Bukan nak mengada-ngada... bukan nak menggedik gedik...
Tapi memang adakala perasaan rindu itu datang bertandang...
Biarpun cik abang cuma 2 jam perjalanan dari sini... tapi akhir2 ni masa yang dpt kami luangkan bersama terlalu singkat.
Sejak dari sibuk menguruskan majlis perkahwinan anak kami... kami begitu sibuk... tak sempat untuk bersama-sama keluarga keluar makan2... atau pergi menonton.
Hujung minggu kami dipenuhi dengan kesibukan menyiapkan apa yang patut untuk majlis tersebut.
Dia sibuk dengan urusan kerja .. dan aku pulak ke sana ke mari bersama ipar duai menyiapkan segalanya.
Kesibukannya selalu menyebab dia pulang hingga larut malam... dan kalau aku balik Melaka... dia akan pulang bila aku sudah dibuai mimpi...
Selepas majlis selesai... dia sibuk pula dengan berbagai2 program yang telah disediakan.
Dua minggu lepas... cik abang balik ke Shah Alam... cuma pada Jumaat malam... kemudian bersiap2 balik pada Sabtu petang... terlalu singkat waktu itu untuk kami habiskan bersama keluarga.
Minggu lepas pulak aku yang balik ke Melaka... masa ni dia tengah sibuk dgn berbagai program di Merlimau Melaka..kami cuma dpt bersama jalan2 di Jusco sambil makan A & W bersama si kecik. Kemudian petangnya dia dah ke Merlimau semula.
Pagi tadi sewaktu menelefonnya.. dia memberitau... program untuk Sabtu dan Ahad dah penuh...
'Nak anie balik Melaka tak..?'
'Tak pelah... ari tu baru balik... penat... lagik pun abang memang takde rumah....sibuk minggu ni...'
Dengar khabar pulak... minggu depan dia akan ke Langkawi... aku bercadang untuk mengikut sebab perginya cuma 2 hari... lagi pun program dia jatuh pada Sabtu dan Ahad... tapi masih belum mendapat kata putus darinya... samada akan memandu atau bersama pemandu...
Walaupun telefon ada untuk menghubungkan kami.. tapi tiap kali telefon bila dia sedang bermesyuarat... alamatnya.. aku cuma akan dpt jawapan...
'Abg tgh mesyuarat.. nanti abg call...'
Dan cik abang memang tak suka menelefon aku pada waktu pejabat... dia lebih suka menghubungi aku selepas segala tugas selesai atau awal pagi semasa dlm perjalanan ke pejabat... ini aku sudah sedia maklum.. kerana dari dulu pun dia tak suka menelefon aku ketika sedang bertugas kecuali ada perkara yg mustahak. Dan sudah pasti kalau habis tugas... waktu dah pun larut malam... dan dia takkan mengganggu aku diwaktu tgh malam...
Kerinduan aku padanya lebih kepada rindu untuk berbual... bergolek2 dan bergurau dengan anak2 di depan TV.... rindu untuk bersama anak2 ke pusat membeli belah. Makan bersama-sama.... Dan sekali sekala pergi menonton dengan anak2.
I miss our family day out....
Saat2 itu sudah lama tidak aku rasai...
Rinduuuu......
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
28 comments:
berderet2 election sampai anak dah tak heran bapak tak balik rumah :p
assalam anie..siannya orang yang rindu ni..
insyaallah..akan ada kesempatan itu nanti..sabar ye anie..
Wan tulah pasal... dia kena bertugas... sibuk dengan program kat sana...
----------------
Kak... tak taulah bila dia tak sibuk... kalau CM ade kat Melaka tu... balik ke shah alam pun dia rasa cuak...takut kena panggil meeting bila baru je sampai sini..
rindu-rinduan...suh cik abe keje kat kl lah kak anie
Ila... kami memang dah nak bermastautin di Melaka...tunggu anak yg ketiga ni abis SPM nanti baru kitorang balik sana
Takpe kak Anie.. bila masa sibuk mmg tak dapat nak buat apa2.. nanti dah selesai.. InsyAllah.. mesti luangkan masa lama2 ;)
Salam Kak Anie,
memanglah menanggung rindu tu sesuatu yang menyakitkan .. harap Kak Anie bersabarlah ye .. demia tugas nak buat macamana .. mudah2an kesabaran itu membawa berkat dan rahmat buat akak sekeluarga :))
ala...ciannya
tinggal berjauhan ke kak..
mestilah rindukan..moment terindah
berdua bersembang...
best kalau dapat ke langkawi tu
kira honeymoon lah tu ^___~
Jom baca: Malu ahh..Di Hospital Tadi
Alaa..siannya k.anie. Nak buat camana kalau dah sorang kat sana sorang kat sini. Insyaalah one sweet day dapat kumpul semua satu family :-)
kesian kak anie.. nasib ada anak2 boleh temankan & hiburkan hati..
Salam Anie,
Siannnnnn..dia!
Setiap orang ada kelebihannya. Macam Kak Yan ni, alhamdulillah, suami sentiasa ada...tak kemana-mana pun. Sekali sekala saja pergi out station. Selebihnya, kami berdua di rumah.
Apa yang Kak Yan dapat, mungkin aNie tak dapat, apa yang aNie dapat, Kak Yan pulak tak dapat.....gitulah ketentuan Allah. Redho sajalah. :-)
Kak Zai Faham perasaan aNIe sebab dah biasa dengan keadaan sebegitu. Selalu ditinggalkan bersendiri dengan anak2.
Sekarang aje kurang sedikit itu pun kalau projek masuk ditinggal lagi.
Sabar ya Kak Anie..
kadang2 ada hikmah suma tu..sbb salunya rindu buat hubungan suami isteri makin rapat kan..ye lah..jauh rindu2an gitu...dah tugas nak buat camne..tanggungjawab harus diutamakan...cheer up...
salam kak. walaupon jauh tapi hubungan tetap erat.. moga kak bahagia dan senyum selalu..
sabar ye kak,nanti terubat la rindu tu. Kak Anie, NJ tk jumpa pun Qcake-kuching tu, drebar teksi asik bawak ke tempat salah, last2 trpksa gak beli kat Dyg.Salha... Kak, bila free? Jom dating jap? ;D
sabar2...tak lama lagik kak ani pinda melaka...tinggallah kita sensorang kat sini hanya sebatang kara....mintak2 emran transfer keje melaka....huhuhu....rmh kat sini kita nak jual jer....duk sini mcm duk dlm utan....
iina...selalunya dia menanti bila Big Boss ke luar negara.. dia akan habiskan masa hujung minggu dengan kami tanpa rasa bimbang dipanggil untuk mesyuarat...hehee
-----------------
Izariza... akak ni dengan cik abang tu memang dah ditakdirkan selalu berjauhan... masa dia kat shah alam .. akak dok shah alam... dia kena pi Jeddah... ni dah balik dari jeddah ke Melaka pulak...
Ati... kalau dpt pi Langkawi...alangkah seronoknya... dah berbelas tahun tak ke sana... kira honeymoon bersama anak2 lah nanti..hehehe
----------------
Lady Lavender... harap2 semua perancangan akan berjalan lancar... merancang untuk membina sebuah rumah di Melaka untuk tempat bermastautin dihari tua bersama.
Kak anie,
Nak buat camna.. SYMP la katakan. [saya yang menurut perintah]. Kadang2 bila difikirkan, zaman kini terlalu sibuk dgn kerja kerja kerja sehingga masa untuk bersama keluarga bertambah terhad.
Apapun bila ada kesempatan bersama sekeluarga, nikmati sepuasnya..take care kak
begitulah kalau suami kerja dgn menteri tak kiralah negeri atau persekutuan sama je. Dulu masa cik abang kita jadi setiausaha sulit dgn menteri itulah juga yang kita rasa. Bila abah balik anak dah tidur, bila abah keluar anak pun masih tidur. Kalau ada pilihanraya lagilah teruk 2 hari tak balik mandi pun sbb terlalu sibuk. Sekarang ni alhamdulillah segala2nya dah berakhir aman rasanya hidup ini.
Mulan... tulah syian akak kan... abih nak buat camno...huhuh
------------------
Kak Yan... betul apa yang kak Yan cakap... apa yang kita dpt orang lain tak dpt... dan apa yang orang lain dapat kadang kita tak dpt... jadi kita kena redha pembiraan NYA ...
Apa yg penting...kita bahagia bersama
------------------
Kak zai... tulah.. cik abang tu tengah banyak program.. dah lama sungguh kami tak habiskan masa bersama
---------------
Anna... anak2 dah besar... yang jadi penghibur kini si kecik je.. bila fikir semula...cik abang tu lagik kesian... balik malam2 sendirian je...
Faridmw..terima kasih...semoga hubungan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat
-------------
NJ...tak jumpa ye... hmmm...sian you..takpelah... kek Dayang Salha tu pun sedap tapi kena beli yang pure butter... mahal sikitlah ...
Ahah kan... lama tak jumpa... kat Subang 2 dah ada KFC & Pizza kan.. why not one day kita date kat sana?
Call akak ye..
moga cepat2lah abang temui kelapangan utk berouting bersama2 :)
Alina... nasib baik akak ade kan... dpt menjenguk ina selalu...
Kalau dpt balik Melaka... memang best kan... nanti kita dating kat Melaka pulak...
----------------
Azwa ... betul tu... bila dah SYMP.. memang kena akur...
Masa yang sedikit ni kadang nak melepaskan lelah pun tak hilang dia dah balik sana... harap2 selepas ni dia akan banyak masa terluang...
----------------
Shidah.. tulah pasal.. abih nak buat camaner kan..? Rezeki dia dah ke arah situ... jadi kenalah redha...
perasaan rindu itu indah kak... tapi kadangkala rindu bisa buat kita jadi resah dan tak tentu arah...
semoga akak dan keluarga bahagia selalu walau tak selalu bertemu...
SMM... betul cakap smm tu.. ianya indah...tapi meresahkan...
bila rindu ku sebut namamu kak anie.. hehehe
yerlah rindu suami isteri ni sangat lain dengan rindu org bercinta.. rndu isteri pada suami penuh misteri dan so sweet.. hehheh and sometimes kalah org muda muda bercinta.. betul tak?
zar ni pun wpun duduk serumah, jarang sangat dapat jalanjalan bersama.. kalau tak dia busy, zar yg busy.. kecoh sorang ke utara sorang ke selatan..
Post a Comment