Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, December 29, 2010

Akulah Peminat Drama Tegar...

Hari Jumaat lepas... rasanya ramai peminat industri seni tanahair menunggu depan TV untuk menonton Anugerah Skrin 2010...

Aku adalah salah sorang dari mereka...

Memang dah lama menanti Malam Anugerah tersebut... bukanlah fanatik sangat cuma ingin memeriahkan industri seni tanah air...hahahah...(ayat tak menahan...sabor jelah)

Yang buat aku gembira ialah bila Norkhiriah menang anugerah Pelakon  Wanita Terbaik... untuk drama Antara Garisan.  Norkhiriah adalah pelakon drama pujaan aku... aku suka sgt lakonan dia kerana dia berjaya membawa apa saja watak yang diberikan... watak komedi... sedih... jahat... gadis kampung... semua boleh.  Memang dia serba boleh.

Tahniah Norkhiriah...

Paling aku ingat watak dia bersama Benjy dalam drama Cinta Untuk Saerah sebagai gadis istimewa bernama  Nomi yg menyayangi Jibek..

Walaupun pelakon lelaki pujaanku Rosyam Nor tidak memenangi apa2 anugerah... tapi ramai sudah sedia maklum dia adalah pelakon yang serba boleh... maklumlah Hero No.1 Malaya... dan aku tetap akan panggil dia nama itu biarpun dia tidak lagi menjadi hero No.1 ....



Tahniah juga buat Shaheizy Sam kerana menerima Anugerah Yasmin Ahmad... teringat pertama kali menonton drama lakonan dia 'Paei' dulu... aku menangis tersedu2 dalam bilik bersama Ude kerana Paei meninggal di akhir drama... dan sekarang terbukti dia memang seorang anak muda yang berbakat besar.



Semasa anugerah sedang berlangsung... aku yang sedang mengadap FB ni beriya2 meng'update' status di FB... siapa yang aku minat menang... memang aku turut gembira... sehingga adalah sorang kawan ni... mengatakan aku boleh bekerja di belakang tabir sebab semua aku kenal...

Hahahahahah....

Buat semua... aku memang mengaku... aku adalah peminat tegar drama Melayu... terutama sekali slot Cerekarama TV3.  Memang aku jarang ketinggalan slot ini... kecuali ada perkara yang lebih penting hendak diuruskan.

Dulu... masa aku kecik2... memang aku dibesarkan dengan filem2 Melayu... drama Melayu.  Masa tinggal di kampung dulu... kami tidak mempunyai TV... jadi kami akan berduyun2 ke rumah jiran untuk menonton filem & drama Melayu saja.

Bila aku dah ada TV.. mula lah menonton berbagai2 filem omputih...

Kemudian bila aku berkahwin... aku duduk dgn mertua.... dan semestinya MIL aku tu peminat drama Melayu.

Bila duduk di rumah mertua... malu tau nak buat sesuka hati... apa yang MIL tengok aku tengok... lebih2 lagi kalau remote TV tu berdekatan dengannya... memang sahlah aku tak ambil.  Dan kerana itulah aku menjadi peminat tegar drama Melayu...

Tapi ada masa aku ni nakal jugak.

Kalaulah aku dapat tau ... ada filem omputih yang best di saluran lain... aku  tukar channel awal2...

Bila sedang menonton... kadang MIL tanya...

'Takde drama ke ari ni...'

Aku akan jawab...

'Ntah le mak... tapi citer ni sedap...drama dah abis kot...'

Tapi kalau ada perlawanan bola... aku awal2 dah pakat dengan MIL...

'Mak... ari ni ada drama best... kat TV3...'

Dan MIL awal2 dah tukar channel...

Hahahaha... terkulat2 lah anak2 lelaki dia nak tengok bola... yang selamat aku...

Hehehe...

Itu bukan jahat tau... itu nakal sikit je....






...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

14 comments:

Zareda Norman said...

kak anie
sok dah ada menantu jangan nakal dengan menantu tau.. hehehhe

zino said...

pasal drama ni kena tanya mem la hehe

iina said...

Wah kak leh jadi reporter drama melayu nie hehehhe ;)

kakpah said...

kakpah dah lama tak tengok drama. Yang sambung sambung tu lagi tak tengok. Takut terkena candu haha..

Yan said...

kitepun ske tgk drama melayu... especially yg sedey2 (kata drama) dan juga komedi.. tp klu yg bab sedih2 tu konfem nangis pastu kene ketawa dek hubby.. huhuu...

salam kenal..
klu sudi vote bby saya yer..
http://www.mayaqarmyla.net/2010/12/jom-vote-adik-dhuwa-haziq.html
tq

Yan said...

lg nak komen.. tp skang dah jarang tgk drama melayu.. dulu bukan takat tv3.. tv1 & tv2pun kite layan dramanya.. lg besh kadang tuh..
skang ni da jarang tengok.. pasal byk sangat cenelkn.. macam2 nak ditengok heheh

MOKCIK AZWA said...

Kak anie..mokcik pun kalau berada di rumah di KT biasanya jarang miss cerekarama. setakat ini tidak mengecewakan..hehehe

Noorkhiriah..suka lakonan dia dan mula2 noticed dia, ada dulu2 satu drama bersiri lakonan Faizal Hussien dgn alahaiii lupa lak nama..yg lama hilang sebab tersebar video lucah ngan bekas suami dia tu..tak silap azwa dlm citer tu Noorkhiriah berlakon sebagai isteri kepada Faizal. Cuma sekarang tak berapa gemar tengok kalau dia over dari segi pakaian huhuhu..

Apapun selamat maju jaya pada Noor dgn Shaheizy Sam..

Mak Su said...

terkulat2 ler saya kak, saya tak minat drama bersiri melayu, tapi saya tetap sokong lakonan mereka yang mantap.

ChentaHati said...

KakAnie... sedikit pembetulan... Norkhiriah tu dia menang Pelakon Wanita Terbaik Drama... last year dia menang Pembantu. apa2 pun... saya pun suka tgk dia berlakon... menjadik sungguh...

AuntieYan said...

Salam Anie,

Kak Yan pun suka jugak dengan drama ni, tapi, Kak Yan akan tengok barisan pelakonnya dulu.
Selalu juga termiss cerekarama sebab ada bola....nyampah!!!
Sekarang ni Kak Yan sedang ikut cerita Cina pukul 6.00ptg di TV 2....sedap ceritanya, kisah gundik-gundik Maharaja Cina....:-)

aNIe said...

Zar... akak ni biasalah kaki menyakat... kalau tak mengenakan anak2 tak boleh... ngan menantu pun siap ler nanti...hahaha

---------------------

zino... ye lah ...orang laki ni malas nak tengok drama... drama ni selalunya org pompuan je yang mengadap

---------------------

iina... tulah pasal... jadi reporter tak bergaji je

cikceriacorner said...

kak anie..kite xsanggup tgk cite nak tgk Cinta utk Saerah tu..sedih sgt..:(

aNIe said...

Yan...salam kenal dari akak... tulah kalau drama sedih memang beriya-iya menangis...hahahaha... kelakar kan...

Cik abang akak tu tak boleh ketawakan akak... sebab dia pun kadang emo jugak

Chenel sekarang dah banyak sgt... sampai tak tau nak tengok yang mana satu

--------------------

Mokcik... memang pun akak minat dia... tapi harap2 dia taklah terover sangat dgn pakaian... sebab nanti boleh hilang peminat... sebab dulu dia nampak innocent je kan... pakaian pun biasa2 je... jadi bila dah menang2 anugerah ni jgnlah hendaknya dia berubah jadi vogue de vast tak tentu arah...

--------------------

Maksu... akak ni kalau drama bersiri ni kena pilih2 sebab sekarang banyak channel ada drama bersiri... selalunya akak tengok pengarah atau produser filem mana yang keluarkan drama itu

------------------

CH...alamak...betullah camaner akak boleh tersilap tulis ni... nanti akak betulkan balik lah..thanks CH

aNIe said...

Kak Yan... anie dulu pernah ikut cerita cina... berhantu... tak boleh berhenti... sampai dulu pernah MIL bising dengan adik ipar... sebab kitorang kena candu cerita cina...sampai nak berbuka puasa pun nak buka dpn TV...hahahhaa

Anie pun kalau tengok drama mesti tgk pelakonnya... serta produser dia... sebab bila produser bagus mesti drama pun best.

--------------------

cikceria... memang cerita tu sedih sgt... tapi best kan ...watak nomie & Jibek tu menghidupkan drama tersebut.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails