Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, September 25, 2010

Syukur Pada Mu Ya ALLAH... &Tahniah Untuk Warga Yayasan Melaka...



Hari Khamis petang aku dah bertolak balik ke Melaka...

Dari Shah Alam hujan terus turun renyai2 sepanjang lebuhraya...

Sampai di Melaka hampir jam 9 malam.

Aku cuma pulang dengan Fareez je...

Kami terus ke jemputan Rumah Terbuka Kawasan Perumahan adik ipar di Bukit Beruang..

Disebabkan hari dah malam semasa kami sampai... yang tinggal cuma nasi impit... sambal bilis dan sambal kacang... rendang ayam semua dah abis...

Balik dari sana... terus ke rumah mertua.

Cik abang masih belum balik kerana menghadiri Majlis Bacaan Yassin dan meninjau2 persiapan terakhir untuk majlis yang akan diadakan esok.

Malamnya bila cik abang pulang... dia kelihatan letih... maklumlah dah beberapa hari beturut2 pulangnya lewat...

Sebelum tidur... aku keluar bilik untuk minum air...

Sedang aku berada di singki... aku ternampak kelibat cik abang masuk ke bilik air.

Tiba-tiba aku dengar bunyi benda jatuh dibilik air... kuat...

Aku tersua berlari dan terlihat cik abang dah terlentang jatuh dan kepalanya terhantuk di dinding...

Mukanya pucat... aku terus memeluk dan cuba membangunkan dia... tapi dia terus duduk dan berusaha untuk bangun sendiri...

Aku jadi panik bila dia terus senyap ... tubuh aku menggigil... aku memeluk dia sambil mulut terus mengucap beberapa kalimah ALLAH...

'Bang... anie panggila Mahadi ye...'  Mahadi adalah suami adik ipar yang tinggal serumah... aku terlupa yang Munir pun ada... tapi semua dah tidur kerana waktu ketika itu dah 1 pagi.

Dia terus menggeleng kepala... wajahnya pucat... aku cuba sedaya upaya membangunkannya...

Dengan kudrat yang ada dia bangun dan aku memapahnya ke bilik...

Gigil di tubuhku masih belum reda.. aku takut... bermacam2 bayangan timbul dalam kepala...

Dia membaringkan tubuh ditilam... sambil aku memicit2 tubuhnya... tangannya... jari jemarinya dan bertanya... ada rasa kebas2 tak?

Alhamdulillah bila katanya tiada... dan terus tidur...

Aku tak boleh melelapkan mata... aku duduk disisinya sambil memerhatikannya...

Tiba2 cik abang membuka mata... terus bertanya pada aku...

'Anie...abang kenapa?'

'Abang jatuh bang...'

'Jatuh kat mana?'

'Kat bilik air...'

'Macamaner abang jatuh...'

'Abang jatuh terlentang... kepala abang terhantuk...'

'Anie ada kat situ ke...?'

'Anie kat dapur masa tu...'

Habis je soalan tu... dia tidur semula....

Selang beberapa minit... dia terkejut semula... dan bertanya soalan yang sama...

Dan ianya berterusan hingga hampir jam 4 pagi.

Soalan yang sama terus diajukan kepada aku... 

Aku jadi bimbang...bila perkara itu berterusan... berbagai doa aku panjatkan pada Yang Maha Esa...

'Ya Allah... janganlah kau apa-apakan suami ku jauhkanlah dia dari musibah...aku bermohon padamu Ya ALLAH... hanya pada Mu tempat aku meminta...'

Hanya itu yang bermain dibibirku... sambil tangan aku tak henti mengusap2 kepala... tubuh...wajah suamiku yang sedang tidur...

Dengan tubuh yang menggigil... aku membaringkan tubuhku disebelahnya... dan kerana keletihan aku terlena...

Hampir jam 4 pagi... cik abang mengejutkan aku... minta diambilkan baldi kecil di bilik air...

Aku terus berlari... kerana aku tau... dia nak muntah kerana pucat wajahnya masih ketara.

Setelah semuanya keluar... aku lihat dia nampak lega... wajah pun dah tak pucat lagik.....

Aku terlena semua jam 4 lebih...

Pagi Jumaat...

Acara besar yang dikendalikan oleh cik abang akan bermula jam 8.30...

Semasa aku terjaga... aku usap kepalanya... sambil bertanya keadaannya.. Dia terus menyuruh aku mandi dan bersiap2...

Alhamdulillah... cik abang dah pulih sediakala...perkara ini tak seorang dlm rumah tu pun tau... cik abang tak mau ibunya risau...

Dari rumah mertua kami bertolak ke pejabatnya... di sana pemandu datang mengambil kami terus ke bangunan baru...

Hari Jumaat 24hb. September ialah Hari Perasmian Bangunan Yayasan Melaka yang baru...merangkap sambutan 26 tahun Yayasan Melaka... dan pelancaran buku Merintis Jalan ke Puncak Dari Jalan Kota ke Hang Tuah Jaya...



Persembahan Selamat Datang dari Kumpulan Briged Seni Melaka

Persembahan Koir Yayasan Melaka


Acara momotong kek sempena 26 tahun YM



Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka... Datuk Seri Hj. Mohd Ali Rustam.


 Acara perasmian....

Berbagai acara berlangsung diakhiri dengan Jamuan Hari Raya diperkarangan bangunan baru itu.  Berbagai juadah disediakan... ada nasi impit... rendang... satay... roti canai... mee goreng... laksa... cendol... dan macam2 lagik... si kecik yang mengikut aku ke majlis tersebut seronok dpt menjamu selera dengan berbagai jenis makanan.

Semasa majlis tersebut... aku dan si kecil menjadi tumpuan kakitangan YM... kerana sejak cik abang bekerja di sana... inilah kali pertama aku muncul dalam majlis Yayasan Melaka... itu pun atas permintaan staff cik abang... aku dah macam artis... bergambar tak sudah sudah... hehehe...

Tahniah buat cik abang... yang sentiasa tersenyum lebar kerana kejayaan majlis tersebut...

Ucapan tahniah dari rakan2 dan kawan2 datang bertalu hingga membuatkan dia merasa segala penat lelahnya terbalas.

Tiada apa yang lebih membanggakannya daripada hasil kerja yang dihargai.

Buat suamiku tercinta... semoga dia sentiasa berjaya dan cemerlang dalam kerjayanya... dan apa yang diusahakan selama ini akan berhasil.

Kembali dari majlis tersebut... dia terus baring dan merehatkan badan...

Ya ALLAH... hanya pada Mu aku bermohon.... semoga diberikan kesihatan yang baik buatnya... kerana bagi aku itu adalah lebih penting dari segalanya....





...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

11 comments:

sI tEDI said...

kak anie,

ketika membaca awalan entry kak anie, saya harapkan itu adalah mimpi semata-mata. tentang suami yang jatuh di bilik air dan kepala terhantuk.

rupa-rupanya kisah benar Syukur tiada apa-apa.
Alhamdulillah...

shafarina said...

salam kak anie

menakutkan sungguh la kalau jadi gitu. seram saya, mesti dah bawa gi klinik dah.

alhamdulillah takde apa2.

tahniah juga atas kejayaan suami akak tu.

~ yus ~ said...

saya pun sama mcm si tedi, mula2 baca mengharapkan ianya hanya mimpi. Tapi syukur tiada apa2...Alhamdulillah..

Tahniah atas kejayaan cik abang akak.., dia bertuah sebenarnya punya isteri yang sentiasa menyokongnya dari belakang seperti akak...

nur said...

sungguh suspen cerita ni.. nasib baik xde apa2 dan tahniah buat suami.. memang kalau ada majlis besar penat nak buat preparationnya


ALL IN ONE

Ida said...

Kak Anie

Syukur husband kak Anie tak apa-apa.. tapi kena jugak bawak check.. just to be sure. Dari cerita kak Anie tu macam kuat jugak dia terhantuk tu..

ilahjy said...

salam kak anie
suspen betoiiii ilah baca.. sampai noktah terakhir cerita kak... ilah terkeduu ..semoga abg tak apa2..berkat doa sorg isteri yg ikhlas.. diberkati..aminn..

kak anie ilah ada beli tanah dari yayasan melaka dah hampir 2thn dah.. tunggu geran jer..melaka pindah tanah lot banglo fasa2 kak.. ilah beli cash... oooo senang laa ada abg kerja sana..hehe leh kita jumpa 1 day..saja gurau kak.. tak sabar nak tgok rupa tanah lot tu kak.. kata yayasan akan dpt geran dlm 2 thn selepas bayar.. ni dah 1 tn ilah bayar..thn depan agaknya dpt la geran..

Kak Anie said...

tEDl...alhamdulillah cik abang tak aper2 masa jatuh tu...syukur sgt pada ALLAH...

--------------------

shafarina terima kasih kerana ucap selamat tersebut...

Alhamdulillah abang tak aper2... cuma hujung minggu ni dia nak pergi cek...

--------------------

Yus terimakasih kerana ucap selamat tersebut... dan Alhamdulillah kerana dia tak aper2...

---------------------

Kak Anie said...

Nur...memang penat giler dia... sebab selalu balik lewat malam untuk pastikan segalanya berjalan lancar...

--------------------

Ida...akak dah suruh pergi check..doktor suruh cek jantung sekali takut ada problem...Harap2 semuanya okay...

--------------------

ilah...terima kasih... Alhamdulillah... akak bersyukur sangat2 takde kata2 yang dapat akak ungkapkan lagik...

Insyaallah dptlah nanti geran tu...

kak Erna said...

anie..alhamdulillah.suami anie sihat..dan semoga terus sihat..anie kena rajin talipun tanya kesihatannya..orang lelaki kekadang..suka sembunyikan kesakitan dari isteri..

- kak ina - said...

kak anie.. bawa abg D jumpa doktor... sampai muntah tu, bahaya tu... mudah2an x apa2 lah...

umeboshi said...

Allah..nak nangis lak ume baca entry ni. moga k.anie, hubby dan anak2 sihat sentiasa. take care ye!!

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails