Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, August 4, 2010

Remaja 18 tahun ke Bawah Dibenarkan untuk Berkahwin...Setuju atau Tidak?

 Aku belom baca akhbar hari ini...

Tapi pagi tadi dengar di Hot Fm...bahawa...

Kerajaan negeri Melaka telah membenarkan remaja berusia kurang dari 18 tahun untuk mendirikan rumahtangga.

Hmmm...camaner eh?  Setuju ke tidak?

Sebenarnya dalam apa jua perlaksanaan yang akan dibuat...ianya ada pro dan kontranya.

Langkah tersebut diambil untuk mengelakkan gejala membuang bayi dan remaja2 yang mengandungkan anak di luar nikah.

Pokok pangkalnya sekarang ialah...adakah anak2 remaja itu telah bersedia untuk berumahtangga dan memikul tanggunjawab yang berat pada usia muda....

Tapi kalau dikaji...zaman dahulu anak2 gadis dikahwinkan di usia muda...dan memang jarang kita dengar masalah yang sedang kita hadapi sekarang.  Itu zaman dulu...anak2 remaja masih naif...

Sekarang mereka lebih terdedah pada macam2 gejala buruk di sekeliling mereka.  Andainya mereka tidak pandai mengendalikan hawa nafsu dan rumahtangga dibimbangi akan menyebabkan timbulnya masalah perceraian di usia muda...dan anak2 pula menjadi mangsa.

Satu lagi persoalan yang sukar untuk dijawab ialah...adakah ibubapa anak2 gadis itu bersedia untuk melepaskan anak mereka pada lelaki yang masih muda...mungkin masih baru dalam soal mencari nafkah hidup...dan mungkin masih lagi terkial2 dalam soal mencari rezeki bagi menampung hidupnya.

Pada akulah...kalau anak perempuan itu masih muda...dah takde mood untuk belajar...dilamar oleh lelaki yang lebih matang itu tidak menjadi masalah...tapi kalau dengan anak muda yang tak tentu lagi samada sudah sedia untuk memikul tanggungjawab ...itu kenalah difikirkan berkali-kali...

Selagi manusia ini tidak tau membezakan dosa dan pahala...halal dan haram...tidak tau bertanggungjawab...maka selagi itulah masalah ini takkan selesai...

Masalah ini bertambah buruk bila masyarakat kita khasnya masyarakat Melayu seringkali meletakkan kesalahan mengandung diluar nikah itu pada bahu si gadis...dan si lelakinya terlepas dari segala cemuhan.  Ungkapan seperti...

'Alah...anak aku lelaki...biasalah...kalau yang perempuan tak menggatal...takkan menjadi...'

Ungkapan itu jelas berat sebelah.  Gadis yang telah dinodai tinggal sendirian untuk menanggung segala malu kerana si lelaki enggan bertanggungjawab.

Sepatutnya...keluarga pihak lelaki itu sama-sama duduk berbincang bagaimana untuk menangani masalah ini...dan jalan terbaik ialah mereka dinikahkan...mereka iaitu ibubapa juga bertanggungjawab memastikan anak lelaki mereka tidak mengabaikan gadis itu.

Dalam kes begini ...yang lelaki selalu terlepas kerana masyarakat seolah2 menyokong perbuatan mereka...kerana mereka LELAKI.....

Adakah...dosa antara lelaki dan perempuan yang melakukan zina itu berbeza2...?

Dalam agama kita...dosa itu tidak memilih jantina....kalau benar mereka berzina...maka sama2 mendapat dosanya...

Eh!!..aku teremosi & terpesong pulak dari tajuk utama aku tadi...

Jadi apa pendapat anda...setuju atau tidak remaja2 itu dibenarkan berkahwin untuk mengelakkan perkara2 seperti pembuangan bayi dan mengandung diluar nikah itu terjadi...?





...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

Yunus Badawi said...

Takutnya kawin muda ni tak lama dah bercerai.

ainnoraini said...

salam kak anie...
ain ade dgr kat radio pagi tadi...
tak dpt ain nak bygkan anak ain yg sulung tu 15thn tibe2 ckp nak nk kahwin...mahu pengsan agaknye maknye ni...

mmg tak setuju langsung...mase remaja & zaman persekolahan adalah saat yg paling indah sekali...

AuntieYan said...

Salam Anie,

Kak Yan tak ada anak pompuan, tapi kerisauannya sama saja, anak lelaki tak kan mengandung?...tapi, nauzubillah!!!..godaan sekarang bukan main-main.Budak pompuan sekarang daring-daring belaka, kalau tak kuat iman...habis!!

Zaman dulu, memang pompuan kawin awal, mak mertua Kak Yan kawin masa berusia 15 tahun, masa Kak Yan kawin dia berusia 40 tahun dan dah ada anak seramai 13 orang!!Mereka kekal bahgia sehingga bapa mertua meninggal pada usia 70 tahun.

iina said...

Saya rasa kena tengok kes by kes.. kalau perempuan.. bakal suami dah keje dah stabil.. dan sanggup pikul tanggungjawab didik isteri yg masih muda.. mengapa tidak kan.. tapi kalau masing2 pun masih di bangku sekolah.. spm pun tak lepas lagi.. macamana??

Tapi kalau anak lelaki kak.. saya memang tak galakkan kwin awal.. sebab anak lelaki nie tanggungjawab dia besar.. bkn takat pada isteri.. tapi pada mak dan ayah dia juga.. so lebih baik dia ambil masa bina kematangan.. dan ada tujuan hidup yg jelas dan stabil.. ;)

MOKCIK AZWA said...

on the other side, sekurang2nya anak dari perkahwinan pasangan muda ini sah tarafnya..kalau gatalnya dah tak boleh nak ditahan2 dah..eloklah dinikahkan. Lebih parah kalau dihalang, dorang buat onar...lagi la maluu

ilahjy said...

salam kak anie...

ilah rasa soklan ni patut kita ajukan kpd remaja yg terlibat yg berumur dibawah 18thn..kita boleh tengok apa reaksi depa dlm hal ni..
kata org yg akan alami lebih mengetahui jawabannya..
kenapa ilah kata mcm tu kak?? sbb anak2 sekarang bila kita ajar mereka akan setiap kesalahan dan jgn buat itu jgn buat ini depa jawab...MAMA NI TAK SEPORTING LAHHH!! TGOK MAK PAK KWN2 KAMI SEMUA SEPORTING BIARKAN ANAK2 BUAT KEPUTUSAN SNDIRI BUKAN MCM MAMA ASYIK MEMBEBEL JER ITU TAK BOLEH INI TAK BOLEH!!...
kalau kita zaman dulu jwb mcm tu.. mampusss kena tendang.. kelip mata jer kita dah takut dgn org tua, tambah nak berkata2 kan kak... itulah nasib kita zmn moden ni zmn akhir zmn dunia nak kiamat...

kak Erna said...

anie..susah nak kata..kalau dikahwinkan pun..tak mustahil..di cari orang lain pulak..dah namanya muda..mungkin setahun dua..tahan la..dah namanya muda lagi.lepas tu..dia keluar juga cari orang lain pulak..sikap sebenarnya..

Luna said...

sblm pergi keje td sy tgk 'tanyalah ustaz' kat tv9 giliran ust nidzam kadir. tajuknya 'utamakan yg wajib'. ada sentuh bab kawin masa belajar. pandangan ustaz tu kalo masih peringkat BA, eloklah utamakan pelajaran supaya dpt tumpukan pd pelajaran, TAPI dia kata x semestinya, kalo pelajar tu rasa x leh tahan nafsu dan kene kawin malahan mampu pula, maka berkahwinlah.

itu sblm gi keje.

masa on the way tgh drive bukak hotFM kejap,rupa2nya topik berkaitan!

bg saya mcm ust nizam kadir ckp, utamakan yg wajib.tp ada step2nya lah.bkn terus bg kawin camtu je.

itulah pentingnya pendidikan agama dan hubungan yg akrab sesama keluarga supaya anak yg masih belum matang ni dpt diajar membuat keputusan dgn bijak. kemudian jika anak berkawan2, ingatkan ttg batas perhubungan,kalo anak salah tegur dan hukum seadilnya. tapi jika dia masih tak dapat mengatasi mslh nafsu tersebut,barulah diberi kebenaran utk berkahwin...

ChentaHati said...

ia akan memberi impak pada masa depan... 3-4 tahun akan dtg penceraian akan meningkat... yg pasti masalah takkan selesai kan kak anie...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails