aku sms dia bertanya khabar...
Kami berbalas2 sms...
Rupa2nya dia dah pun mendirikan rumahtangga dan mempunyai 3 orang cahayamata.
Kemudian tidak beberapa lama selepas itu dia mula menceritakan kisah masalah dia dgn suami... katanya dia takde tempat untuk mengadu dan meminta nasihat...
Hmmm...aku dah jadi macam kauselor pulak...
Tapi kesian jugak pada dia... sebab menanggung segalanya bersaorangan...
Bila suami buat hal...selalunya yang menanggung derita ialah isteri...
Aku cuba memberikan berbagai nasihat... tapi nampaknya dia telah berputus asa dengan sikap suami yang tiap kali bergaduh akan meninggalkan rumah hingga berminggu2 lamanya. Mengabaikan nafkah dia dan anak2. Perkara ini telah berlaku hampir 10 tahun... tapi kini kesabarannya telah hilang.
Dulu semasa ayahnya masih ada... katanya ... ayahnyalah yang menanggung dia dan anak2...dan ayahnyalah tempat dia menumpang kasih, dan meminta nasihat... kini ayahnya telah pulang kerahmatullah... dia rasa kesaorangan... tiada siapa lagi tempat dia nak mengadu. Walaupun masih mempunyai ibu...tapi ibunya masih lagi bermurung dengan pemergian ayahnya.... dan dia tidak sanggup membebankan ibunya dengan masalah yg dihadapi...
Mendengarkan masalahnya aku jadi simpati... tapi aku tak tau nak cakap apa... apa yang dapat aku sarankan ialah supaya dia pergi mengadu di pejabat agama... biarlah mereka yang bertauliah memberikan kedua-duanya kaunseling. Jika mereka rasa rumahtangga itu boleh diselamatkan... dan perlu perubahan sikap pada kedua-duanya... maka lakukanlah apa yang sepatutnya.
Semasa aku suruh dia ke pejabat agama untuk membuat aduan... dia membalas sms aku...
'Kak anie... saya ada kawan yang bekerja di pejabat agama... dia kata... tak payahlah kau datang sini... sebab dia kata... nanti kalau kau kata nak minta untuk berpisah dengan suami kau... diorang pasti akan kata ... kau dah ada orang ketiga... dah ada jantan lain yang menanti kau...'
Hmmm..... aku membaca sms dia tu... hati aku jadi panas...
Kenapalah ada pihak2 yang 'bias' dalam keadaan macam ni...?
Kenapa berlaku sikap atau pandangan yang tidak adil pada kaum wanita...?
Kenapa mesti ada pandangan yang negatif bila seorang wanita itu membuat aduan...
Jadi bagaimanakah wanita wanita ini ingin membela nasib mereka?
Kerana sebelum apa2 lagi mereka telah dihukum ...
Dimanakah keadilan..?
Kalau mereka yg bertanggungjawab dalam hal-hal begini sudah berpandangan serong... ke mana lagi arah tujuan isteri2 yang diabaikan oleh suami2 mereka ingin mengadu nasib....?
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
19 comments:
bengong betol org2 yg keje pejabat agama n pangai camni. tu pasal skrg ni maksiat makin menjadi2. yg nk berpisah dihalang2, yg nk bersama dileceh2kan. lempanggggggg kang baru tauuu huhuhuhuh
Teruk betol kawan dia yg keja kat pejabat agama tu. Tang sume org keja pejabat agama tak simpati mcm kawan dia tu. Ari tu aku ok aje.. mungkin kes berlainan. Yg senang kena ada lawyer.. kalau ada lawyer org pejabat agama ni tak leh cakap apa2.
Kalau kita ada jantan pun nak kawin lain.. ada lelaki yg nak bertanggungjawab terhadap kita dan anak2 dr harapkan laki yg mengabiskan beras aje.. tu pun salah ke? Cam S**l aje.
Ramai benau jantan kat Mesia ni tau buat anak tapi tak tau nak tanggung anak..
Ni yg aku hangin ni
betol kata kak sya.. kena ada lawyer. nanti depa ingat pihak pompuan camni camtu..
Masy...tulah ... selalunya lelaki2 yg tak bertanggunjawab ni mengambil kesempatan pada wanita yang lemah... kesian kawan akak tu.. tak tau nak buat apa dah... buntu fikiran dia
------------
Sya...sabau2 sya...
Sebenarnya... kawan dia yang kat pejabat agama tu pompuan... dia dah biasa dengar komen2 yang macam tu keluar dari mulut2 org2 kat pejabat agama tu... biasalah orang laki ni selalu berat sebelah bila tiba masalah macam ni... betul kata kau... kalau adelah laki lain kat luar yang lebih bertanggungjawab utk mengambil dia jadi isteri... apa salahnya... dari menyimpan dan menghabiskan masa hidup dengan lelaki yang tak boleh diharap tu...
Hmmm... susah kan...kesian budak tu...
adoi kak, yus yg baca n3 akak ni pun hangin. Kenapa yg kerja di pejabat agama pula yg ckp mcm tu...mulut mmg takde insurans betul, rasa nak 'pang' jer...huhu
tulah nasib wanita islam kita di sini
sebenarnya masih tak terbela tau...
jangan guna biro bantuan tu..mmg lambat
kalau nak cepat selesai..guna peguam
yg kita upah..bukan biro
pengalaman kawan ati ni
org pejabat agama tu patut disekolahkan.. kalau org ketiga tu lebih bertanggungjawab dan lebih ikhlas hatinya nak jaga wanita tu, siapa dia nak judge kehidupan orang lain.. itu pun kalau ada org ketigalah..
tapi sepatutnya dia permudahkan lagi keadaan itu bukan menyulitkan..
kita bersimpati dengan nasib orang yang tak sama dengan nasib kita. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu yang menanggung beban. Semuga kawan ani tabah menghadapi dugaan.
saya juga pernah dengar kisah macam ni, pegawai2 di pejabat agama tu senang beno buat assumption sendiri, lepas tu cakap macam terus menghukum orang lain ..
Semoga sahabat kak Ani tabah menghadapi segala rintangan yang datang. Hidup kita begitulah, tidak sunyi dari mihnah dan tribulasi.
Keadilan sebenar hanya di tangan Allah.. dan tempat mengadu yg sewajarnya juga hanya pada Allah..
Allah tahu kawan akak tu kuat, makanya Allah turunkan ujian sedemikian.. Allah sayangkan kawan akak melebihi sayangnya kepada si suami kawan akak itu..
....
pasal org pejabat Agama.. pernah terdengar (wallahu 'alam bisawab, tiada bukti sahih), ada teman sepejabat cik abang mengadu kepada dia yg hakim mahkamah syariah ajak 'dating' masa dia pergi bicarakan kes rumahtangga dia..
... mengurut dada mendengarnya!..
itulah.. apabila dunia yg menjadi galang ganti akhirat.. amanah, tanggungjawab, keinsafan dan keadilan merupakan perkara yg tidak termaktub dalam 'buku tatakerja' amalan!..
Salam kak,
Pengalaman saya sendiri, mereka kurang 'people skills' dan terkongkong dengan idea 'isteri mesti taat suami'.
Semasa saya pegi buat aduan, tengah nangis2, si ustazah boleh keluarkan wallet dan minta saya cepat sebab dia nak pegi makan, kawan dah tunggu... boley? Dan masa Sulh, berkali2 dia ucap t/kasih pada suami(ex) "kerana sudi juga datang berbincang tentang aduan isteri encik ni", walhal saya di pihak yang kena dera... boley?
Perkara dah berlalu lapan tahun, tapi hati saya masih terkesan dengan perilaku ustazah ni :-(
Mulan... betul tu...akak pun ada beri pandangan pada dia... tapi tak taulah camaner sekarang
---------------
Yus... kwn tu agaknya kesian pada dia...takut nanti dipandang serong.. tak elok orang lain mengadilinya secepat itu kan..
Ati...ada sorang kawan akak tu dia memang gunakan peguam sendiri.. tak berapa lama sahaja segala tuntutannya terlunas
---------------
Zar..betul tu.. mereka yg datang mengadu semuanya sedang berada dalam kesulitan... tapi mereka menambahkan lagi kerunsingan hati mereka
Kak pah... bila mendengar macam2 cerita kawan2... kita jadi insaf dan bersyukur dengan apa yang kita ada... biarpun tak seperti yang diinginkan...tapi taklah seburuk yang mereka...
Semoga dia dpt cari jalan penyelesaian yang dpt membahagiankan dia
---------------------
Izariza...memang tak baik kan berpandangan begitu pada orang yg perlukan pertolongan...sepatutnya mereka mendengar dan cuba menasihati atau memberikan jalan penyelesaian yang baik
Tiny...akak sokong apa yang Tiny cakap... memang akak nasihatkan dia supaya bersabar dan mengadulah padaNYA... kerana DIA lah yg Maha Mengetaui...
Bila nafsu meraja dihati... maka akal fikiran pun dah tak berguna lagi...
-----------------
Jie...tak senonoh betul ustazah tu... Inikah mereka yang diamanahkan untuk membantu wanita yang dalam kesusahan...
Bab dia beriya iya berterima kasih tu tak boleh nak tahan...sabau ajelah
mcm2 kan kak anie..bukan menyenangkan masaalah tapi menambahkan masaalah lagi...
bile bace ni.. kak anie, nak marah pun ade...
bukan nk mgata kan, tp itulah kenyataan....... apatah lagi kalu si pempuan tu seorang pempuan biasa bukan sapa2..... sebelum buat pengaduan, kena kutuk kena kata bagai................. ini mmg tak adil :(
ainnoraini...tulah akak geram masa baca sms dia tu... ade ke patut dikatakan begitu pada mereka yang memerlukan bantuan...
---------------
Maksu... memang betul apa yang maksu cakap.. tu sebab kadang kita dengar para isteri yang menghadapi masalah malas nak ke pejabat agama... sebab kata mereka turun naik turun naik tangga pejabat tu... masalah masih tak selesai
kak shidah bernasib baik lah anie, masa nak bercerai dgn bekas suami dia 31 tahun dulu dia mengadu dengan tok kadi yang suaminya tu hisap dadah dan cuba nak lacurkan dia, kadi siap tolong dia macam2 sampai bekas suaminya tu ceraikan dia walhal sebelum tu mati-matian bekas suami tak nak ceraikan dia. alhamdullillah tak sampai 3 bulan dia dah bergelar janda dan sampai sekarang dia tak kawin lain dia cakap dia phobia lah.
Post a Comment