Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, March 2, 2011

Doaku Sentiasa Untukmu...






Entry ini telah ku buat lama dulu... pasti ramai yang membacanya...


Aku sengaja publish semula entry ini kerana aku ingin M membacanya seandainya dia masih lagi mengikuti blog aku... 


Aku ingin tau apa khabar dia sekarang.


Berita terakhir yang aku terima dari M ialah... dia memberitau cik abang aku bahawa dia akan mengikut suaminya bertugas di kota London pada November tahun lepas.


Dan selepas itu aku tidak mendengar sebarang berita darinya.


Apa yang aku ingat... dia ada memberitau cik abang bahawa sel sel kansernya aktif kembali dan dia akan menyambung rawatannya di sana.



-----------------------------------------------------

Entry ini ku tulis pada 27hb November 2007..


Semalam...terjaga dari tidur terus terdengar sms masuk di handphone hubby.
Hubby terus membuka sms....termenung dan kemudian berkata padaku....


'Lady....sms dari M ni...


' 'Kenapa?'


Hubby menghulurkan aku handphonenya...


"Salam En D...Just nak beritau u...my cancer is back. Kali ni kat tulang dada. Doctor will give me all the details this Thursday. Please pray for me my big brother'' (lebih kurang begitulah bunyi sms tersebut..)


Aku terkedu...hilang kata-kata...aku jadi sedih...fikiran aku terus menerawang.


M adalah ex-staff hubby. She's a very close family friend. Aku dah mengenali dia begitu lama semenjak hubby mula bekerja di Kuala Lumpur pada awal 90an dahulu. 


Bagi aku M dan suaminya merupakan sahabat yang baik...begitu menghargai persahabatan dan pandai menghormati sesiapa sahaja...(biarpun hubby dah tak menjadi bossnya lagi...dia masih memanggil aku dengan panggilan Puan). 


Dalam apa juga masalah kerja mereka sering berkongsi bersama. Sehingga kini...biar pun hubby tidak bekerja lagi dgn nya namun hubungan kami masih baik. Kami dah bagai adik, kakak & abang.


Beberapa tahun dahulu M pernah di serang cancer payudara...selepas menjalani rawatan dan menghadapi segala dugaan....dia pulih seperti sediakala. 


Selang beberapa tahun kemudian...cancer tersebut datang lagi menyerang...kali ini di bahagian rahim. 


Dan sekali lagi M berjaya melaluinya setelah menjalani segala pembedahan & rawatan. 


Dan kali ini aku berdoa sangat supaya M lebih kuat.... M...(aku tahu M membaca blog aku)....doa akak buat mu takkan putus....i know you are a strong lady....Don't stop fighting. 


Sabar dan tabahlah menghadapi segala dugaan ini demi anak2...keluarga & insan2 yang menyayangimu...


Kawan-kawan...M memerlukan doa dari kita semua...semoga doa kita akan dimakbulkan...agar M akan sembuh dan berjaya melepasi dugaan kali ini.....



-------------------------------------------

Sehingg kini aku tidak pernah lupa padanya...
dan aku akan terus berdoa untuknya... 
semoga dia lebih tabah... dan kuat menghadapi apa sahaja dugaan dari ALLAH....




8 comments:

Ati Masrif said...

semoga kawan kak anie tu kembali sihat

faham sgt perasaan dia ..
sama dgn ati masa ingat terkena
penyakit tu...hilang semua rasa nikmat dunia ni

Kaktiny said...

Al-Fatihah utk teman akak tu.
Semoga dia kuat berhadapan dengan ujian Allah.
Semoga Allah beri peluang untuk dia sembuh dan meneruskan kehidupan di dunia ini dengan amanat dan tanggugnjawab yang sedang dipikul kini..

Semoga beliau dalam rahmat dan redha Allah, walau di mana beliau berada. Ameen.

ainnoraini said...

kite cume mampu berdoakan agar kawan kak anie tu sihat seperti biasa..kuat semangat...

faridmw said...

salam kak..
selain dari doanyta, doa kawan insyallah akan menemaninya... berharap hanya pada allah dan ingt setiap penyakit itu adalah pengampunan dari allah yang menandakan dia sayang dkt kita... insyallah berharap dan sentiasa berdoa.. moga kawan ka tu sentiasa berada dalam rahmat allah dan allah mensihatkan dia dan kita.. amin...

secangkir madu merah said...

mudah2an teman kakAnie itu tabah menghadapi ujian dari Allah....

zino said...

semuga dia tabah dan sabar..

aNIe said...

Kepada semua yang meninggalkan komen... terima kasih... sama2lah kita berdoa... agar mereka yang diluar sana yang tabah menghadapi apa jua dugaan ALLAH semoga dikuatkan semangat mereka...

sharifah rosidah said...

insyaallah saya juga akan mendoakan M, Sedih saya baca entry anie tentang M ni, walaupun saya dah baca entry tentang M dulu.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails