Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, November 15, 2010

Lusa Hari Raya...

Lusa kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Adha...

Kalau dulu... bila Hari Raya ... tak kiralah Hari Raya Haji atau Hari Raya Puasa... semua anak2 dan menantu mertua akan berkumpul di rumahnya...

Tapi kini ... bila semua dah punya keluarga... anak semua dah besar2... Hari Raya Haji selalunya mereka merayakan di rumah sendiri.  Yang tinggal jauh pun kadang tak sempat nak balik... maklumlah cuti hanya sehari sahaja.

Yang selalu berada di rumah mertua tiap kali Hari Raya Haji ialah aku dan anak2...

Hanya pernah masa cik abang kat Jeddah aje aku beraya bersama bapak di kampung dan adikku Sya.

Disebabkan cik abang takde maka dpt lah aku beraya 2 kali di rumah bapak...Alhamdulillah... hilang rindu untuk bersama2nya di hari Raya biarpun cuma Hari Raya Haji.

Sekarang... cik abang dah bekerja di Melaka...begitu juga anak bujang ku...

Maka memang wajiblah aku balik ke rumah mertua.

Cuma tahun 2 tahun kebelakangan ini aku tak dapat sama2 memasak dengan adik iparku... kerana aku terpaksa balik pada malam Hari Raya setelah Ude balik dari pejabat.

Mungkin esok aku akan buatkan kek oren kegemaran mertua... dan juga kek batik untuk juadah hari raya...

Rendang?... Belum difikirkan lagi samada aku akan masak sedikit di sini atau tidak...

Masih lagi berfikir ni......







...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

7 comments:

sI tEDI said...

selamat beraya di melaka kak.
salam aidiladha

ainnoraini said...

saya raye kat sini jer...mak mertua dtg kat sini..gi rmh ank2nye...

nk ucapkan selamat menyambut aidiladha

MOKCIK AZWA said...

Semua orang akan bercuti bersama keluarga pada hari raya ini...seronoknya..

Mokcik beraya di sini jer ngan anak sedara. Jumaat baru balik bersama famili.

Selamat hari raya aidiladha kak

Mak Su said...

selamat hari raya aidil adha kak, kalu ke outstation, selamat perjalanan pergi dan balik ya

iina said...

Selamat hari raya kak.. semalam pakwe saya dah pesan.. kena masak rendang daging.. biasalah bila nak raya nie.. dia yang jadi tukang order menu hehehe

AtieSalehah said...

selamat hari raya kak....

n selamat berendang daging...

kak Erna said...

anie..satu hari pun anie kena balik kan..hati2 dijalan anie..
sian kat anie kan..mesti letih ulang alik..tapi nak buat macamana dah tugas anie sebagai isteri..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails