Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, February 2, 2011

Pepagi Yang Tak Pagi...

Sepatutnya malam ni aku dah berangkat balik ke Melaka...

Adik aku Sya dah selamat sampai rumah bapak...

Begitu juga dengan biras aku yang kat KL...rasanya dah sampai kat rumah MIL dah...

Tapi aper ke hal aku masih kat Shah Alam...??

Rancangan asal nak naik Naza balik ke Melaka...tapi kemudian...adik ipar call yang Naza akan digunakan untuk ambil  keluarga pengantin perempuan di LCCT esok...

Jadi... pepagi esok je aku akan balik Melaka bersama Ude.

Pagi?  Hmmm.....selalunya kalau kata nak balik pepagi... jam 10 baru bertolak dari sini...

Maklumlah... nak mengejutkan bebudak ni satu hal... nak terkeluar anak tekak aku...

Pastu nak suruh mandi... berebut2 nak mandi bilik air belakang...

Bila dah mandi pulak... dok lah melangut...dengan towel...terhegeh2 nak siap...adoyai...!!

Kalau 10 pagi dpt bertolak dari sini pun sudah cukup bagus... silap2... jam 11.30 nanti baru nak keluar rumah...

Mana nak siapkan makan Lolly...minum dia... tutup plug.. tutup kepala gas... nak cek lubang toilet semua... dan seperti selalu aku ni memang jenis was2... kalau semua dah keluar... aku mesti nak masuk lagik sekali tgk semua switch dah tutup ke idak...

Harap2 esok tak berapa jem... sebab kalau jem  ntah kol brapa ler aku nak sampai.  Pasti mertua aku tertanya2,... manalah mak pengantin ni tak balik2... mesti dia risau sangat...maklumlah orang tua kan...selagi majlis tak selesai rasanya hati dia pun tak senang.

Tapi... esok rasanya takde apa2 kerja nak buat... sebab kami plan Hari Jumaat baru nak berkumpul untuk sama2 siapkan cenderahati untuk tetamu...

Okaylah... nak sambung lipat baju yang menggunung tu... nasib baik 2 hari ada matahari... kering juga baju2 yang bertimbun dlm bakul baju kotor... sekarang ni... masa untuk melipat pulak...

Esok... kena bangun awal sebab nak balik Melaka pepagi...

Pepagi yang tak berapa nak pagi...





...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

Zaitun said...

Samalah macam kak Zai kalau nak kemana2 janjinya pagi tapi belum tentu pagi silap haribulan ketengahari.

Zareda Norman said...

sibuknya mak pengantin.. hehehhe

iina said...

berhati2 di jln raya ye kak dan semoga selamat urusan kenduri nanti ;)

aNIe said...

Kak zai... kalalu kita sorang je rengkas kan... ni bebudak yang buat kita jadi lambat...geram

------------

Zar...hehehe...kalau tak sibuk bukanlah mak pengantin kan...?

------------

Iina...thanks ...alhamdulillah akak dah selamat sampai

Ezad said...

haa.. sama la..
kalau nak keluar rumah mesti nak buat duble check.

kadang2 dah kunci pintu rumah, pi buka balik, chk sekali lagi.. hihih

Acik Erna said...

anie..dapat ke bertolak pepagi??he he..

Unknown said...

bestnyer dah dapat menantu...hehehe...rasa mcm kak lady

secangkir madu merah said...

semoga majlis berjalan dgn lancar...

al-lavendari said...

semoga selamat dalam perjalanan .. hati2 dijalan raya.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails