Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, November 5, 2010

Busy As a Bee...

Tak dapat nak buat entry baru....

Tak sempat nak melawat blog kengkawan...

Takde masa nak beronggeng di Facebook...

Sibuk giler sejak beberapa hari ni...

Semalam....

Awal pagi melawat kawan pada Ude... kerana menziarahi adiknya yang pulang ke rahmatullah...

'Pergi' pada usia 20 tahun... masih terlalu muda...

Tidak mengidap apa2 sakit... cuba diserang sakit kepala yang amat sangat tengah malam Rabu... dan sempat ke hospital tapi doktor tidak dpt berbuat apa2.  Pendarahan dalam otaknya di tempat yang amat sukar dan keadaan dirinya yang tak stabil tidak mengizinkan doktor membuat pembedahan....

Malamnya selepas dimasukkan ke ICU dia pergi dengan tenang...

Al-Fatihah buat arwah... semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di 'sana'

Dari rumah kawan Ude... aku membawa Fareez final test untuk rekoding suara di tempat kakaknya bekerja...

Berada di sana sehingga hampir jam 2 ptg... selesai rekoding terus makan nasi ayam penyet... sedap!!

Balik saja dari sana... aku menyambung kerja2 untuk persiapan projek besar hari Jumaat...

Projeknya... masak nasi lemak untuk 125 orang.... siap packing...

Dan sejak pulang aku tak duduk diam.. terus menyiapkan apa yang patut....

Semalaman aku tak tidur... dan segalanya selamat dibekalkan pagi tadi... Alhamdulillah...

Balik dari menghantar nasi lemak di pejabat Ude... aku tidur sekejap... kepala dah sakit... mata dah tak boleh angkat... segalanya dah ting tong...!!

Tidur sekejap... bangun jam 11... terus masak sup ketam... sebab nanti nak ke Pusat Perubatan Gleneagles.... melawat Sya adik ku yang dimasukkan ke wad semalam kerana disyaki denggi...

Sampai Hospital... jam 1 lebih... duduk sebentar...bual2 dgn sya... (biarpun dia sakit tapi masih rancak berbual dgn nya... alhamdulillah demam dia dah kebah)... sampai jam 3... aku minta diri untuk pulang...

Membawa anak2 sya... balik ke Salak Tinggi... dan tidur sekejap di rumah Sya... mata masih ngantuk...

Jam 6.30 aku bertolak balik ke Shah Alam...

Sekarang dah bersiap2 nak balik Melaka... sedang tunggu Munir balik dari Giant... baik Munir ada... boleh lah dia drive... aku dah tak tahan lagik...

Okay kengkawan... jumpa lagi dilain kali...

Selamat Berhujung Minggu....



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

11 comments:

Acik Erna said...

anie.siannya..tak de rehat..kalau tak balik melaka..boleh juga rehat2 dan tidur kan..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, memang betul punya busy tu, takper.. jgn busybody suda... hik2..

ibundo said...

kalau dah sampai ajal, tidak ada siapa dapat menghalang. alfatihah..

hujung minggu yang sibuk ye anie.. msih ada masa nak rehat ni.

Unknown said...

tiap-tiap minggu sibuk ajer ek

Kak Anie said...

Kak... balik Melaka pun sibuk... nak pi membooking apa yang patut untuk majlis akan datang...

-----------------

Sari Yusa... hehehe... kalau busibodi tu sudah manyak syusyah lah...

-----------------

Kak Pah... betul tu ajal dtg tanpa mengenal usia...

-----------------

Ina...tulah pasal... tiap minggu ada aje agendanya...

Zareda Norman said...

kak anie

kak sya warded ker? patutlah senyap aje kak sya.. hopefully kak sya cepat sembuh

Zaitun said...

Bila sibuk melanda banyak benda yang kita tak boleh buat tapi kita perlu mencuri masa untuk berehat.

MOKCIK AZWA said...

Get well soon Sya..minum hundred plus pun elok juga untuk denggi.

Al fatihah untuk yang pergi..

Kak Anie jaga diri ya..

aNIe said...

Zar...ahah... sejak minggu lepas... harap2 cepat sembuh.. sian anak2 dia...

----------------

Zaitun... betul tu... curik masa tidur dlam kereta...

------------------

Mokcik... alhamdulillah dia semakin pulih.. harap dpt pulang segera.. kesian anak2nya...

Anonymous said...

minum jus kiwi pon bagus...

aNIe said...

Terima kasih anon...alhamdulillah dah beransur sembuh...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails