Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, December 26, 2010

Bersantai di Hari Krismas dgn Berbaju Kurung...

Jumaat malam cik abang balik... sebab Sabtu kami ada jemputan majlis perkahwinan anak kepada kawan cik abang yang diadakan di Menara Yayasan Tun Razak...

Bertolak dari rumah jam 12.30 tghari... dalam perjalanan terus call Sya ... biasalah Sya adalah tempat aku merujuk untuk mencari jalan di KL...

Mengikut arahan dari Sya... dengan mudah sahaja cik abang aku sampai ke tempat yang hendak dituju.

Mengadakan resepsi perkahwinan di hotel memang nampak cantik dan formal... ada MC... ada tayangan video... ada  penyambut tetamu yang berpakaian sedondon... cantik....tapi kemeriahan suasana majlis perkahwinan seperti di kampung2 sudah tiada.



Gambar pengantin sedang makan beradab hanya dpt ku ambil dari jauh


Selesai makan dan bertemu bapak dan emak pengantin... kami ke JW Marriot Hotel... kerana cik abang ada temujanji dengan seorang kawan yang ada urusan dgnnya.

Kata cik abang... kawannya ini adalah bekas pelajar MGS Melaka... sebaya dengan aku... dan ini membuat aku teruja untuk bertemunya...

Ketika sampai di lobby hotel... yang bertemujanji telah pun berada di sana...aku terus menghulur salam...

Biarpun kami sebaya... dari sekolah yang sama tapi puas mengingatinya tapi tak berjaya... kerana katanya dia berada di kelas lain dan dia berada di sekolah tersebut cuma 4 tahun sahaja... dan berpindah sekolah ketika berada di darjah 4.

Namun... berjumpa dengannya... bercerita tentang sekolah... tentang kelas kami... tandas yang kami takuti kerana dikatakan berhantu... mengimbau zaman persekolahan yang kami tinggalkan berpuluh tahun dahulu... begitu seronok...

Lama sungguh kami bercerita...dan dia nampak begitu gembira bila aku menyentuh ttg kedai yang menjual ais kepal di hadapan sekolah... kerana memang ketika kami berskolah... ais kepal kedai cini seberang jalan sekolah itu begitu femes sekali.

Sementara aku dan dia bercerita... cik abang aku yang sepatutnya berurusan dengannya cuma melihat sahaja kami bercerita sambil sesekali tergelak dengan apa yang kami bualkan..

Kemudian cik abang menyarankan aku berjalan2 di sekitar Hotel... kerana rakan mereka yang bertemujanji akan sampai tak lama lagi...


Hotel tersebut dihias indah dengan pokok2 krismas yang penuh dengan lampu lip lap...

Berjalan2 di sekitar hotel itu memang seronok mencuci mata... kerana kedai kedai di dalam tu semua kedai2 berjenama... tapi cik abang aku cakap...'jalan-jalan' aje... kalau dihulurkan padaku seribu dua..syoklah jugak...

Dari JW Marriot... aku meyeberang jalan ke Pavilion... jalan yang sesak dengan kenderaan bertali arus membuatkan pejalan2 kaki sukar melintas.... ramainya orang di Pavilion ... dan ramai yang mengenakan topi krismas... barulah aku perasan bahawa semalam adalah Hari Krismas...

Melihat sekeliling... semua orang berpakaian ranggi dan santai... dan cuma aku berbaju kurung dan bertudung lilit dengan keronsang bagai...aduhhh!!  Aku memang jarang berjalan2 di pusat membeli belah dengan baju kurung .. jadi bila aku berbaju kurung di sana... dan ramai mata yang memandang ke arah ku...tahulah aku yang diorang mesti berkata dalam hati...

'Makcik ni baru balik orang kawin kot...'


Sebab aku yang selalu macam tu....hehehe

Lama jugak aku merayap di Pavilion... duduk dilobby hotel... kemudian ke tingkat bawah utk melihat persembahan nyanyian live... di iringi pemain piano...

Bosan....

Hampir jam 5 petang baru kami bertolak balik...

Si kecil yang ditinggalkan bersama abangnya di rumah menyambut aku dengan pelukan dan ciuman bertalu talu....

Hehehe... macam dah berhari hari tak jumpa aku...




...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

12 comments:

Zareda Norman said...

kak anie

kalau kat shooping complex nampak pengunjung bebraju kurung lip lap lip lap memang sohih baru balik daripada kenduri lah tu.. ehhehhehe

ckLah@xiiinam said...

Kat sini tak ada langsung suasana Krismas. Kat kampunglah katakan...:D



Aruah nenek ckLah dulu, dia sebut 'Hari Kismis'.

Hihi

iina said...

Oklah tuh sesekali melawa hehehe best apa.. ;)

IZAN said...

Salam MGSian.. aku masih teringat la kesah skola kat MGS tu... sampai semlam dok bercerita pasal geng skola mee goreng sejuk tuh! heheheh! Toilet? Ais kepal? itu trade mark MGsian.. sape pernah skola situ mesti tau ar.. kelas overlooking the canteen.. and sepekara yg tak mungkin lupa... belajar gosok gigi n cuci tangan.. i wonder anak2 kite ada ke belajar sume tu...

IZAN said...

oh ya.. masa tu la aku belajar humthy dumpthy ( aku pun dah tak sure la ejaan nyer.. ) Ba Ba Black sheep.. siap dgn drama nyer.. siap cikgu suruh susun kusi panjat.. aku la yg jadi humthy dumpthy tuhhhhh!!! hahahah!!

kak Erna said...

anie..mana tak sikecik pelik cium bertalu talu..kan dia mana pernah tinggal..
kali ni pergi dengan abah je..cemburu dia tu he..he

MOKCIK AZWA said...

Kak Anie..seronok berjumpa rakan lama dan mengimbau nostalgia kan..

part last tu buat azwa sebak...teringat kat Hadi yang akan berlari seolah2 sedang bertanding larian 100 meter menuju kearah mokcik setiap kali menyambut mokcik di airport huhuhu

ainnoraini said...

saye hari tu mcm tu jugak...lepas jer gi kenduri kahwin terus gi jln2...org pun nengok mcm pelik jer..mcm la kite ni tak pakai baju..

mungkin terlebih lip lap2X kot..tu yg nengok semcm jer...

Mak Su said...

kak, jadi diri sendiri jer, ferdulikkan pandangan orang tu, depa tak penah tengok dunia kekdahnya ;)

aNIe said...

Zar...tuler pasal... lip lap lagik...hehehehe...

-----------------

ckLah... Kismis pun kismis lah...heheheh

-----------------

iina... melawa sakan kita ye...hehehe

-----------------

Salam izan...seronok berjumpa kan... berbual mengimbas masa lampau... trademark student Mee Goreng Sejuk dulu banyakkan... geli2 hati bila teringat semua ... terasa macam budak2 sekolah balik...

Izan... you mesti jadi humpty dumpty yang cantik dan comel...

Hope to see u again...

------------------

Kak ... betul tu...macam orang balik haji...peluk tak lepas...cium berdecit2...hahaha

------------------

Mokcik...alahai... sayu aje akak dengar... mesti terasa macam rindu gile kat mokcik

------------------

ainnoraini... tulah... mata diorang pandang kita macam belik je...

------------------

Maksu... tulah...buat bodoh je masa tu...

oren said...

hahaha..

kami pun, kalo pi tesco, kalo nmpak makcik n the family (anak2 dara n anak2 kecik berbaju kurung), mmg dok kata dlm hati, rombongan cikkiah balik dari kenduri lah..

cikceriacorner said...

ehheheh..xpe kak anie..kita patut berbangga dengan baju kebangsaan kite..heheh..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails