Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, July 6, 2010

Jangan Berangan Nak Bawak Kereta...


Semalam...aku bawak anak2 keluar...

Setiap kali nak keluar...Farhan kadang kala merengek dengan aku nak reversekan kereta...

'Jangan...!!!'  Memang suara aku macam tarzan menjerit dari dalam rumah kalau aku dengar dia dah startkan enjin kereta...

'Jangan nak memandai-mandai...'

Semasa dalam kereta...dia merungut...

'Ibu ni....orang nak gostan kereta pun tak boleh...'

'Jangan nak memandai...nanti kau tak tau nak control...abis kau redah pagar rumah Pakcik Din...' 

Pakcik Din tu jiran di seberang jalan rumah aku...

'Alah ...bukan susah pun...jaga minyak jaga brek je...kereta auto...senang aje bawak...'

'Jangan degil...orang yang pandai bawak kereta pun kadang boleh panik kalau tertekan minyak bila tetiba kereta laju je gostan...'

'Jaga le brek...'

'Cakap senang...kalau dah kena nanti siapa nak jawab...'

'Alah ibu ni....'

'Jangan degil Farhan...nanti kau dah boleh ambil lesen...dah belajar kereta kau nak bawak ibu tak kesah pun'

'Alah...si Qamar, anak Pak Lang tu dah pandai dah bawak kereta....'  Qamar adalah sepupu yang sebaya dengannya...

'Itu orang punya pasal....'

'Alah Farhan bukan nak bawak pergi mana pun...kat sini aje...'

'Tak boleh!!' ...suara aku dah meninggi...

'Kau ingat kalau kau sebut nama Qamar tu ...ibu boleh teruja ke nak suruh kau bawak kereta...

'Yelah...dia dah pandai bawak kereta dah...Farhan tak tau lagik pun...'

'Jangan nak samakan ibu dengan orang...bagi ibu takde apa yang dibanggakan anak2 pandai bawak kereta kalau takde lesen dan tak pergi belajar memandu...'

Farhan diam....

Memang aku langsung tak merasa satu kebanggaan kalau ada ibu bapa yang membenarkan anak2 yang belum layak untuk memandu dan tidak mempunyai lesen memandu kereta.  Kerana bagi aku...kalau kita memandu...bukan saja nyawa kita yang perlu kita fikirkan ...tapi kita juga bertanggungjawab ke atas nyawa orang lain.

Biarpun hanya memandu di dalam Taman Perumahan...tapi adakalanya anak2 jiran suka2 aje  melintas jalan dan bermain di bahu jalan.

Untuk mengendalikan sebuah kenderaaan biarpun ianya kenderaan otomatik...mereka mesti peka pada keadaan sekeliling...kena tau undang2...dan itu hanya boleh diperolehi dengan mendapat tunjuk ajar yang betul dari orang yang berpengalaman.

Aku masih ingat lagi pada peristiwa yang pernah aku ceritakan dulu...di mana anak pada kawan aku yang suaminya mempunyai bengkel berdekatan dengan rumah mereka.

Ketika mak & ayahnya tiada di rumah...dia telah mengambil kunci kereta adik ipar aku yang dihantar untuk dibetulkan dan keluar membawa kereta itu dari bengkel.

Ketika itu umurnya baru dalam 14-16 tahun...aku tak berapa ingat.  Tapi dia keluar dengan kawannya...

Niat dihati untuk keluar membawa kawannya berjalan-jalan berakhir dengan trajedi...di mana dia terlibat dengan kemalangan ketika hendak keluar dari simpang rumahnya ke jalan besar...dan malang sungguh ...kawannya itu menjadi mangsa korban.

Kereta adik ipar aku remuk dan terpaksa ibu pada budak itu membeli kereta tersebut dari adik ipar aku dan membereskan segala hutang dgn bank...

Yelah...nak claim insurans pun tak boleh...

Jadi...

Sebelum sebarang kejadian yang tak diingini berlaku yang sepatutnya boleh dielakkan...

'Jangan berangan nak bawak kereta....' 





...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

20 comments:

Unknown said...

Setuju sangat dengan akak. Bila dah sampai masanya, belajar dari yg berpengalaman, dptkan lesen barulah bawak kereta tu kan kak. Yus pun dah habis U baru ambik lesen...cuma jangan ler lesen tu sekadar lesen. Ada orang dpt lesen dah lama, tapi bawak kete takut...baik tak perlu ambik. Ada tu pulak, takde lesen, bawak kete berdesup..kalah orang lain..huhu.

pB said...

SALAM


yang kat umah tu , dok mintak ajarkan dia bawak motor ...

Sya said...

Aku memang tak bagi mana2 anak aku samada nak try bawak keta ke motor ke.. aku kekadang heran mak2 boleh bagi anak bawak motor atau keta tak de lesen. Kat kampung kita tu aku tenguk budak2 kaki tak jengkit2 tukar gear motor pun leh bawak motor. Nanti kalau nyawa anak melayang.. meraung pun tak guna.

MIL aku dulu ckp.. biar anak menangis jgn kita menangis..masa tu dah terlambat nak ubah.

orang skrg ni sayangkan anak melampau2.

Teringat aku sorang budak umur 13 thn kat Kedah.. curi bawak keta ayah terlanggar peniaga ikan kat kampung dia. Yang meninggal tu satu2nya anak org tu yg bekerja n sara keluarga dia..

Tirana said...

hehehe..kak Anie macam saya...selagi anak tak dapat lesen, jangan harap saya nak bagi depa bawak kereta walaupun dalam kawasan rumah sendiri..

Fith said...

Betul sangatlah tu aunty.fith mmg setuju betul dgn pendapat aunty.
selagi tak ada lesen,mmg tak boleh benarkan diorg drive,sgt bahaya.kdg2 pelik tgk parents yg senang2 bg motor/kereta utk anak2 remaja diorg ni guna,bahayakan diri sndr dah satu hal,bukan pandai pun bawa,ikut sedap diorg je redah,lepas tu bahayakan org lain jugak kan...

ida napi said...

betul cara kak anie, saya setuju ajer..budak bwh umur lum ada lesen mang x leh nak memandai pandu kereta..jadi apa2 sok makpak gak disalahkan...tabik spring to kak anie..hikss..

shafarina said...

Salam Kak Anie

Betul, jangan diikutkan sangat orang lain. Ingatkan pada dia kisah adik Aminurrashid tu.

Ajzie said...

setuju dengan kak Anie.. beringat sebelum kena atau terjadi apa apa kan kak..

MOKCIK AZWA said...

Kak Anie...

bukan saja kereta, motorsikal pun jangan berangan nak bawak tau..selagi tak pergi latihan memandu/menunggang dan dapat lesen! BIG NO NO!

org yg dah ada lesen pun boleh eksiden, ni kan pulak yg takde lesen...beringat sebelum kena..

Dreamerz said...

So true kak. Bagus akak bertegas dengan anak akak.

Unknown said...

Errkk rasa dah komen tadi, tapi kenapa takde..huhu

MOKCIK AZWA said...

Pelik binti ajaib...pagi tadi dah tinggal komen...ke mana hilangnya...ada masalah ker template baru ni? Pi rumah mak su pun sama gak kesnya...

iina said...

Betul tuh kak.. yang dia tgk tuh yg seronok jek.. rasa cam best jek boleh bwk keta walhal.. byk benda yg dia kena tahu.. bkn takat boleh tekan brek.. leh tekan minyak.. leh pusing stereng.. jadi apa2 sapa nak tanggung kan kak..

Budak2 remaja mmg camtu.. Tgk org lain dah boleh bawak keta dia pun sama2 nak bawak juga.. kalau dah ambil kelas memandu tuh lain ler kan.. dulu saya 1st bwk keta pun mengigil2 gak.. bila test lagik gigil hehehe..

Kena ingatkan selalu kan kak.. bkn soal siapa boleh siapa xboleh.. semuanya soal keselamatan.. itu yg biasa org tak nampak.. bila dah kena baru sedar..

Acik Erna said...

anie..akak setuju..dan sokong anie.jangan berangan nak bawak daptkan lesen dulu..kat tempat kerja akak..baru tingkatan satu..anaknya selamba je bawak kereta..suami akak tegur..ayahnya bolih bagi tau..dia percayakan anak dia..habih camno..kiat kena jaga..jangan terlanggar dia pulak..

aNIe said...

Yus...memang macam2 diorang ni kan...yang takde lesen bawak kereta macam bawak kereta kat litar...

Dia nak belajar dari akak...memang lah akak boleh bawak kereta...tapi akak tak berpengalaman mengajar...

-------------------------

PB...kat rumah ni motor ada...bawak motor tu dia tau...tapi cuma setakat pergi kedai kat depan ni...bukan dijalanraya...minyak pun kitorang yang belikan...walaupun pam minya dekat...

-----------------------

Sya...betul tu...biar diorang menangis jgn kita yang menangis nanti masa tu nasi dah jadi bubur...

Kesian kan bila trajedi macam tu melibatkan orang yang tidak berdosa

-----------------------

Betul tu Tirana...takut sgt...manalah tau masa gostan tu ada anak jiran di belakang ke apa ke...saper nak tanggung semua tu...

-----------------------

aNIe said...

idahani...tulah..ayah dia dah lah sibuk bekerja...akak aje yang kat rumah ni...kalau ada apa2 hal...nanti semua akak nak uruskan...& dah tentulah mengamuk giler bapak dia...

------------------------

Shafarina...bebudak sekarang ni suka mengikut2...tu yang bahaya tu...sebab tulah selalu kena pantau kengkawan mereka...

-----------------------

Ajzie betul tu...bila nasi dah jadi bubur semuanya tak guna dah...

-----------------------

Dreamerz...sebelum sesuatu yang buruk berlaku yg sepatutnya boleh kita elakkan...

-----------------------

Yus...malam ni baru dia keluar...

-----------------------

Mokcik...komen mokcik betul2 ilang...sampai malam pun tak muncul...hehehehe

------------------------

Kak Anie said...

Fith...masa aunty jawab komen tadi komen Fith tak de..hehehe...

Betul fith...diorang tu seronok tgk orang bawak kereta...rasa tak sabar nak pegang stereng...tapi diorang tak tau lagi bahayanya...

-----------------

iina...bebudak remaja sekarang ni memang camtu...tau nak seronok je...diorang ingatkan kita bawak kereta ni suka2...kita bawak kereta sebab tanggungjawab...bila kita dah pegang stereng tu...nyawa kita...keselamatan penumpang dan orang yang menggunakan jalanraya semua kena ambil kira...

Bebudak biasanya tgk yang seronok je...yang bahaya diorang tak kira...

------------------------

Kak...susah bila ada mak ayah yang mcm tu...kita menegur sebab kita ambil berat...tapi ada juga yang ingatkan kita ni irihati...betul tak kak?

Anie memang kadang rasa nak tegur je adik ipar tu..dia selalu benarkan anak2 dia bawak kereta sesuka hati...tapi nanti kalau ditegur dia kata kita ni pendengki pulak...kensel...!!

Fuz said...

betul2.
risau kes macam hari tue jadi pulak. (amirulrashid)

choojannar said...

Agreed kak Ani. Not only kereta. Motor pun sama. Kat tempat saya tinggal budak sekolah rendah pon dah naik motor. Dah tu siap bawak adik2 yg kecik2 lagi.

aNIe said...

Peminat Katie Holmes...

Kejadian seperti itu sepatutnya dpt dielakkan jika ibubapa lebih mengambil berat...


Choojannar...

Anak2 kecil yang bawak motor tu yang mereka tau cuma memecut...mereka tidak arif lagi tentang undang2 dan keselamatan orang lain...bahaya sungguh...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails