Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, July 26, 2010

Musim Kenduri...

Semalam ... MIL aku buat kenduri...

Seperti biasa...setiap kali menjelang Ramadhan...orang2 kampung dah mula buat kenduri.

Kata mereka...kenduri arwah.

Jadi semalam...mertua buat majlis bacaan Yassin...dan juga tahlil.

Kendurinya selepas zohor...aku bertolak dari Shah Alam jam 9 pagi...

Sampai rumah mertua dah hampir jam 12 tghari...semua makanan adik ipar aku order je.

Lauk memang best...tapi sayang aku tak bawak balik kamera...jadi takde gambar lauk pauknya...

Masak lemak nenas ikan kurau...sayur lodeh...ayam  masak merah...sambal belacan dengan ulam2an...memang membuka selera.

Yang membuat segalanya seronok ialah bila berjumpa dengan biras2 yang best!!

Hari ini dalam perjalanan balik singgah rumah bapak....

Bapak bekalkan kami rambutan yang tinggal sisa-sisa penghujung musim...tapi masih tak boleh dimakan dulu sebab banyak semutnya...dah aku tinggalkan kat luar rumah biar lari semua semut2 tu...



Hujan disepanjang perjalanan membuatkan perut merasa lapar...

Sebelum sampai rumah singgah sebentar di McD...sebab dari dalam kereta tadi masing2 dah sibuk nak beli GCB....



Hmmmm...malam2 makan McD memang menyumbang kepada pertambahan berat badan aku ni...

Disebabkan budget kureng...aku singgah beli GCB aje...dan buat keputusan makan di rumah je...tak payah beli air...kat rumah banyak air...hehehe...

Apa-apa pun...GCB memang best...sedap...anak2 aku suka....



 ...saja nak tempek gambar ni...semasa ke Jusco dgn Ude tghari tadi nampak berderet Gold Wing parking...dlm 10 biji kot...amboi...beragan lah pulak nak naik GoldWing...hehehhe

...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

simah said...

gCB tu apa dia kak anie..nampak mcm burger Mac D ja..

Lee said...

Hi Anie, I love this. Masak lemak nenas ikan kurau...sayur lodeh...ayam masak merah...sambal belacan dengan ulam2an.
Can't remember when the last time I ate thes, ha ha.

I think I got to go look for a Malay girlfriend.....again, ha ha. Then ada chance makan this.

Love those Gold Wings....but prefer Harley's....they make better sounds.
Have a nice day and keep a song in your heart, Lee.

zareda said...

kak anie

memang musim kenduri doa selamat dan tahlil sekarang ni.. kat kawasan perumahan zar pun hari hari ada jer menjemput.

Teruja tengok goldwing tu ..

silversarina said...

sedapnya makanan kenduri tu . lama tak makan ikan kurau ..

akak , beli lah 1 goldwing tu , sure berdesup aje lajunya .. vvvrrrrooommmmmmmm .

Mak Su said...

time parents masih idop dulu, biasa gaks kenduri2 nak sambut posa ni. tapi sekarng... tidak lagi,... huhuhu

aNIe said...

Simah...aha...tu burger chicken McD...GCB ...Grilled Chicken Burger...

-----------------

Hi Uncle Lee...makanan kampung is the best...kan? Now..not only the Malays know to cook them...but other races too..psst! Dah ada gf Melayu ke...hehehhe

Uncle lee...hmmmm...harley Davidson? Boleh tahan jugak kan?

--------------------

Zar..aha...sekarang dah musim...sana sini makan daging dah...hehehe...

Tak sempat nak amik gambar warna putih yang nampak lagik besar...

--------------------

Rina...ikan kurau tu kalau bulan puasa akak suka potong dadu...goreng..pastu perahkan air asam...sedap...!!

Dah tualah rina...nak naik motor besar jalan jejauh nanti bergegar satu badan...hahahah

-------------------

Maksu...bapak akak pun dah tak buat kenduri dah...bapak cakap...kita bacakan doa dan bersedekah pun dah boleh dah...

iina said...

GCB tuh mende kak?? maafkan saya yang xup to date makan2 ket mesia nie.. dah lama xmkn macdonald.. burger pun semua buat sendiri jek hehehe

Acik Erna said...

anie..memang sekarang ni musim orang uat kenduri nak sambut puasa..masa mak dan bapak ada..tak dok rumah ..setiap malam ada kenduri..

MOKCIK AZWA said...

Makanan kampung memang meletopss...dan menambah kepada pertambahan kadar kenaikan berat badan yang kronik hehehhe...

pastengok gambo tu terus teruja nak makan GCB... hehehe

aNIe said...

iina...GCB tu Grilled Chicken Burger...memang sedap ayamnya...dipanggang dgn sos...

--------------------

Kak...masa anie kat kampung dulu pun orang tak putus2 buat kenduri bila menjelang puasa

--------------------

Mockik...akak tak berapa teruja sgt...kalau prosperity tu akak sukalah...tapi anak2 kata sedap...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails