Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, January 6, 2011

Drama Trilogi Cinta - Suhan Movies..

 Hari ni nak bercerita tentang drama Trilogi Cinta ... terbitan Suhan Movies...



Aku selalu kalau nak tengok drama bersiri... mesti aku nak pilih siapa penerbitnya...

Kalau Suhan Movies... memang sah drama tu superb!!




Selain Suhan Movies... aku juga suka drama dari  Rasbir Production...Pena Creatives... Khabir Batia... drama mereka pasti best..!!

Untuk menonton sebuah drama bersiri... memang memerlukan kesabaran... sebab... tengok episod 1 hari ini... kena tunggu hampir 1 minggu untuk episod seterusnya.

Tapi kalau drama bermutu... maka memang berbaloi menanti...

Okay... kita berbalik pada tajuk entry kali ini...

Sekarang aku sedang menonton sebuah drama keluaran Suhan Movies yang sedang ditayangkan di TV1 setiap Ahad... Isnin dan Selasa... jam 10.00 malam... TRILOGI CINTA...

Sebuah drama yang menarik dan pasti dapat menghiburkan peminat2 drama Melayu. Gandingan mantap dari pelakon2 yang terkenal... Rosyam Nor.. Amyza Aznan.. Fouziah Gous... Aida Khalida .. Raisudin Hamzah dan ramai lagi memang takkan mengecewakan penonton

Seperti yg tertulis dalam Manggaonline... drama hebat ini mempunyai 40 episod... tapi disebabkan ianya ditayangkan 3 kali seminggu maka rasanya tidaklah terlalu lama untuk menanti kesudahannya...

Drama ini adalah drama yang diadaptasikan dari sebuah novel ....tetapi ianya telah diolah semula dan ianya hanya 80 peratus sahaja dari apa yang dibaca di dalam novel...

Sinopsis drama tersebut yang dipetik dari ... sini

Trilogi Cinta mengisahkan cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga. Kecurangan Salmi mendatangkan musibah apabila dia terlibat dengan kemalangan dan lumpuh. Kerana cinta yang mendalam, Razif menerima Salmi semula.

Norjinah pula pada awalnya seorang pembantu rumah yang ditugaskan menjaga kedua-dua anak Razif. Namun keadaan menjadi tegang apabila hubungan mesra mereka dicemburui Salmi. Dalam diam Razif menaruh hati kepadanya, namun serba salah melihatkan keadaan isterinya yang lumpuh.




Kepada semua peminat drama Melayau... jangan lupa... saksikan drama ini di TV1 setiap Ahad, Isnin dan Selasa... jam 10.00 malam...anda pasti takkan kecewa...

Selamat menonton...






...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

17 comments:

ainnoraini said...

saye pun nengok jugak kak anie,mmg best citer tu...
citernye mcm pernah bace kat novel jer rasenye ler kalau tak silap la...tapi dah diolah sikit kot...

iina said...

cam best jek kak.. lama dah xikut cite2 melayu nie ;)

Zaitun said...

Kak Zai pun suka penerbit yang sama.

Mungkin ada persamaan dengan novel tulisan Sharifah Abu Salem yang pernah kak Zai baca.

Izariza said...

a'ah kisahnya memang menarik kan kak Anie! :)

JAI said...

Memang menarik citer nie..tapi lom tengok lagi kak..hehe..hari tuh gi tgk syam shooting drama nie dengan eyriqazz...

My Special Mall said...

ada fauziah ghous! sy minat kat dia, so sweet mata besar :)

MULAN said...

awat la saya takde masa nak jengok tv ni kak anie... citer korea pon byk terlepas.. uhuu...

Has said...

Citer ni di adaptasi dari "Novel Tak Seindah Mimpi" tulisan Sharifah Abu Kassim..Rosyam Nor sendiri yang bagitau..nama watak pun tak tukar dari kisah novel tu..Razif, Jannah, Seha, Salmi..semuanya sama...

kak Erna said...

anie..akak barunak tulis kat inbox anie..nak bagi tau cite ni..rupanya naie pun dah tengok ye..
akak dah baca novel ni..tulisan sharifah abu salim..tapi tajuk nya bukan trilogi cinta..

Chooyaya! said...

mmg kena tgk cerita ni and saya ada jengah poja time shoting drama ni dkt ampang. abg rosyam mmg cool !

Kak Anie said...

Ainnoraini... memang mengikut kata penerbitnya Rosyam yang drama ini adalah adaptasi dari sebuah novel

-----------------

iina... akak memang suka drama melayu...

------------------

Kak Zai... betul tu... cerita tu adaptasi dari sebuah novel...

Kak Anie said...

Izariza... suka kalau ada watak yang jahat dlm sebuah drama tapi jgnlah sampai jahat giler macam kat dlm sinetron Indonesia tu...tak suka

-----------------

Jai... dah 3 episod lepas dah... laaarrrr... ni yang kita jeles ni...dpt tgk diorang shooting tak roger2 kat kita pun...huhuhu

----------------

Fouziah Gous memang cantik.. suka tgk dia... rambut dia macam sutera...

----------------

Mulan... akak ni cik abang takde sini ngan akak tu yang banyak masa terluang...takde buat kerja lain...apa lagik tgk TV je lah

--------------

Kak Anie said...

Has...terima kasih kerana info tu... akak ni tak baca novel tu...tapi orang selalu kata novel Sharifah Abu Salem memang best...

---------------------

Kak anie kalau drama lakonan Rosyam... terbitan Rosyam memang layan...hahaha.. memang minat kat dia dari dulu lagik... peminat setia ni...hehehe

Tulah baru tau novel tu bukan bertajuk Trilogi Cinta...anie dah betulkan dah... terima kasih ye kak

--------------

chooyaya... ni mesti peminat rosyam...samalah kita... peminat setia ni...akak minat dia dari dulu...

~ yus ~ said...

Wah! kak, macam best aje drama ni. Tapi Yus jarang tengok drama dari TV1...huhu

aNIe said...

Yus...akak kalau drama tu best... TV1 ke TV2 pun akak tengok..

Biqque said...

me n hubby suka gile tgk cite ni! cite ni sangat hebat la pelakon2 dia sbb tak nampak kekok langsung...kitorang siap gedik2 kekek2 suka razif nak kawin ngan jinah...

tapiiiii i missed episod awal2 dulu sbb tatau cite ni best...rasa2nya, mana nak cari DVD ke download ke apa ke ek?

Aida Syafiqah said...

assalammualaikum....
kak....sye sukerx tengox drama niy.....mmg the best ar....
aperx agy dgn plakon2nyerx yg hebat2 belaka....
setiap ary ahad isnin n selasa...ibu sye n sye sndry mmg tkkn brganjak dry tv 2....mmng the best ar....
thanxzz...from aida syafiqah a.k.a ekha

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails