Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, January 3, 2011

Hari Permulaan Sekolah 2011...

Hari ini... sikecil aku memulakan persekolahan sessi pagi ...

Dia sekarang berada di Tahun 4...

Sungguh cepat masa berlalu...

Pagi ini aku ke sekolahnya ... menghantarnya terus ke tempat perhimpunan...

Terasa lama dah aku tak melihat dia berhimpun dan berada bersama kawan2nya....

Tiba-tiba terasa rindu pada masa dia masih kecil dulu...




Pertama kali dulu masa dia masuk ke sekolah Tahun Satu...

Hari ni aku tak dapat nak ambil gambar dia... sebab dia dah laju ke hadapan... mungkin kerana rindu pada kawan2 sekolah... atau malu bila ibunya menghantar dia sampai ke perhimpunan...




Masih teringat entry aku ketika dia mula2 ke tadika dulu...

Entry tersebut dibuat pada Blog lama aku pada awal persekolahan 2008....saje aku masukkan entry tersebut untuk mengimbas kembali hari pertama si kecil bersekolah...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Pheeewwww!!!...Lega....

Itu lah rasa hati aku bila aku pergi mengambil anak aku di pre-school tengahari tadi....cikgu dia beritau aku ketika aku melintasi gate sekolah untuk menjemput dia....

'Hari ni Fareez okay...nangis sekejap aje...dah mula mahu bercakap...katanya esok dia takmo menangis lagi...'

'Alhamdullillah....''

Aku tersenyum sambil berlalu masuk ke dalam mencari dia...Dia datang pada ku dengan ceria...

'Ibu...aeez tak nangis lagi.....'

'Aha...camtulah anak ibu ....'

Itu cerita hari ni....dua hari sebelum ini keadaan dia membuatkan aku begitu risau....



Hari 1 :

'Ibu....temankan lah aeez...' pinta dia sebelum sampai lagi di sekolahnya...

'Okay...tapi ibu tak boleh tunggu lama...cikgu tak bagi....'

Sesampai saja di sekolah ...dia naik ke atas...aku pergi settlekan yurannya....tetiba aku dengar suara dia...terjerit-jerit memanggil nama aku...

'Ibuuuuuuuuu.....Ibuuuuu......nak ikut ibu......mana ibu kita.....Tepi lah orang nak pegi kat ibu orang'

Cikgu2 cuba tenteramkan dia tapi dia meronta2...dan aku tak sempat lari utk bersembunyi...sebab dia dah nampak aku lantas menarik baju aku macam nak koyak...menangis-nangis meminta aku masuk dgn dia sekali kat dalam kelas tu....

Alamak...aku dah jadi macam budak tadika plak dok atas kerusi kecit...sedangkan ibu bapa yang lain sorang pun tak menemankan anak mereka....

Pujuk punya pujuk pun masih dia enggan melepaskan aku....dpt saja peluang semasa dia sdg lalai...aku pun terus melarikan diri ke kereta...dan sayup2 aku dengar suara dia terjerit pekik memanggil aku ........ Ibu!....Ibu! ....dan dari jauh juga aku dengar dia menggegar pintu besi sekolah tu...hati aku jadi sayu...kesian plak aku mendengarnya...kerana selama ini aku lah yang menjadi pelindung dia...pantang mendengar dia memanggil aku..aku akan berlari datang bertanya mengapa...tapi hari tu...aku yang melarikan diri darinya ketika dia memerlukan aku...
Tapi nak buat macamaner lagi...

Namun aku terus memandu pergi....menuju ke sekolah Farhan untuk membelikan dia buku rampaian sekolah....hampir jam 11.30 aku kembali untuk menjemput Fareez....

Sampai saja di muka pintu...Teacher Rina ade di situ...

'Teacher...macamaner Fareez...?'

'Crying kak...non stop ...masa nak balik ni baru dia berhenti'

Tapi sebaik dia nampak aku dia wajah dia terus ceria...

Sepanjang perjalanan pulang aku memujuk dia dengan pelbagai kata-kata manis....nampaknya macam esok dia akan okay....harap-harap begitu lah....




Hari 2 :


Ketika dalam perjalanan ke sekolah Fareez....

'Ibu...hari ni ibu jangan lari tau....ibu temankan fareez okay'

'Mana boleh...sebab cikgu tak bagi ibu anak2 temankan anak diorang'

'Alah....ibu temankan le...' Airmata dia dah mula ketengah ketepi...

'Okaylah....tapi ibu tunggu kat luar'

'Janji..okay..kalau ibu tak tunggu...ibu berdosa...'

Aku tersenyum......pandai plak dia....

Sampai je di sekolah....dia dah mula dah.....dia peluk aku dan langsung tak mahu masuk ke kelas....datang sorang cikgu dia dtg memujuk...bila cikgu tu bawa dia ke atas...aku terus pergi. Memula aku tunggu di kereta...aku dengan suaranya masih menangis...tapi selepas berfikir...'buat aper aku tunggu dlm kereta tu...bukan boleh buat aper pon..baik aku balik'

So aku pun balik...masak...gorengkan nugget untuk dia dan tepat jam 11.15 aku bertolak ke sekolahnya....kali ni lain pulak komen 'teacher' dia...

'Hari ni Fareez nangis...tapi kejap saja...cuma dia tak mahu masuk kelas....'

'Takpelah teacher...give him until next week...i think he will be okay ...'

Fikiran aku jadi buntu....macamaner aku nak buat lagi ni....sebab anak2 aku yang terdahulu tak pernah ade masalah ni...mungkin sebab selama ni dia cuma bersama aku di rumah dan dia tak pernah berpisah dari aku...



Hari 3 (Hari ni) :

Pagi-pagi semasa di dalam kereta....

'Ibu...nanti balik kita singgap kat Petronas eh...beli keropok....'

'Takmo...kalau Fareez tak nangis...Fareez masuk kelas...baru boleh beli keropok...'

Sebaik saja kereta aku membelok ke kawsan sekolah...

'Ibu fareez rasa macam nak nangis je....'

Larr...pulak...puas dah aku memujuk dia tadi....ade lagi bab nak menangis ni......

Dan sebelum aku pergi tadi...dia langsung tak mahu melepaskan pelukan dia pada ku...dia kata dia dah takmo pergi sekolah...dia nak tolong aku masak je kat umah...dia tak pandai pun tak aper...lorrr...sampai camtu sekali.

Tapi kali ni...aku minta cikgu dia ambil dia dari aku dan aku terus pergi tanpa menghiraukan jeritan dia....

Dan kali ini balik dari menjemput aku terus singgah di Petronas untuk membeli keropok yang aku janjikan....

Dan aku harap sejarah Hari 1, 2 dan hari ini tak akan berulang...kerana tiap kali mendengar suaranya....aku jadi sayu............dan fikiran aku jadi buntu...tak tau nak buat aper....








..

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

12 comments:

cikceriacorner said...

salam akak..
fareez da darjah 4..selamat bersekolah adik..belajau rajin2 ye..:)

zino said...

tahun 4 kena tunggu lagi ke hehe

~ yus ~ said...

Cepat saja masa berlalu kan kak..Dah tahun 4 pun Aeez..

Zaitun said...

Alhamdulillah, Farez dah pun besar semoga dia menjadi anak yang boleh membanggakan ibubapa,insyaAllah.

kak Erna said...

anie..lucu kan bila diingat kembali ragam anak2 masa mula2 sekolah..
anak2 akak yang sulung je..menangis ..meraung..
yang kedua dan ketiga ok..tak de masalah

MULAN said...

kejap je masa kan... kelakar sokmo aeez ni..

aNIe said...

Cikceria... ahah... kena rajin2 belajau... mak bapak dah banyak kluar duit... barang semua mahal2 sekarang...

----------------

Zino...hehehe... tak tunggu lagik dah... saja nak pergi tengok... tadi pergi cek jadual balik sekolah...

---------------

Yus... tulah rasa kejap je.. tgk macam alia tu... akak rasa macam baru je tengok dia kecik dulu dgn rambut keriting dia tu...hehehe

--------------

aNIe said...

Kak Zai...terima kasih... semoga doa itu dikabulkan...

-----------------

Kak erna... si kecik tu dulu mungkin sebab yg bongsu... manja... tu yang bergolek2 menangis masa tadika dulu...

-------------------

Mulan... tulah kenangan masa dia kat tadika... terlalu rapat dengan akak sampai tak boleh nak berpisah

-------------------

iina said...

Yelah kak.. mula2 masuk sekolah kan.. now dah thn 4 dah besar kan.. takkan nak nangis lagik ;) tapi biasalah anak bongsu kan.. adik saya dah 17thn smpi skrg masih duk berkepit gak ngan mak saya... hehehhe..

sya said...

Laa yg atas tu gambau darjah 1 aku ingatkan ko amik arini.. aku kata kecik pilak budak ni.. he he tertipu

Lady Lavender said...

salam ziarah & kenal. saya follow yea :-)

aNIe said...

iina... anak bongsu ni lain sikitlah... sebab pd dialah yang kita nak peluk2 cium2... kan?

-----------------

Sya... hahahah... sungguh ajaib kalau anak aku boleh kurus dlm masa 1 malam...

-----------------

Salam lady lavender.. terima kasih kerana follow blog akak... nanti akak pi blog u ye.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails