Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, March 11, 2011

Bencana Tsunami di Jepun...




Negara yang juga dikenali sebagai Negara Matahari Terbit dilanda Tsunami tengahari tadi.

Dengan gegaran selama 20 minit berukuran 8.9 magnitude itu ia telah menyebabkan kesan yang teruk di Jepun.  Ombak setinggi 7 meter telah melanda pantai negara tersebut...

Namun begitu mengikut laporan dari kedutaan kita di Jepun semua rakyat Malaysia di sana selamat.

Alhamdulillah...

Bila mendengar berita tersebut aku terus teringat pada rakan blog yang dah lama tidak aku lawati iatu
Hanny semoga hanny dan keluarga selamat.  Begitu juga dengan Siti Fithriah yang lama tidak ku dengar beritanya... dan juga seorang kawan Ude di Tokyo iaitu Nadia yang menetap di sana bersama suami dan anaknya.

Sama-samalah kita berdoa semoga Tsunami tersebut tidak mengorbankan banyak nyawa seperti Tsunami yang telah melanda negara kita dan Indonesia dahulu.

Dan yang paling penting ialah kita berharap semua rakyat Malaysia di sana selamat...




Gambar2 ehsan dari Yahoo 
...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

secangkir madu merah said...

harap2 begitulah ya kak...
bila tengok berita itu di tv, rasa bersyukur sangat2 kerana kita dilahirkan dan menetap di Malaysia. Semoga negara kita terlindung dari bala bencana yg buruk spt itu...

Acik Erna said...

anie..insyaallah..semoga semua rakyat malaysia yang berada disana selamat..

Zareda Norman said...

zar tengok kat youtube.. sedih dan ngeri.. dasat sungguh penangan tsunami. moga moga tak banyak kemalangan jiwa berlaku

Mulan said...

moga kita semua dilindungiNya..

sharifah rosidah said...

semalam semasa sedang mencari-cari chanel tv yang ada cerita best2 tetiba tangan ni tertekan 511 iatu berita CNN apalagi terkejut seisi rumah terus tak tukar ke chanel lain rasa sedih, kesian dan macam2 perasaan datang maklumlah walaupun berbeza bangsa dan agama tapi mereka tetap manusia seperti kita. mudah-mudah rakyat jepun dan malaysia yang berada disana berada didalam keadaan yang selamat.

Kak Anie said...

SMM...Semoga kita semua dilindungi dari bencana yang maha dahsyat itu...Sesungguhnya sekiranya ALLAH mengkehendaki demikian jadinya tak siapa yang boleh mengelaknya...

----------------------

Kak Erna...lebih2 lagi mereka yang kita kenal yang berada di sana...

---------------------

Kak Anie said...

Zar...memang ngeri melihat bagaimana ombak besar dan arus yang besar itu menghanyutkan rumah dan kereta macam barang mainan...

-----------------

Mulan...semoga kita sentiasa dilindungi dan semoga apa yang terjadi akan menjadi pengajaran kepada kita dan menginsafi kebesaran ALLAH...

Kak Anie said...

Shidah.. memang bila ada negara yg ditimpa bencana...kita hanya dpt bersyukur kerana ianya tidak terjadi di negara kita...dan sama2lah kita berdoa supaya tidak ramai yang menjadi korban...

Aeez said...

Subhan-allah....teruknyer sunami...syukur tiada di MALAYSIA..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails