Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, February 23, 2011

Mari Berkebun Keluarkan Peluh...

Hari ini...selepas hantar bebudak tu pergi sekolah... aku tak terus masuk ke rumah...

Dah lama aku tak menjengok halaman rumah... pokok2 pun dah banyak terbiar...pokok bunga melur aku yang dulu rajin berbunga pun dah macam merajuk sebab aku dah lama tak menjaganya.

Aku memang sayang pada bunga2 tu... tapi aku jadi malas untuk ke halaman rumah bila kucing2 yang mendatang kat rumah ni suka berak dalam pasu pasu bunga aku... baunya.. memanglah harum giler... kalah bau bunga melur aku...hehehe

Tapi sejak kucing2 tu semua dah besar... mereka dah tak bermastautin kat rumah aku lagik... maka aku pun dah mula berkobar untuk berkebun semula...

Jadi pagi tadi aku memulakan projek utama yang dah lama terbengkalai... iaitu mengemaskan pokok mata kucing aku yang dahan2nya dah mula merunduk ke bumi....

Pokok mata kucing ni memang rajin berbuah... disebabkan dia sedang berbuahlah maka aku tangguhkan hajat untuk memangkas daunnya ... takut dia merajuk...

Tapi lama2 aku dah tak tahan... pokoknya makin merimbun hingga mencecah ke tanah... jadi.. berbuah ke tidak aku pangkas jugak dahannya...

Maka berpeluh2lah aku pagi tadi...



Longgokan daun2 pokok mata kucing yang telah dipangkas...



Pokoknya yang sedang berbuah ada juga dahan yang sedang berbunga...


 

Taman Astakona ku dulu....


Taman Astakona ku yang sekarang...huhuhuh....

Rasanya esok nak betulkan balik Taman Astakona aku.  Pasu ini dulu berisi anak2 ikan dan batu2... tapi bila anak2 ikan tu mati... anak aku dah terbalikkan pasu tu... takut jadi tempat pembiakan nyamuk...

Pastu... aku pun jadi malas nak terbalikkan pasu tu semula...berat yang amat... kena tunggu Munir balik sini semula...



Pokok mangga ku yang dulunya tak berbuah sekarang dah mula belajar berbuah.  Aku dah petik pun buahnya hampir 10 biji.. takut untuk tinggalkan masak di pokok nanti buahnya jatuh ke tanah... tak dapat makan..

Di bawah ni pulak... pasu2 & bekas daun kunyit... daun kesum... daun basil... cekur.. dan cili padi...

Tapi bila kucing2 kecik kat belakang rumah ni buat tandas kat pasu tu...langsung aku dah tak usik lagik dah semua pokok2 tu sampai dia mati...huhuhu... nak kena tanam semula dah...



Gambar yang bawah ni pula ialah ialah rimbunan pokok lengkuas aku...dan serai... Tapi sejak jiran belakang rumah ni buat kandang anjing dia betul2 di tepi tembok tu.. langsung aku dah tak ambil lengkuas atau serai dari situ...

Apa taknya.. tiap kali aku nak menggali lengkuas... kepala anjing dia akan menjengah di atas tembok tu... terkejut berok aku .... takut kalau2 dia melompat atas tembok tu.

Walaupun aku tau dia takkan lompat... tapi aku takut.. dan tak suka dia menyalak bagai nak giler bila aku nak gali lengkuas atau ambil serai kat situ.  Akhirnya... tempat aku dptkan lengkuas dan serai ialah dari mini market depan rumah aku.


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

17 comments:

Acik Erna said...

as salam anie..rajin anie.berkebun musim panas ni..
kena mula balik tu anie..banyak pasu2 dah kosong..
tapi anie ada masa ke.he he..

iina said...

elok tuh kak... leh bersihkan kawasan umah dan cantik kan ;)

Unknown said...

bestnyer berkebun..umah ila takde tanah...huhhu

Zareda Norman said...

dah habis acaara menyambut menantu ni bolehlah belai balik pokok pokok tu kak anie.. zar pun suka berkebun cuma tanah sekankang kera.. semua pokok tanam dalam pasu jer..

Mulan said...

mangga..!!! moga mangga saya pon berbuah banyak tahun ni..

aNIe said...

Kak...kesian tengok pokok2 yang dah layu... kalau musim hujan dah tersedia segar je kena air hujan

Betul kak...pasu banyak yang dah tak bertanam lagik

----------------

iina... semak kepala bila tengok kawasan rumah sekeliling semak...cuma sebelum tu pejamkan mata je

aNIe said...

Ila... tanah keliling rumah akak besar...akak je tak yang tak berapa nak rajin...hehehe

--------------

Zar... dah habis semua kesibukan tu boleh le bercucuk tanam semula

-------------

Mulan.. mangga akak tu dah mula rajin berbuah... ada yang dah berbunga semula... Mangga yg kat rumah Mulan tu sedap... akak doakan biar dia berbuah sebab tuannya murah hati...jadi akak doakan murah rezeki...

ibundo said...

sibuk sangatlah anie tu sampaikan dah tak terbela lagi dah..
kena mula balik ni..

Anna said...

senaman pagi tu kak anie....nanti pun dapat hasil jugak..lagi2 kalau mangga tuh..wat kerabu mmg sedapnya...

aNIe said...

Kak Pah...sibuk yang dibuat...hahaha... sebenarnya vitamin M tu banyak sgt.. nak kena mula balik tu...

---------------

Anna... mangga tu dicolek dgn sos colek pun sodap...hehehe

Yunus Badawi said...

Masalah sama yg emak Adam (sepatutnya saya juga) hadapi dgn kak aNie iaitu kucing jiran suka berak kat laman kami. Bezanya kat pasu tu jaranglah tapi kat rumput 2 - 3 longgok tu biasalah.

Kalau boleh jadi lauk, dah lama saya sembelih kucing2 tu grrrrr

Yunus Badawi said...

Rendangnya pokok mata kucing tu. Dahan yg dipangkas pun punya lah banyak.

Zaitun said...

Bestnya ada pokok mangga dan mata kucing kat kawasan rumah.

Kalau dah dikemas nanti mesti cantik kan.

Dulu kat depan rumah kak Zai pun ada pokok mangga lepas tu tumbang cuba tegakkan semula tapi akhirnya mati juga.

Kaktiny said...

bestnya pokok buah mata kucing tuuuuuu...

.. aik, dh terlangkup pasu taman astakona tu kak.. hihihi..

aNIe said...

YB... memang geram bila dia berak kat dlm pasu tu... pasu2 tu dah lah dekat dengan pintu.. bukak je pintu... haruuuuumm....hehehe

Pokok mata kuching tu jenis yg rendang... dahannya sampai ke tanah... yg berbunga dan berbuah tu pun boleh dicapai dengan tangan je...

-------------------

Kak Zai...pokok mata kucing tu orang kata ramah berbuah... rajin sungguh tak henti2 brbuah dan berbunga

------------------

Tiny...hehehe... itu melambangkan tuan nya yang 'rajin' bebenor...

sharifah rosidah said...

saya memang malas nak berkebun-kebun ni, semuanya che abang kita yang buat, kerja kita hal2 yang berkait dengan isi rumah je, dari memasak, mengemas, mengemob dan menghias semua tu kerja saya.

Aeez said...

Shidah... cik abang kita kalau ade pun dia tak buat kerja2 berkebun ni...kerja dia cuma cuci kereta... cuci kipas... tu aje...hehehe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails