Tak kiralah raya haji ke... raya puasa ke... raya cina ke... raya krismas ke... raya deepavali ke... semua orang nak balik ke kampung... takpun... ke mana2 destinasi untuk bercuti...
Maka lebuhraya semua menjadi sesak... jam sana sini...
Bila dah jam... maka ramai lah yang melanggar peraturan jalanraya... mulalah berhimpit2 masuk ke lane kecemasan...
Macam diorang saja nak balik kampung...
Kalau tau nak balik cepat... ambil cuti... balik malam tadi... dah tentu tak terperangkap dalam jam.
Bila ambil keputusan untuk pulang petang ni... memang dah sah2... akan terperangkap dalam jam.
Jadi... kenalah bersabar...
Jangan nak marah2... nak stress2... sebab bukan salah orang lain... salahkan diri sendiri.
Kalau dah tau lebuhraya akan jam.... carilah jalan alternatif... jangan nak marah2...
Lagipun... kena ingat... kita nak balik jumpa orang tersayang... dan berada dalam kereta ni semua orang2 yang kita sayangi...
Jadi... bersabar... berhemah dijalanraya banyak membantu dalam mengelakkan apa yang tidak diingini berlaku...
Dan pada mereka yang memandu kenderaan yang besar2 tu...
Ingat ye... lorong anda adalah di sebelah kiri... dan boleh memotong bila dirasakan selamat...
Ingat kata2 Raja Lawak Nabil...'
'Kenderaan berat ikut kiri... kenderaan berat ikut kiri...'
Jangan cuba2 nak memecut masuk ke lorong kanan...
Bukan tak pernah tengok bas2 ekspress... lori2... memecut di lorong kanan...
Sakit hati betul bila tengok macam tu... rasa nak amik je nombor kenderaan mereka tu dan buat laporan...
Kelmarin pernah sekali masa balik dari Melaka... sebuah bas ekspress yang dipandu oleh pemandu yang tak tau sabar... mengikut lorong kecemasan... seram sejuk ketika melihat bas tu menyenget aje sebelah kiri macam nak terbalik...
Diorang ni macam tak serik2... kerana ketika itu baru aje lepas kejadian kemalangan mengerikan di Simpang Empat... masih tak ambil ikhtibar...
Dan akhir sekali pada pemandu2 yang akan memandu petang ini... atau malam nanti...
Masa memandu... tumpukan perhatian... jangan sibuk nak bertelefon... dan yang penting jangan sibuk2 nak bersms...nak beritau dah sampai kat mana pada orang yang menanti... nanti silap2 tak sampai2....
Bahaya sungguh... nanti silap2 tercium kereta depan... kereta yang depan cium pulak kereta depan dan bila dah berlaku macamtu ... maka berkilo2meterlah jam yang terpaksa diharungi oleh orang lain... sebab nanti banyak pulak yang kepoh2... memanjangkan leher... memperlahankan kereta nak tengok apa terjadi...
Dan yang paling penting... bila mata dah rasa ngantuk... berhentilah di mana2 R & R... dapat melelapkan mata walau 15-20 minit pun dah cukup... daripada memandu dlm keadaan yang membahayakan...
Oleh itu... sekian saja pesanan dari Kak Anie...
Masih lagi bersiaran dari Shah Alam... sebab petang nanti baru nak balik Melaka...
Kepada yang sama2 nak balik petang ini... ingat2lah pesanan di atas...
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA... dan semoga selamat sampai ke destinasi...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
13 comments:
yesss!!! kita sokong kak ani...kata2 cukup bernas seperti melepas geram...bgus kak ni..mengingati pemandu supaya lebih beringat....selamat menyambut hari raya aidil adha buat kak ani sekeluarga...
selamat hari raya aidil adha kak anie..
kami bertolak jam 3 pagi nanti.. nak wat cam ne, tak leh cuti wpun cuti berlambak lagi
Kak Anie,
Selamat Hari Raya Aidiladha, kami pun akan memulakan perjalanan petang ini...Ingatan untuk semua ni!TQ
Salam Kak,
saya balik esok pagi lepas solat raya kak..harap-harap lebuh raya dah lengang sikit...
SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA KAK Anie..
oppss...lupa lak nak bagi tau akak saya shopping kat IKEA kak!
;-)
Baiklah cik kak anie ping pang pot pet.. pesanan tulus anda akan disampaikan kepada cik abang @ supirku.. hahaha..
Selamat Hari Raya Aidul Adha kak anie dan keluarga..
hehehe...
terima kasih kak anie..
saye beraya disini jer...sebab kali ni mak & mak mertua raya kat rmh anak2 kat sini...
selamat hari raya aidiladha anie..sambil mengingatkan orang..ingtakan diri sendiri ye anie..hati2 dijalan raya..semoga selamat sampai kekampung..
Kak Anie.. Salam Aidiladha.. selamat beraya di melaka ye ;) hati2 bila memandu balik ke shah alam
selamat hari raya aidil adha...
Kan bagus kalau dialog ni masuk dalam tv..
Selamat Hari Raya Aidiladha buat aNie sekeluarga.
Hehehe... semua dah selamat sampai ke tempat dituju... Alhamdulillah....
Selamat Hari raya aidil adha buat yg belum akak ucapkan selamat lagik.
Post a Comment