Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, February 26, 2011

Cerita Pasal Iklan Lagik...

Tiap kali tengok TV... kita mesti disogokkan dengan berbagai2 iklan...


Sekarang ni ... banyak iklan2 yang rasa2nya kadang tak sesuai untuk anak2 kecil...


Dulu aku pernah cerita pasal iklan2 yang aku tak suka...


Iklan Jin Hijau yang terlepas dari lampu ajaib yang bagi suami isteri tu Power...!!








Puaslah nak menerangkan pada anak aku masa tu... aper dia Power yang dimaksudkan....


Kali ni aku nak cakap pasal iklan yang tak perlulah iklan selalu kat TV tu...


Iklan Jus Kacip Fatimah ni... suatu ketika dulu selalu aje ditayangkan...




Bila ditanya si suami... si isteri menjawab...'Saya dibilik bang'


Si kecik aku bertanya... 


'Kenapa bini dia tunggu dia balik kat bilik?'


Sebab dia selalu tengok ibu dia tunggu ayah dia kat depan muka pintu... tu yang dia jadi heran... 


Satu lagik iklan...Payu up...










Anak bujang kecil aku pasti akan terkekek2 ketawa bila dia dengar...


Bua***** anda kecil... kendur... bla...bla...bla.. (semualah disebutnya... kadang aku pun nak tergelak)


INGINKAN BENTUK PAYUDARA YANG LEBIH MENARIK?



Hai... tak payahlah sebut yang macam2 tu kan..?


Rasanya iklan ni memang melekat dalam kepala si kecik tu.. 


Yang paling aku nak ketawa bila dia tengok citer kartun Upin & Ipin... 










Bila dia tengok gambar  cikgu Jasmin... dia terus kata... 


'Cikgu Jasmin ni kena minum Payu up...'


Hahahaha... bagai nak golek2 aku ketawa...


'Hish... tak malu eh....'


'Yelah macam dalam iklan tu...' 


Berpengaruh sungguh kata2 dalam iklan tu.. 


Sepatutnya iklan aje lah.. tak payah sebut macam2... 









...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

17 comments:

Anamarza said...

Budak sekarang memang advancekan, tak macam kita dulu, reti main pondok2 jer :0)

Coretan Terkini: Gilos sungguh pemandu lori...

Ila said...

hehehe...kelakar lah..cikgu jasmin tu maksudkan watak ke yang menyumbang suara tu...hehehe

aNIe said...

Anamarza...dulu2 main pondok2...main kawin2....hehehe...kelakar kan..?

----------------------

Ila...yang dia maksudkan tu... katun tu... tu sebab akak cakap kat dia suruh ckp kat orang yang lukis tu kasi up sket...hahaha

kak Erna said...

amie..tu la yang akak malas nak tengok tv sama2 tu..banyak beno iklan..yang buatkan akak malu ngan budak2 ni..dah le lelaki semua..he he..

sharifah rosidah said...

hahaha kenkadang abang kita suka mengusik kita dengan iklan yang bodoh tu. lepastu dia cakap dgn kita janganlah beli semua tu bohong je dia kata orang lelaki ni senang tak payah tu semua kalau dia sayang dia tak kisah macamana pun keadaan diri kita tapi kalau dia dah tak suka ko pakai apa pun aku dah tak suka kat ko.

iina said...

Boleh buat pengaduan kat akhbar nie... sebab rasanya patut kenalah tapis benda2 tuh.. kat sini sepjg 4thn takpernah lagik ada iklan2 sensor camtu.. sebab kat sini diorg betul2 particular pasal isu2 camnie.. ;)

zino said...

iklan tu berjaya memukau kanak2... mak mak dia org tak terpengaruh ke? hehe

aNIe said...

Kak erna...tuler pasal...hehehe.. dahlah akak semuanya lelaki kan...

----------------

Shidah.. sokong sgt2 dengan abang shidah tu... yelah orang laki ni camaner cantik pun isteri..camaner mantap pun body dia... kalau dia nak kawin lain...semuanya jadi tak betol...kan?

----------------

iina... tu lah...semua disebutnya...hahaha.. kadang akak ni nak ketawa pun ade...

Mak Su said...

lagi 1 iklan saya tak suka adalah tembikai tu..... no needlah nak show tembikai

[iklan jual tuala wanita]

Zareda Norman said...

bebsudak sekarang over expose.. kadang2 zulaika pun tanya benda yg pelik pelik..

MULAN said...

betol tu kak anie.. pastu mula la kelam kabut bila anak tanya macam2..

Sari Yusa Ibrahim said...

sy setuju dgn Kak Anie, makin galak iklan2 skrg, makin mlampau krn tiada pihak berkenaan yg menegur..

sya said...

Budak tu memang teliti lah bab pandang badan orang..

Normaliza said...

tu la yg tak suka iklan skang ni..macam terang-terang sangat menunjuk. senang je budak-bidak nak mengajuk

Normaliza said...

tu la yg tak suka iklan skang ni..macam terang-terang sangat menunjuk. senang je budak-bidak nak mengajuk

aNIe said...

Maksu...yelah...siap tunjuk tembikai bagai...hahaha...tak senonoh...

----------------

Zar...tv ni banyak memberi pengetahun...ada yang baik ada yang tak sesuai untuk anak2..

aNIe said...

Mulan..diorang selamba je tanya macam soalan kan... kita yang terkebil2 nak menjawab

----------------

Sari...memang betul pun... macam2 sekarang...

--------------

Sya..hahaha... kau pun dah terkena kan?

--------------

Normaliza.. tulah pasal...diorang tu buat iklan asalkan boleh je...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails