Gambar hanya hiasan ehsan google image...
Anak2 dah mula cuti sekolah...
Tapi aku tak plan apa2 lagi bersama mereka.
Bercadang untuk ke Ganu pada bulan Disember nanti... mungkin hujung Disember masa cik abang menngikut big boss lawatan ke Mesir...
Buat masa sekarang anak2 cuma menghabiskan masa di rumah... mengadap komputer...
Aku bagi chance dlm seminggu ni aje... lepas tu rasanya nak carikan tusyen matematik untuk Fareez..dan mencarikan buku latihan untuk Farhan.
Nak antar balik kampung pun sekarang kampung dah tak macam kampung...
Aku masih ingat di masa zaman persekolahan aku dulu... musim cuti sekolah adalah masa yang aku tunggu2 untuk balik ke kampung...
Bila musim cuti bermula... maka aku pasti akan balik kampung ke rumah atok & mak ngah...
Berada di rumah arwah Ngah dulu begitu seronok... awal pagi dah dengar kicauan burung. Memandang ke baroh... kelihatan sawah padi luas terbentang dengan keindahan matahari terbit...
Sejuk... nyaman... sukar untuk digambarkan ..
Selalunya bila berada di kampung aku akan mengikut arwah Ngah menoreh getah di estet. Mandi pula air perigi atau air yang di pam...
Seronok sungguh...pengalaman yang tak mungkin aku lupakan....
Bangun awal paagi... bawa bekal nasi atau jemput2 dgn sambal bilis... air kopi dalam botol...
Meredah gelap awal pagi sesudah subuh ... berjalan sehingga 1-2 kilometer... menyusur pokok2 getah dan bila sampai ke tempat yang diarahkan aku bertugas mencabut getah2 sekerap yang baunya busuk...
Kalau hujan... bau getah sekerap dalam mangkok getah tu bertambah kuat... selalu aje aku komplen dengan arwah Ngah...
'Busuknya bau getak sekerap ni...'
Dan jawapan yang pasti keluar dari bibir Ngah...
'Getah busuk... tapi duit busuk tak...?'
Aku cuma tersengeh...
Bila selesai menoreh pokok getah yang beratus2 tu... kami akan duduk berehat menikmati juadah yg di bawa sementara menanti siren dibunyikan tanda susu getah sudah boleh dikutip...
Aku masa kecik dulu suka pakai skirt... silapnya aku ke kebun getah pun pakai skirt jugak... maka nyamuk2 di sana pun berpesta lah...
Arwah Ngah... biar pun kecil tapi tulangnya kuat... dia boleh memikul susu getah yang penuh 2 baldi besar dengan menggunakan kandaran...
Aku cuma mengikut dari belakang dengan membawa perkakas yang terpaksa di bawa pulang...kemudian menanti Ngah jauh dari stesen menimbang susu getah....
Arwah Ngah memang tak benarkan aku mendekati stesen timbang sebab takut nanti aku diusik oleh orang2 di sana...
Bila semua sudah selesai... aku dan arwah Ngah akan pulang berjalan kaki ... patutlah arwah Ngah dulu kurus sahaja... banyak eksersais
Sampai sahaja ke rumah... arwah Ngah akan mula memasak.. menggiling cili... menanak nasi dengan menggunakan dapur kayu je...
Selesai makan tengahari... aku akan sibuk melihat atok membancuh susu getah yang ditoreh berdekatan dengan rumah arwah Ngah...
Bila getah dah beku... aku akan menjadi tukang putar mesin getah...
Waktu petang ... aku bersama sepupu dan kawan2 ku akan berduyun2 pergi mandi di perigi yang berdekatan... kalau musim kemarau... aku dan sepupu akan berjalan kaki ke sungai berdekatan ...
Rasanya kalau dibenarkan duduk sebulan di kampung pun aku suka... kerana setiap hari apa yang aku lalui adalah pengalaman baru yang amat beharga dan menarik...
Biarpun semua itu telah berpuluh tahun berlalu... ianya tetap segar dalam ingatan....
Sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang...
Tapi kini anak2 aku tak dapat merasai itu semua...
Tidak dapat menikmati kicauan burung di waktu pagi...
Tidak dapat lagi merenung kecantikan matahari terbit di kaki langit dengan sawah padi yang menghijau...
Tidak dapat lagi bermin air di anak2 air yang jernih airnya...
Tidak dapat lagi menangkap ikan puyu yang banyak terdapat di sawah padi...
Kini semua dah tiada....
Yang tinggal hanya memori yang amat berharga...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
17 comments:
Memang best kan kak duk kg.. leh explore kwliling rumah mcm2 ada.. yg indah tuh suasana pagi sejuk dingin dan nyaman tuh.. takdelah sibuk hiruk pikuk cam kat bdr.. tapi yelah kan keadaan dah tak sama cam dulu.. budak2 dah tak main benda2 camtu skrg.. semua duk internet n games jek
anie..kenangan yang berharga kan..
akak dulu memang dikampung..bila cuti sekolah..pi bercuti kerumah abang abang atau sepupu2 yang dok jauh..masa tu la merasa kepahang,johor,singapura..dan mana2 yang ada sedara rapat la..
meh la lepak kat rumah ni... ada 3 bilik kosong..
Salam Kak Anie,
mmg nostalgia betulkan...Azzah dulu mmg duduk di kampung... sentiasa menunggu waktu cuti sekolah sebab boleh main tak ingat dunia! hahaha...main dari pagi sampai ke senja...mmg waktu cuti sekolah kulit akan jadi gelap ..sebab asyik berjemur aja.....main basikal sekeliling kampung, ke hulu ke hilir.. terjun parit tangkap anak ikan, panjat pokok manggis dan rambutan... main pondok-pondok...main masak-masak.. mmg seronok zaman kanak-kanak..tak ada masalah langsung!
salam kak ani..
pengalaman yang sama.. abgreds pun asal dari kampung tradisi dan anak penoreh getah.
ceritanya samalah macam kisah kak ani ni..memang best dulu punya lifestyle..
salam kenal,
suka n3 ni..byk mengimbau kenangan dolu2
kampung dulu tak sama ngan kampung sekarang kan....even nak main2 sekitar rumah pun rasa cam tak selamat je...
kita kan selalu bising kata getah sekrap bau "lantong" tapi ngah selalu cakap baunya wangi.. ko tak ingat kes kita jemur padi.. he he he hangin datok satu badan ngan kerenah kita
anak anak kita memang rugi
haha... betul... getah busuk, tapi duit tak busukkk
N3 yang mengimbas kenangan lama,rindu sangat tapi anak2 kak Zai tak dapat rasa sebab atuk mereka dah tinggalkan kampung.
dulu masa kecik2 ct suka terjun dalam parit..main air. skang sejak dah ade kilang kat situ..parit dah jadi sempit, kotor dan busuk plak tu. Dah macam tak best je.
iina...anak2 sekarang rugi.. mereka tidak dpt merasa apa yang kita rasakan dulu...seronok sgt...
---------------------
Kak..dulu sedara anie semua kat Melaka... jadi takde peluang untuk pergi jejauh...
--------------------
Mulan... boleh tahan ke dengan hero2 akak ni... eh!! nanti akak nak pi Ganu akak beritau mulan ye...
Mokcik pulak bila cuti sekolah dolu2 akan membantu mama turun ke sawah untuk menuai padi...kalau padi huma mendiang nenek belum siap dituai, kami beramai2 akan ke kampungnya untuk menuai padi huma bersama2.
Sekarang sawah padi dan kebun getah masih ada, tapi mama dah sewakan pada orang lain utk usahakan, hasilnya dibahagi dua...tak dapek la anak2 nak merasa pengalaman mcm kita dolu2..
Azzah... wah panjat pokok eh!! Macam tomboy... akak ni...panjat pokok idak ler... tapi kalau main enjut2 kat pokok getah tumbang memang feveret...hehehe
Seronok kan?
---------------------
abgreds... memang seronok sgt... sekarang semua tu dah takde... anak2 sekarang dah tak dpt nak rasa semua keseronokan itu
---------------------
Salam Hamizah... kalau nak mengimbau kisah dulu2 memang banyak... tak pernah lupa...kenangan indah
--------------------
Atie... sekarang ini di mana2 pun rasa tak selamat untuk melepaskan anak bersaorangan... takut macam2 gejala buruk yang boleh terjadi
--------------------
Sya...ahahaha.... mana boleh lupa... nasib baik atok hempas galah tu ke bawah je... tak di pelangkongnya kita...hahahaha...
--------------------
PB... paling rugi tak dapat mandi sungai...hehehe
-------------------
Looking for car...itu selalunya statement orang2 susah...kan? Untuk mencari sesuap nasi semua mesti dilakukan...
------------------
Kak zai... tulah... sekarang ni anak2 tak dpt merasai suasana kampung lagik.. rugikan...?
Kalau ada pun sekarang byk kampung2 yang dah tercemar kerana didirikan kilang2... air sungai pun dah tak bersih lagik...
--------------------
Siti...tulah dulu tak kira... bersih ke tidak kita hentam saja...hahaha
-------------------
Mokcik...kalau padi huma takde lintah kan? Akak tak pernah ikut mak Ngah ke sawah sebab takut lintah... eiii.. geli...!!!
Post a Comment