Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, August 2, 2010

Jalan2 di Hujung Minggu Sambil Tempah Biskut Raya...


Semalam hari minggu...hari untuk bersantai dengan anak2 & keluarga.

Sabtu malam...Sya dtg bersama anak2 untuk bermalam di rumah...dah 'bertahun' rasanya dia tak tido sini sejak aku sibuk balik ke Melaka dihujung minggu dan sejak anaknya si Ariff dpt PS3... dia takmo berenggang dengan PS3 dia tu.

Program untuk semalam telah di atur lebih awal...

Agenda pertama...ke rumah Nani Rostam untuk merasa sampel kuih raya yang dijualnya.

Nani ni memang pandai berniaga...kuih2 yang dibuat semuanya sedap...sedap giler...

Bermacam aneka kuih untuk pelanggan yang ingin menempahnya.

Di sini aku tempekkan beberapa sampel kuih yang kami rasa semalam diambil dari blog Nani untuk tujuan pemasaran...(takde komisen tau...saja nak tolong kawan memperkembangkan perniagaannya)  Beli ye jangan tak beli.   Cara-cara untuk menempah sila rujuk ke blog Nani Rostam....



...sebahagian dari gambar2 sampel kuih2 yang dijual....

Berada di rumah Nani memang tak henti2 bersembang sambil merasa sampel kuih dan kami kemudian dihidangkan dengan Mee rebus hasil masakan Nani yang memang ummmpphh!!  Fareez makan bertambah...siap komen...mee rebus nani takde saper boleh lawan...amboi!! Anak aku tu kalau pasal memuji memang pandai...tapi memang betul...sedap....




...si kecik memang suka sgt pada kucing...tak dpt menolak dari bergambar dgn Nougat...


Si kecik sempat bergambar dengan kucing2 Nani yang cantik2...geram tau tgk kucing dia yang gebu2 tu...

Dari rumah Nani...aku dan Sya serta anak2 ke Hospital Kampung Baru...menjengah anak sedara yang dimasukkan ke hospital kerana disyaki denggi.

Dah beberapa hari demam yang tak kebah membuatkan ibunya membawa dia ke Hospital dan kemudian ditahan.

Dari Hospital Kampung Baru...kami ke Ikea...destinasi terakhir.

Kalau ke Ikea...kaki mesti melangkah ke Cafe untuk menikmati makanannya...



Okay...sebelum aku menutup entry ini...sila ke blog bisness aku untuk promosi kek lapis Sarawak...yang tempahannya akan ditutup pada hari Rabu (4 hb Ogos)  untuk kek lapis acuan besar (9 inci x 9 inci) dan untuk kek lapis acuan kecil (8 inci x 2.4 inci) tarikh akhir menempah ialah pada 17hb. Ogos.






Antara contoh2 kek lapis yg dijual...tempahan tutup pada Rabu (4 hb Ogos untuk acuan kecil)







...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

A-de said...

HEHE..THANKS!

myQza said...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!! pergi rumah hanis zalikha!!!!!!

mama dia mmg rajin dan pandai buat kuih. dia selalu promote kat blog
he he he

kucing dia comel2 kan kak? he he he

Kak anie said...

A-de...kalau untuk makan2 biasa boleh tempah tak? Minimum tempahan berapa ye...?

---------------

tEDI...ahah...akak ke rumah Hanis Zalika...kucing dia cantik2...ada 4 ekor lagi baru beranak...geram betul...ada sekor serupa bulu cencorot...hahaha...kalau abang akak tengok mau melompat dia...dah lah ekor dia serupa...tapi memang gebu2...

MOKCIK AZWA said...

waduh biskut raya semua cun melecun..

tapi...kena control ayu diri dari terus menempah dan menempah hehehehe

comelnya kucing, geram tengok hehehe

A-de said...

bley jer makcik..anytime leyh..bukan time raya jer..

kalo takat 1 pon die ley jer pos..tp Ade akan cek kot2 ada org fly dr sane ke cni..

makcik..Ade ad order biskut kat kak nani tu..nt makcik amek skali keh..

iina said...

Kak Anie

Agak2 leh pos p glasgow ke hehehehe ;)

Acik Erna said...

anie..cantik2 kuihnya kan.kalau anie dah rasa dan kata sedap..mesti sedap tu kan..
akak biasa beli kat kedai jijan je..kuih raya dia pun sedap2..

ChentaHati said...

amboi kak anie... dh siap tempah kuih raya... saya belum mula lagi...

NaniRostam said...

Hehe....kelakarlah baca blog u ni ANie.....terima kasih kerana ssudi daatang rrumah...rasa kuih raya...order sekali...seronok tengok Farhann berselera betul makan mee rebus tu kan....nanti nani datang rumah anie rasa kek lapis pulak ok....

aNIe said...

Mokcik...bukan setakat cun je...rasanya sedap

-------------------

a-de...okay....settle

--------------------

iina...hahaha...nak pos ke Galsgow tu tak tau le pulak...

--------------------

Kak memang sedap...dan rasanya pun berbeza2...sebab ada orang buat kuih rupa lain...rasa sama je...

--------------------

Chentahati...kena tempah awal...nanti tak sempat

-------------------

Nani...hehehe...betul apa...mee rebus tu sedap...memang dia berselera sgt...bertambah tu...

Boleh aje datang....tapi awak tu sibuk...ntah bilalah berkesempatan agaknya...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails