Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, December 2, 2010

Ini Kisah Farhan...

Aku jarang bercerita pasal Farhan. Ramai orang kata Farhan ada rupa aku.

'Anie...Farhan ni kalau kau pakaikan dia tudung...memang rupa perempuan...ada rupa kau. Dia ni kalau jadi perempuan...mesti perempuan yang cantik...' itu kata-kata kak long...

Tapi ada juga orang kalau jumpa Farhan kata dia mirip ayahnya.

'Farhan ni...dah besar macam ayah dia...cara dia jalan...sebiji ayah dia...' Itu kata kata adik cik abang aku...

Hmmmm....rasanya anak2 ini kalau ada rupa ibu...mesti ada mirip ayah kan...mungkin dari sudut lain mereka ada iras ayah atau ibu mereka.

Farhan memang kalau dilihat wajah dia macam perempuan...yang buat dia macam perempuan ialah keningnya. Keningnya cantik teratur...lebat dah hitam. Begitu juga dengan alisnya yang hitam.

Ude selalu cakap...kenapa dia tak dpt kening & alis camtu...Ude banyak mengikut ayahnya. Bukan sekadar wajah aje...perangai dan sikap dia memang banyak diwarisi dari ayah.

Farhan pulak ada satu perkara yang aku rasa diwarisi dari sebelah ayahnya. Bukan dari aku ataupun cik abang...atau dari adik beradik cik abang. Namun aku tau...perkara itu datang dari sebelah cik abang ialah bila sepupunya iaitu anak sedara cik abang pun seperti dia.

Kalau siapa yang pernah berjumpa Farhan tentu ramai yang akan bertanya kenapa Farhan sentiasa makan bersama sudu garfu. Macam mat salleh pulak. Dia memang tak pandai makan dengan tangan. Sejak dulu lagi dia makan dengan sudu...bukan dia suka2 tapi dia terpaksa ...sebab dia tak pandai menyuap makanan ke mulut dgn tangan. Kalau dipaksa...maka aku lihat tangannya macam berbelit2 nak menyuap ke mulutnya.  

Dah berkali2 aku dan suami mengajarnya....sampai terbahak2 aku ketawakan dia.

Aku dan cik abang selalu jadi heran...kenapa dia tak pandai makan dengan tangan...hinggalah satu hari aku kerumah adik ipar ku...ku lihat anaknya juga makan seperti Farhan walaupun dah berusia 17 tahun tapi dia menyuap makanan seperti anak2 yang baru belajar makan dengan tangan...menyuap makanan ke mulut dari hadapan...susah nak terangkan macamana. Walau bagaimanapun dia masih makan dengan tangan...cuma Farhan aje makan dengan sudu garfu kerana sering dimarahi bila nasi2 bertaburan. Aku cakap ngan cik abang...

'Bang...Iffa pun makan macam Farhan...ni mesti ada diantara keluarga abang dulu2 yang makan macam tu...'

'Ye ke Iffa makan macam dia...'

'Ye...anie sendiri tengok tadi...kitorang gelak2 tengok dia...'

'Yelah ibu...Iffah memang makan sama dengan Farhan...Ude dah tau dari dulu....ibu tak perasan eh...?'

Ada juga perkara yang anak kita warisi biarpun bukan dari ayah & ibu mereka.

Satu lagi tabiat Farhan ialah apabila dia makan...dia suka menyimpan lauk-lauk atau pun 'ingredients' yang ada dlm nasi goreng misalnya... untuk dimakan kemudian.

Aku dan Ude cukup suka menyakatnya. Bila kami makan2 di luar bersamanya...dia akan meletakkan sotong, udang atau ayam yang menjadi perencah makanan dia di sekeliling pinggan.

Aku dan Ude selalu mencilok perencah2 tersebut. Setiap kali garfu kami menyinggah di pinggan dia...dia akan menjeling kami...sambil merungut2...dan aku selalu cakap...

'Siapa suruh simpan perencah yang sedap2 ke tepi?'

'Farhan suka makan kemudian....'

'Padanle...siapa suka simpan perencah memang dia yang rugi...'

'Eiii...tak baik tau kakak ngan ibu ni...'

Tapi memang dia kadang2 betul2 rugi...bukan sebab kami tapi disebabkan ada masa... bila dia hampir habis makan ... perut dia sakit dan nak pergi toilet...bila dia dah sakit perut dia akan cakap...

'Alah...perut Farhan sakit lah...siapa nak makan Farhan punya makanlah...'

Dan dengan muka yang berseri2 aku dan Ude akan menghabiskan apa yang ditinggalkan...

Tu lah...simpan lagik...kan dah betul2 rugi...hehehehe




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

11 comments:

kak Erna said...

anie..macam mat salleh tu kan..tak pandai makan dengan tangan..he he..

ainnoraini said...

saya pun ade kawan yg pandai mkn pakai tangan...

katenye...kalau gune tangan nnt tangannye panas kalau mkn makanan yg pedas...

MOKCIK AZWA said...

Kelakarlah Farhan nie..tapi anak2 mokcik pun macam tu kak...bila makan, suka letak lauk macam ayam ker sotong ker udang gitu ke tepi..utk dimakan last sekalik heheheh

Zaitun said...

Farhan sama macam hubby kak Zai tak pernah makan dengan tangan kalau kerumah orang terkial2.

Selalunya anak2 memang banyak mirip ibu dan bapa.

cikceriacorner said...

salam..akak..ape kabau?farhan memang kelakau..:)

iina said...

Oh kak.. saya pun ada perangai suka makan last2 tuh hehehe sampai penah kwn saya tegur.. 'ko tak nak makan ke udang tuh' hahahaha... kita geng lah farhan..

Tapi saya ye simpanan itu belum penah kena cilok dengan sesiapa lagik.. sapa cilok saya akan cucuk dengan garfu hehehe.. tapi sebab pakwe saya dah tau perangai tuh.. dia lak yg selalu bg yg sedap2 tuh ke pinggan saya.. apa lagik makan dengan lebih seng hati hehehe ;)

Alina... said...

hehehe farhan2....ku kenal dia sejak kecil lagik...

~adeQ~ said...

kak, kita masa kecik dulu pun camtu....sampai gaduh2 sebab abg kita akan curi2 makan apa yan kita simpan....heheheheh...tapi sekarang tidak lagi!

Kak Anie said...

Kak... memang kat rumah pun makan dengan sudu garfu...

---------------------

ainnoraini... akak dulu masa belum kahwin... tangan halus lagik...kalau nak makan sambal dgn nasi panas kena makan dengan sudu...tak tahan nanti pijar...hehehhe sekarang dah kawin.. tangan dah kasar...

--------------------

Azwa... agaknya untuk lebih puas masa makan tu... kalau makan dengan nasi sekali tak terasa sgt.

Kak Anie said...

Kak Zai... hehehe... susahnya bila kena makan bersila...aduh... kalau makan dengan sudu garfu memang tak sesuai

-------------------

Cik ceria... alhamdulillah akak sihat... hehehe... dia memang kelakau..

-------------------

iina...hahahaha... mesti serik kena cucuk garfu tu...

-------------------

Kak Anie said...

Alina... dia banyak membesar pergi balik ke rumah kat alai tu...ari tu siap cakap masa pergi umah ina mengmbau kenangan lama...

------------------

adeQ...hahaha... senario yang biasa kita lihat...masa kecik2 kita pun sama...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails