Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, December 9, 2010

Seronok Menonton Harry Potter & Panik Sekejap...

Sudah lama berjanji dengan anak2 untuk menonton filem Harry Potter.

Aku memang mengikuti filem ini sejak dulu lagi...cuma aku meminatinya biasa2 aje...tak seperti anak ku Huda... Sya dan rakan ku Opah De... kerana mereka membeli dan membaca novel J.K Rowling ni berkali2 serta menonton video2 dari siri2 Harry Porter tanpa rasa jemu.

Harry Potter and The Deathly Hallows adalah bahagian siri HP yang terakhir... namun kerana ianya terlalu panjang maka ianya dibahagikan kepada 2 bahagian.

Yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang ialah Bahagian pertamanya... dan bahagian kedua akan ditayangkan pada pertengahan tahun depan...

Lama sungguh nak menunggu pengakhiran cerita tersebut... dan bagi pengikut2 serta peminat2 filem ini.. pasti merasakan masa itu terlalu lama...

Rasanya pada mereka yang tidak mengikuti cerita Harry Potter sebelum ini pasti tidak dapat mengagak apa yang dicari oleh Harry dalam filem tersebut... apa yang disebut2 sebagai Horcruxes ...



Synopsis


Harry Potter and the Deathly Hallows, the seventh and final adventure in the Harry Potter film series, is a much-anticipated motion picture event to be told in two full-length parts. Part 1 begins as Harry, Ron and Hermione set out on their perilous mission to track down and destroy the secret to Voldemort's immortality and destruction--the Horcruxes. On their own, without the guidance of their professors or the protection of Professor Dumbledore, the three friends must now rely on one another more than ever. But there are Dark Forces in their midst that threaten to tear them apart. Meanwhile, the wizarding world has become a dangerous place for all enemies of the Dark Lord. The long-feared war has begun and Voldemort's Death Eaters seize control of the Ministry of Magic and even Hogwarts, terrorizing and arresting anyone who might oppose them. But the one prize they still seek is the one most valuable to Voldemort: Harry Potter. The Chosen One has become the hunted one as the Death Eaters search for Harry with orders to bring him to Voldemort...alive. Harry's only hope is to find the Horcruxes before Voldemort finds him. But as he searches for clues, he uncovers an old and almost forgotten tale--the legend of the Deathly Hallows. And if the legend turns out to be true, it could give Voldemort the ultimate power he seeks. Little does Harry know that his future has already been decided by his past when, on that fateful day, he became "the Boy Who Lived." No longer just a boy, Harry Potter is drawing ever closer to the task for which he has been preparing since the day he first stepped into Hogwarts: the ultimate battle with Voldemort.


Watak utama dalam Harry Potter... masing2 kelihatan dah jauh lebih dewasa dari siri pertama dulu...Hermoine semakin cantik...


Professor Snape yang membunuh Dumbledore...


Babak romantis Harry dan Ginny


Antara adegan lucu yang mengundang gelak tawa penonton di panggung...



Pertelingkahan antara Harry & Ron yang dikuasai perasaan cemburu pada Harry...


Dobby ...Elf yang banyak membantu Harry hingga dirinya sendiri terkorban (sedih part ni...)

Pada yang ingin membaca review yang lebih detail sila ke blog Sya.... klik di sini 

Bagi aku cerita ni BEST!!  Aku bagi 4.5 bintang dari 5...hahahaha.... pandai2 aje aku bagi rating... tapi memang aku minat pun HP ni... jadi aku bagilah banyak bintang... suka akulah kan...

Selesai menonton aku membawa anak2 ke Giant... ada barang yang hendak dibeli...

Disebabkan hari hujan... dan barang yang nak ku beli cuma 2-3 jenis je... Farhan malas nak keluar... katanya biarlah dia duduk dalam kereta je... 

Rupa2nya semasa aku keluar membeli barang Farhan, Fareez dan sepupunya telah terlena di dalam kereta yang aku pesan supaya Farhan menguncinya...

Baru sekejap aku tinggalkan mereka dah lelap... mungkin terlalu mengantuk kerana malam semalam kami pulang rumah lewat dari rumah adik ipar di KL...

Puas aku mengetuk tingkap kereta... tingkap depan... tingkap belakang... langsung mereka tak sedar...

Panik juga aku dibuatnya... mau taknya... malam nanti aku nak ke airport mengambil cik abang... nak balik rumah masak lagi ... banyak kerja yang nak dibereskan... lagi pun aku takut kalau sesuatu yang tak elok berlaku kerana terlalu lama tidur dalam kereta yang dihidupkan enjin dan airconnya.

Mau hampir 20 minit aku mengetuk tingkap kereta... sehingga rasa sakit jari jemari aku.  Ada juga 2-3 orang yang berhenti ingin membantu tapi tak dapat nak berbuat apa...

Aku berkali2 menalifon telefon Farhan... malangnya telefon dia disenyapkan kerana pergi menonton tadi...

Berbagai doa aku baca memohon pertolongan Allah... setelah berkali2 mengelilingi kereta dan aku mengetuk dengan kuat tingkap tempat Farhan terlena barulah dia terjaga...

Apalagi... masuk aje kereta aku pun mengamuklah...

Mau tak mengamuk... bukan lama pun aku tinggalkan... dan aku harapkan dia yang besar terjaga sebab yang kecik2 tu biasalah takkan terjaga kalau dah tidur... 

Rupa-rupanya dia yang teruk....

Mulut aku membebel dari Giant sampai ke rumah...

Dahlah jari2 aku sakit.... mulut aku pun penat....geram betul...




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

14 comments:

Zareda Norman said...

zar suka baju baju hermoine dalam muvie ni.. cantik sangat

nurazzah8 said...

salam Kak Anie...

azzah nak cuba pakai contact lens tapi tak selesa lah...lebih suka pakai cermin mata...hehehe

~ yus ~ said...

Salam kak,

Alahai, teringinnya Yus nak tengok. Memang suka tengok Harry Potter dari dulu...huhu. Kena tunggu kuar dvdlah nampaknya...:(

Kalau yus pun panik tu kak. Yus dapat bayangkan mcm mana akak mengamuk dalam kereta tu..huhu.

kak Erna said...

anie..mau tak panik..
nasib baik terjaga jugak dia..
akak boleh dengar bebelan anie..marah tu he he..

pB said...

Rasanya HP 1 dan 2 jer yg pB ikut.
Lepas tu , dah terlepas.


Larr langsung tak ikut.

oren said...

saya pon, selalu gak bebel dari nurseri sampai ke rumah (dlm kereta)..hikhikhik..dh la penat keja, terkejar2 carik mknan, amik depa kat nuseri, pastu adalah plak yang bagi hati panas, mmg berleterlah..dari bandar baharu-masuk sempadan parit buntaq, masuk sempadan nibong tebal (3 negeri tuh)..

hahahaha...

aNIe said...

Zar... dia dah remaja...baju dia cantik2...simple and nice.

-----------------

Salam Azzah... hehehe...mana2 pun boleh...tq..

-----------------

Yus...mau tak mengamuk macam machinegun bullet tu keluar... siap cakap ngan dia... ramai orang kerumun kereta nak tolong...hahahah...kejamnya mak dia...

-----------------

aNIe said...

Kak...memang marah...sakit sendi jari anie ni mengetuk tingkap... kereta tu berat anie nak hogah pun tak terhogah...hahahah

-----------------

PB... akak siap beli CD buat simpanan...Ude pulak beli buku...bukan main dia sayang lagik buku2 tu...tak boleh dipinjam

-----------------

Oren...hahaha... bebudak ni kalau tak kena bebel tak sah... kita pulak kalau membebel penat mulut...tapi tak membebel pun penat jugak...

zino said...

lain kali buka sikit cermin tu.. kalau nak jerit pun boleh dengar hehe...

cikceriacorner said...

hehehhe..bestnye tgk HP..akak..sy kalo da tdo lg xsedar..lg sejuk kene air cond..heheh

iina said...

Saya pun belum dapat nak tgk HP.. Ptut 2mggu lepas.. sebab salji dah turun lebat.. terus kensel sebab jln licin malas nak drive p cinema tuh.. skrg tgh belah bagi.. nk tgk HP ke nak tgk narnia hahaha.. dua2 kena tgk gak nie ;)

Kalau saya pun ngamuk gak.. kena pulak ketuk keta sana sini.. tak sedar2 kan

suka_haha said...

best sgt ke citer ni ek? hehe..

jemput ye.. jangan segan-segan

faridmw said...

salam kak anie.. saya pon rajin tgk tpi tak minat sangt.. bila tgk sorang tak best tapi ada orang sebelah jadi best lak tgk hehehe.. sampai tersenyum2..

Kak Anie said...

Zino...tulah pasal...boleh lupa pulak...

-----------------

cikceria... memang pun kalau kena aircond memang sedap tido

-----------------

iina...tulah pasal... ketuk sampai sakit sendi jari ni... org kata.. kalau bom meletop pun dia tak bangun... hehehe

-----------------

suka_haha... pada yang minat memang bestttt....

----------------

Faridmw... memang pun tengok sensorang lagik tak best...hehehe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails