Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, February 8, 2011

Syukur Alhamdulillah Selesai Sudah Majlis di Melaka...

5 hb. Februari....2011

Hari bersejarah... hari persandingan anak ku dengan gadis dari Sarawak...

Sudah 2 minggu mereka diijabkabulkan barulah majlis di Melaka diadakan...

Bertempat di Dewan Bistari MITC Ayer Keroh...

Inilah kali pertama aku mengadakan majlis persandingan ..

Kad undangan telah dilayangkan...

Maka hari itu... semua tetamu mula bertandang ke Dewan Bistari bermula jam 10 pagi...

Disebabkan hari cuti Tahun Baru Cina... maka ramai yang mengeluh kerana kesesakan  di Tol Ayer Keroh menyebabkan ramai tetamu terpaksa berada di dalam kereta berjam2 lamanya...

Namun begitu...

Alhamdulillah... tetamu berduyun datang... puas rasa hati dapat bertemu teman jauh dan dekat...

Teman2 blogger dan FB aku ramai yang datang...

Sungguh terharu kerana biarpun kami cuma berkenal di alam cyber namun kemesraan serta ikatan silaturahim yang dibina dpt direalisasikan...

Cuma apa yang aku terkilan ialah... katerer yang kami tempah...

Lauk yang disediakan... masin... ayamnya tidak sempurna masak... ada juga yang keras...

Makanan yang disediakan ... tidak seperti yang dijanjikan...

Dan yang paling tidak boleh diterima ialah... pelayan yang tidak berpengalaman menyebabkan layanan di meja tetamu tidak sempurna.... dilakukan sambil lewa...

Namun bak kata orang... dalam sesuatu majlis pasti ada yang terkurang...

Maka aku memohon maaf pada tetamu yang datang... serta kawan2 andainya layanan yang diberikan tidak seperti yang dijangkakan...

Jom layan gambar pula....




Adik2 ku...


Ketua Menteri Melaka sebagai tetamu kehormat... menepung tawar pengantin...


Hero No. 1 Malaysia kita pun ada...


Rombongan pengantin perempuan bergambar bersama..


Gambar tak banyak yang ada.. sebab gambar2 di kamera womanku masih belum upload kat komputer...

Gambar2 yang diletakkan di sini ialah dari kamera kawan2 .



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

22 comments:

MOKCIK AZWA said...

Salam Kak Anie,

Pasti lega majlis sudah berlangsung dengan jayanya kan kak. Hal caterer tu..alahaii..memang kenkadang tak puas hati apatah lagi kita dah mengeluarkan belanja. Tambahan pula tentunya kita harapkan terbaik utk tetamu. Takper kak, lain kali caterer tersebut pangkah sajork dari senarai.

Lepas ni boleh la akak berehat menghilangkan letih selepas kenduri kendara hehehe...take care kak

Kak Anie said...

Azwa... memang hal caterer tu jadi hot topik... memang dah blacklist dari senarai keluarga kitorang... juga dlm senarai event utk pejabat akak... teruk sgt... lauk lebih pun kita tak dpt... diorang tapau semua bawak balik... lauk yg kami beli dari kedai utk tampung mana yang tak cukup pun diorang sapu... lauk pengantin yg byk berlebih pun tak nampak bayang...

Geram betul...

Ni akak tengah berehat... letih belum hilang lagik...

Kak Anie said...

Eh...silap...pejabat akak pulak.. pejabat abang akak...hehehhe

Dodie RH Alfian said...

Syukur and lega sangat2 kan kak kalo majlis besar mcmni dah selesai. D pun melaluinya sbb organize wedding reception sendiri. D mintak maaf x dapat datang. Dengan keadaan sarat ni dan jugak kat rumah sendiri, Husband D kena buat makan malam utk doa selamat sekeluarga..jd memanglah x dapat nk hadirkan diri. Terima Kasih kerana menjemput D dan suami.
Doa D supaya anak bujang akak tu dan isterinya hidup bahagia. Aminnn

Kak Anie said...

Dodie...akak sedia maklum dengan keadaan dodie... takpe...akak faham.. Terima kasih kerana doa untuk mereka...

Akak pun doakan agar dodie sentiasa sihat berserta baby yang dlm perut tu... take care...

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam, Huishhh...hampeh betul katerer tuh..clear bill separuh harga kalau cam gitu..
Anyway selamat menyambut orang baru (menantu) dlm family..

Sya said...

Cakap ngan camera woman tu.. jgn perap lama2 gambau tu nanti berkulat

Unknown said...

Ha'ah, lauk di majlis akak mmg ada sedikit masin terutama ayam masak merah tu. Nasib baik ada tapai pulut yang sangat sedap lagi enak tu...hehe.

Apa pun enjoy dapat jumpa kak Anie. Tahniah sekali lagi kak, dah terima menantu pun...hehe

RashAtie said...

tahniah...dah dpt lagi satu pangkat...ada rezeki taun depan naik pangkat lagi ye kak..hehe

semoga jodoh berkekalan hingga akhir hayat....n selamat berehat kak!!

secangkir madu merah said...

tahniah kak, sudah naik pangkat jadi ibu mertuaku...hehehhe alhamdulillah kenduri berjalan lancar walaupun ada yg rasa terkilan dihati, tapi tak mengapa asalkan ramai tetamu yg datang...itu lebih bermaknakan kak?

Kak Anie said...

Kak marina...tulah pasal.. hampeh tahap gaban... memang takmo rekomen pada sesiapa dah...

Terima kasih ye kak

--------------

sya...kamera woman aku tu suka yang berkulat...hahaha

--------------

Yus... memang ayam masak merah tu masin giler... agaknya diorang tu masak tak rasa kot... Semua kata tapai sedap... bukan tapai je... putu mayam pun sedap... dan kuih2 yang lain...

Terima kasih Yus sebab datang memeriahkan majlis akak

ILA said...

alhamdulilah...sgalanya berjalan dgn lancar ye kak...
maaf..sebab tak dpt capai ke negeri melaka..dlm keadaan kesihatan ila mcm ni:)

iina said...

Alhamdullilah kak.. selesai sudah majlis kan.. seronok semua dapat datang dan memeriahkan kenduri ;)

Acik Erna said...

anie..tahniah..dah jadi ibu mertua..dan terima kasih banyak sudi menjemput akak datang.
masalah caterer..biasa terjadi..bukan salah anie pun..
alhamdulillah..semua dah selesaikan..

ibundo said...

nak dapat yang 100persen perfect, susah. Asal selamat alhamdulillah. Mesti tetamu mengerti.
tapi perihal caterer sapu lauk pauk tu.. ish.. tak penah dengau tejadik macam tu. Teruk nya..

Kak Anie said...

Atie...terima kasih... beberapa hari ni asyik keletihan je.. nak bergolek2 je...

Tahun depan dpt pangkat lagik ye...

--------------

SMM... memang suka sgt ramai yang datang... tapi kita sebagai tuan rumah ingin yang terbaik untuk tetamu... tapi tulah.. tak semua majlis itu sempurna kan?

Unknown said...

wah,meriah je majlis...ade rosyam nor sekali tu..rugi tak datang....hehehee

Zaitun said...

Syukur alhamdulillah semuanya dah selesai

Ramai orang busat2 datang tentu meriah kan majlisnya.

Kak Anie said...

Ila...alhamdulillah... segalanya dah selesai...

Ila tak sihat ke? Hari ni camaner dah okay...

---------------

iina...alhamdulillah segalanya dah selesai ...terima kasih


---------------

Kak erna... terima kasih... tulah masalah katerer tu yang buat kita tak puas hati...tapi macam anie kata selalunya kita tak dpt semuanya perfect...

Terima kasih ye kak kerana sudi datang...

Kak Anie said...

Kak Pah...memang ramai yang kata tak pernah dpt katerer mcm tu...tak senonoh betul...sakit hati bila memikirkannya


--------------

ila...hehehe...akak pun tak sangka rosyam akan dtg...

--------------

Kak Zai... Dato' Ali tu mmg rajin pergi ke majlis2 perkahwinan yg menjemput dia... kalau sabtu & ahad tu memang penuh jadual dia round majlis perkahwinan... lagi pun dewan yang kami gunakan ialah dewan kepunyaan isteri dia...'

sharifah rosidah said...

kesian anie dapat caterer yang hampeh, takut shidah maklumlah giliran kita bila2 je sbb anak yang sulung dah berumur 27tahun.

tarikh anak anie kawin sama dengan birthday kita la.

aNIe said...

Shidah... ye ke...alamak...Happy Belated Birthday lah...hehehe

Tu sebab ari tu dah bising ngan cik abang... nak tempah katering lengah2... tu yang dpt yang hampeh...hehehe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails