Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, December 1, 2010

Berangan Dari Muda Sampai ke Tua...


Bila bercakap pasal peraduan... (entry sebelum ni kan aku dpt hadiah buku utk peraduan Azzah...)

Teringat masa aku muda-muda dulu...

Paling suka masuk peraduan...

Kalau ada peraduan maggi...peraduan gula2 ke... memang aku akan turut serta.

Peraduan dulu2 kadang2 meminta kita menyertakan bukti pembelian seperti bungkusan gula2... maggi... atau apa sahaja bentuk barangan bergantung pada mereka yang mengajurkannya...

Jadi aku suka sangat menyimpan bekas2 atau plastik2 coklat atau pun apa saja yang aku rasa akan diadakan peraduannya nanti.

Aku simpan dlm satu kotak... sampai kadang2 kena marah dengan cik abang...

Yang membuatkan aku suka menyertai apa jua peraduan bila aku dapat hadiah...

Memang seronok... biarpun kecil tapi bila kata dapat hadiah peraduan ianya penuh bermakna.

Walaupun sering menyertai peraduan... tapi aku tak pernah lagi memenangi apa2 hadiah utama.

Peraduan yang paling meninggalkan kenangan manis ialah bila aku memenangi peraduan Teka Silangkata Berita Harian... (dulu hobi aku buat teka silangkata... pantang nampak aje teka silangkata di mana2 mesti aku nak buat)


Aku cuma menang hadiah wang sebanyak RM250... (masa tu nilai ni besar) ... hanya membuat 1 kesilapan aku gagal untuk mendapatkan hadiah berpuluh ribu ringgit... (huhuhu....)  Dah tu... aku kena berkongsi pulak dengan sorang lagi peserta sebab kami sama2 melakukan 1 kesilapan... (kalau tak dpt RM500)

Yang membuatnya jadi kenangan manis ialah... aku tidak tau menahu pasal kemenangan tu ... ianya cuma disedari bila rakan sepejabat aku membuka akhbar... dan melihat nama aku sebagai pemenang peraduan tersebut... jeritan dia mengalahkan dia yang menang... sampai aku sendiri pun terkejut...

Maka hebohlah di cawangan2 jabatan pertanian Melaka yang mengenali aku ketika itu kerana aku menggunakan alamat pejabat tempat aku bekerja.(Pertanian Pulau Gadong)

Masa tu aku bersyukur sangat2 kerana wang sejumlah itu buat menokok nambah perbelanjaan untuk Hari Raya...Alhamdulillah...

Selang beberapa bulan selepas itu aku menang pula hadiah sebotol minyak wangi jenama apa pun aku tak ingat.

Peraduan dianjurkan oleh sebuah majalah ...

Dan seterusnya aku pernah memenangi hadiah hamper barangan Maggi... berharga ratus ringgit... memang seronok jika menang barangan Maggi... mana taknya... dalam hamper tu berbagai jenis sos bahan masakan ada... buat stok lebih sebulan...hehehe...

Hanya itu sajalah peraduan yang aku ingat pernah aku menangi...

Belum pernah lagilah aku menang kereta ataupun hadiah2 besar seperti hadiah melancong keluar negara ....

Tapi kata orang  biar pun kecil... ianya amat bermakna ... kerana keadaan hidup aku ketika itu memang susah...

Selepas itu aku tak menang apa2 lagik dah... bila masuk apa2 peraduan... berangan aje yang lebih.  Berangan menang Hadiah Utama...hehehe

Satu peristiwa yang sampai sekarang menjadi bahan ketawa aku bersama adik2 dan anak2 ialah kisah adik bongsu ku adik Al...

Rasanya semua orang akan berangan2 untuk menang sesuatu peraduan yang disertainya.  Begitu juga aku dan adik aku ...Al...

Semasa aku berpantang  melahirkan anakku ..(tak ingat pulak yang pertama atau kedua) aku telah membeli barang2an dari sebuah pusat membeli belah di Melaka.  Dan disebabkan pembelian itu aku layak untuk menyertai peraduan yang akan dicabut nama pemenangnya.

Pada hari cabutan akan dibuat... aku menyuruh adik aku Al untuk pergi melihat cabutan tersebut...

'Al... nanti kau  pergi kat The Store... sebab hari ni cabutan untuk peraduan...kak anie ada masukkan borang penyertaan dulu...'

'Abih... takkan Al nak pergi sorang...'

'Ye lah... pergi tengok je...'

'Larr... abih nanti kalau menang kereta siapa nak bawak balik....'

Terkekek aku ketawa....budak ni belum ape2 dah berangan...

'Kalau menang kereta pun... bukan dapat masa tu pun... hadiah mesti dapat kemudian...apalah kau ni... belum apa2 dah berangan...'

'Mestilah.... mana tau dapat kereta nanti....'


Pasal kuat beranganlah maka aku tak pernah menang hadiah besar2...

Jadi Mat Jenin aje lah....

Hmmm... tapi mana tau kan... satu hari nanti aku boleh menang kereta...

Okaylah... lepas ni nak penuhkan borang peraduan Petronas mana tau nanti boleh menang RM100k...

Hahhaha... berangan lagik...!!!






...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

20 comments:

Sya said...

ha ha.. berangan ajelah kita.. aku malas nak masuk apa2 peraduan sbb nanti aku berangan teruk mcm aritu masuk peraduan Shell beria berangan kalau menang.. teruk sungguh..

Ko dah kawin simpan label n kertas bungkusan dalam kotak sbb dah tak leh simpan surat cinta dah.. sebelum kawin surat cinta berkotak-kotak.. ha haha

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

haha.. samalah, sy pun kuat berangan menang hadiah utama, tapi tak pnah dpt. Jgnkan yg utama, yg saguhati pun takde.. kih3.

pB said...

dah pernah menang apa apa pun

hu hu huhuuuu

aNIe said...

Sya..hahaha... kita semua memang kuat berangan kot... kadang sampai termimpi2...

Syy!! Simpan surat cinta dlm kotak tu citer dolu2... zaman tok kuntom dulu...hahaha

----------------

Sari Yusa... berangan takpe kan... free of charge...

Hehehe...

-------------------

PB... cuba lagi.. jgn berputus asa...hehehhe

Unknown said...

Setiap sesuatu mesti di mulakan dengan angan-angan kan kak. Kalau tidak, tak menjadi..hehe.

Teringat pernah masuk peraduan dari Shell, dapat RM250, suka hati ....:D

Mulan said...

saya pon suka masuk macam2 peraduan dulu.. ada gak yg menang tapi takde yg besor.. alhamdulillah menang la jgk.. heheee..

kak ina kl said...

samalah anie..baru hantar dah terfikir nak beli macam-macam...lepas tu menganga apa yang di hajati tak dapat di beli

~ez~ said...

hehehe..saya pon suka berangan mcm2..menang keta laa..menang itu ini..haha..klaka je igt.. xpe akak..berangan tuk mengisi masa lapang..hihihi

NURAZZAH8 said...

kak Anie,
saya memang jaraannnnnggggggg sangat nak masuk peraduan, sebab saya malas nak simpan bahan2 bukti tu, malas nak simpan pembalut gula2, etc...
tapi selalu ambik aje borang peraduan tu, lepas tu simpan sampai habis tempoh...lepas tu buat kertas balut apa-apa, atau buat balut *** ..


pastu kalau attend any function, tak PERNAH sekali pun menang cabutan bertuah! tu yg malas nak menaruh harapan tinggi ...

tapi beberapa bulan lepas ada try masuk satu peraduan dalam blog Azzah satu lagi (blog hobi mengumpul pinggan mangkuk lama tu)
sekali menang hadiah utama pulak tu!
dapat hadiah vintage tureen dari England lagik! yg kalau nak beli sendirik mmg tak terbeli...harga mesti mahal punya!

(nak tahu nnt azzah cari link dia kat blog tu ya...)

itulah kenangan yg paling best...

NURAZZAH8 said...

ni ha kak...link tu..

http://nostalgialama.blogspot.com/2010/07/berita-gembira.html

iina said...

Angan2 dulu kak nnti jadi impian hehehe ;)

Kak Anie said...

Yus... gembiranya tak tergambar kan... macam menang ribu2...hahaha

----------------

Mulan.. tulah...alhamdulillah... ada juga menang kan...

-----------------

Ina... menganga tu tak menahan... boleh masuk lalat...hahaha

Kak Anie said...

Sheschocoholic... teringin nak menang kereta.. tapi tak dpt2 jugak... bukan takde kereta.. cuma nak jual je...pastu dpt duit nak round the world...hahaha

---------------------

Azzah...bestnya menang Vintage... memang pun kalau nak beli tak terbeli kecuali kalau kita betul2 minat.

Hehehe... bab kumpul borang tu sekarang jadi hobby akak... kumpul borang banyak2... pastu buat balut barang...sebab dah tamat tempoh...

Nanti akak terjah blog tu ye...

--------------------

iina...terasa macam angan2 mat jenin je...

Acik Erna said...

anie..betul tu..berangan tak salah..macam en.abang akak..memang rajin sngat..kalau anie tu..ada jugak sangkut..menang jugak..enabang akak belum pernah rasanya..
sekarang ni..macam anie jugak..asal isi minyak..isi borang..kadang2 dah la masa nak pi kerja isi minyak..dia boleh sabar lagi isi borang..he he..

ckLah @xiiinam said...

Tak apa aNie, berangan tak payah bayar. Sekurang2nya mampu buat kita tersenyum-senyum...

Arena said...

SalaM Kak Anie,

Saya memang tak rajen sangat masuk pertandingan ni. Kalau masuk tak pernahnya menang. Tapi baru-baru ni saya menang prize yang best jugak masa business trip. Saya hampir-hampir tak tau pon saya menang apa-apa prize. Memang rezeki sangat. Alhamdulillah. Ada saya cerita dengan detail dkt blog. Berangan memang best kak..

Zaitun said...

Takpe angan2 dulu mana tahu satu hari jadi kenyataan.

Kak Zai tak pernah menang apa2 dalam peraduan tapi my hubby selalu dapat cabutan bertuah banyak juga dapat barang2 letrik.

Mak Su said...

ntahlah, sy pun suka verangan gaks..... hu hu hu

good luck buat kak anie

Kak Anie said...

Kak...hahaha...manalah tau berkat kesabaran dia nanti boleh menang ... banyak tu kak RM100k... saper nak bagi...rezeki terpijak tu...hehehe

--------------

cklah... betul tu...senyum kambing... macam mat jenin senyum atas pokok kelapa...hahaha

--------------

Salam Arena... alamak...lama sungguh tak dengar berita dari arena...semoga sihat selalu...

Menang hadiah biasa2 je dah best... kalau yang best... berganda bestnya...

Oh...ade kat blog ye... nanti akak skodeng eh..

-------------------

Kak Anie said...

Kak Zai...dpt barang letrik lagi best... jimat duit beli barangan tu... tapi orang kata menang nombor bertuah ke apa ke semuanya ikut tuah orang... ada orang susah sgt nak dpt hadiah nombor bertuah ada pulak yang kalau ada cabutan je... ade je nama dia.

------------------

Maksu...verangan memang best kan?

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails