Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, July 7, 2010

L*tus Curry House tu Tak Halal...

Semalam balik dari mengambil Farhan dari tusyen...

Lalu depan L*tus Curry House depan rumah aku...

Seperti biasa ramai yang ada di sana....

Dalam ramai2 tu...ada juga aku terlihat orang Islam di sana.

Aku tau sebab wanitanya bertudung...

Aku tak tau lah L*tus Curry House tempat lain halal ke idak...

Tapi yang aku tau...L*tus Curry House yang berdekatan rumah aku ni memang Tak Halal...kerana ianya milik jiran aku yang memang keturunan pure Indian.

Dulu masa hari perasmian pembukaan restoran tersebut...dia juga menjemput aku untuk sama2 memeriahkannya...

Tapi aku tak pergi...camaner aku nak pergi...aku memang was-was...walaupun dia kata mereka masak masakan halal....tau ke mereka apa itu halal?

Mungkin mereka tak menyediakan daging babi...tapi...adakah kari ayam mereka itu ayam yang disembelih?

Bila kita dah was-was...maka haramlah jadinya.

Mungkin ramai yang tak tau...kerana dari dulu aku memang selalu ternampak ada yang singgah makan roti canai di sana...

Tapi memang jelas...di restoran tersebut tidak ada lambang2 tanda Halal...jadi camaner masih ada orang yang boleh makan di sana?



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

17 comments:

Anonymous said...

salam kak, nak bagi tau, org islam zaman kini memang tak tak amik endah lagi pasal tue, tak tau nak jadi apa, at least terangan dia tak tampal logo halal, sebab yang sebenarnya, banyak restoran di malaysia ini menampal logo halal yang palsu. kerana pernah saya nampak di sebuah restoran 24 jam yang mempunyai sijil logo halal, tetapi menghidangkan carlsberg pada pengunjung nya yang bukan islam, macam mana tue?

idahani said...

salam kak anie..

rasanya kan kak anie, dorang nie asal nampak kedai mamak jer terus ingat halal..tu pasal selamba jer masuk, beli n makan.

yang tau tu..sure tak masuk der..

ainnoraini said...

apa yg sedap sgt kat kedai mamak ni tak tahu le...sentiasa jer ramai pengunjungnye...kadang2 nengok muke dia org pun tak selera...

jalilah_jy said...

salam kak anie..
mmg kalu kita tak tenung betoi2 muka dan cakap mereka kita tak kan tauu samada depa tu mamak islam atau bangsa tu..depa bukan tau halal tu mcm mana janji tak dak b***..tu yg depa fhm haha..sooo bg kita ni kena lah teliti 100%..kat tasik titiwamgsa sabtu lepas ilah p. ilah tgok kat lengan ada benang merah dahi ada tanda, ckp pun dah lain bunyi dr mamak..apa lg ilah terus kata tak mau oder air dia,,sbb dah bawa air botol..tapi anak2 oder rojak buah dgn kakak melayu tu..byk lah ilah bebel kat anak pasal tu..biar anak fhm..air pun ilah tak lalu ..apa lagi nak mkn kak..

Mak Su said...

alamak, maksu pun seboleh2nya tak mahu ler ada buruk-sangka, tapi maksu akan selalunya tak masuk kat kedai India or China, mamak bolehler.

NJ@goboklama said...

ye, halal mengikut fahaman mrk ialah 'no pork, no lard'. NJ sndiri dh beberapa kali trkena dgn rakan sekerja, ayam tk semelih pun dia kata halal, jenuh gak nk mntrjemahkn maksud halal tu kt dorang ;(

D said...

Pelik ya... di negara Islam yang mana makanan halal mudah didapati, masih ada yang teringin menjamah makanan yang tidak disediakan oleh orang Islam. sedih...

sI tEDI said...

kenapa mereka tak ambil berat pasal ni? kenapa ambil mudah ye kak?

kalau saya mmg dah was2. lepas tu. jgn singgah. Mmg dah haram pun kalau makan dalam keadaan was2.

tgk time puasa nanti.
berduyun2 org lepak kedai cina, india sebab meeka berniaga mcm biasa.

aduhai!

janji perut kenyang agaknya
halal haram tolak tepi

aNIe said...

Anon...agaknya bagi mereka Halal tu merujuk hanya pada ketiadaan daging b*** tu...sebenarnya masih banyak lagi perkara yang menyentuh tentang halal & haram.

-------------------------

idahani...tu yang bahaya tu...diorang dah tak dapat nak bezakan yang mana mamak...yang mana restoran India...macam serupa je pekerja mereka...

--------------------------

ainnoraini...ada restoran mamak yang betul2 berniaga ikut cara islam...ada pulak yang suka2 je letak ayat Bismillah...hanya untuk mengelirukan pelanggan

---------------------------

Ilah...kita kdg keliru...sebab diorang macam serupa je kan...cuma ada orang kata kalau restoran India diorang tak jual daging lembu...tapi kalau restoran mamak... ada jual gulai lembu

Pernah sekali akak ajak abang akak singgah makan di restoran...mana bukan main sedap...nama melayu...pastu cik abang cakap...tu bkn restoran Melayu...tu restoran milik India...terkezut...sebab jiran sebelah rumah pun pernah singgah

aNIe said...

Maksu...akak kalau kedai mamak pun akak tengok mamak yang macammaner kalau gelap gulita...takde selera...kalau cerah sikit...okay boleh masuk...hehehe

---------------------

NJ...samalah dgn aunty belakang rumah ni...ari tu siap nak bagi akak ayam yang dia tak sempat goreng...dia kata cucu dia tak makan sebab pedas...dia nak bagi akak ...dah siap perap dah...akak kata...akak takmo...sebab diorang tak makan...

-----------------------

D...tu yang pelik tu...bersepah2 kedai Islam yang boleh dimasuk tanpa ragu2...yang macm tu jugak diorang nak pergi

------------------------

tEDl...itu menandakan betapa nipisnya iman mereka...mereka tak sedar ke yang makanan itu menjadi darah daging...takut kan...kalau anak2 terlalu banyak makan benda2 yang meragukan ianya boleh mempengaruhi akhlah mereka...

m.q said...

tq for sharing kak

iina said...

Kdg2 sebab dah terbiasa makan kedai mamak.. so tgk kedai curry semua ingat halal.. tuh yg kdg2 kita terlupa.. kat tmpt saya pun dulu.. kedai pau yg terkenal tuh.. punya ramai org luar singgah makan kat situ.. walhalkan kami org2 situ tak pergipun makan kat situ.. sebab ada kes.. halal dan tak halal nie ;)

kak Erna said...

anie..makanan akan jadi darah daging kita..jadi perlu kita pastikan..
akak kedai mamak pun tak pernah masuk..kalau en abang dan anak2 nak makan minum kat kedai mamak..masa akak tak de dirumah...pi kursus ke..

ckLah said...

Eloklah elakkan kalau was-was ni. Kita bukan dlm keadaan darurat....pilihan lain masih banyak. Dalam hal halal-haram makanan yang masuk menjadi darah daging, memang kita kena berwaspada. Apatah lagi yang dimakan anak-anak...Moga kita terpelihara.

ckLah said...

Lagi satu...
Sesetengah premis sengaja mengambil pekerja bertudung...untuk menarik minat orang Melayu yang kurang ambil berat tentang kesucian sesuatu restoren. Sedangkan, pekerja yang disuruh bertudung itu, pengetahuan agamanya juga memang dangkal. Ini diceritakan sendiri oleh seorang rakan saya berbangsa Cina. Pekerja Indon yang diambilnya bertudung, tapi bukan Islam.

zareda said...

memang kita sekarang dah kurang mengambil kira bab makanan halal haram ni.. sebab tuemmasing hati keras bebno.. selagi boleh elakkan kita elakkan.. kalau dah was was.. terus hindari.. banyak lagi pilihan lain

Kak anie said...

m.q...sama-sama...

-------------------

iina...memang betul...terlalu banyak kedai mamak...pekerja hampir serupa...kita jadi keliru...

Bagi yang tak kesah tu mereka terjah aje...tak peduli pun...tapi tak tertelan rasanya tekak ini...

------------------

Kak Erna...orang laki ni memang suka pergi mamak...sebab nak pekena tek tarik...hehehe...

Selagi kedai tu memang sah halalnya tak kesahlah pun kedai mamak pun..asalkan islam...bersih & halal

------------------

ckLah...akak rasa memang itu strategi mereka...mengambil pekerja bertudung untuk mengelirukan orang...dan jgn terpedaya dengan pekerja Indon kerana ramai juga Indon yang tidak beragama Islam....

-------------------

Zar...rasanya tu sebablah sekarang anak2 bangsa kita perangai mereka menjadi liar...sukar dikawal...sebab makanan yang tak tentu halal haramnya...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails