Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, July 11, 2010

Betul Ke Koc Pink Untuk Wanita Sahaja...?

Jumaat lepas...aku ke KL...sebab ada janji dengan Sya untuk pi makan2 di Kampung Baru...

Seperti biasa aku kalau ke KL ... pasti akan menaiki komuter.

Setelah mengambil Fareez di sekolah dengan membawa bekalan baju untuk dia bersiap dalam kereta...terus aku ke Batu 3 Shah Alam

Tiba-tiba...

'Ibu...ibu tak bawak selipar Aeez ke?'

'Alamak...ibu lupalah...Aeez pakai sluar jeans dengan sepatu sekolah ajelah...'

'Alahhhhh....'

Dan biasalah muncung dia panjang sedepa...tapi disebabkan nak mengekor jugak...maka dia turutkan jugak...

Dah lama sungguh aku tak naik komuter sejak rasa malas nak ke KL melanda dalam diri aku.

Dan inilah kali pertama aku menaiki tren sejak koc 'pink' atau koc untuk wanita dilancarkan.

Sebelum tren sampai...aku awal2 dah beritau Fareez...aku nak naik koc pink.

Puas jugaklah melayan soalan2 yang ditanya untuk mengetahui apa itu koc pink.

'Koc pink tu ... ialah gerabak keretapi yang diwarnakan dengan kaler pink untuk orang2 perempuan sahaja....'

'Abih...Aeez nak naik yang mana?'

'Aeez ikut le ibu...untuk anak2 kecil tak apa...diorang boleh ikut ibu diorang...'

Sampai aje tren ... aku pun dgn si kecik masuk...seronok sebab tak ramai orang...tapi semasa melangkah masuk aje koc tersebut...mata aku terpandang pada 2-3 orang lelaki yang dengan selesanya duduk di tempat duduk koc untuk wanita itu.

Semasa sedang duduk...si kecik berbisik2 pada aku...

'Ibu...kat situ ada tulis...Koc Wanita ...untuk wanita sahaja...kenapa ada orang lelaki kat dalam ni...' sambil jari nya menunjuk pada pelekat2 yang ditampal di kiri kanan tingkap...& dinding koc itu/

'Hmmm....ntahlah...diorang tak tau membaca kot...'

Rasa geram membuat aku memberikan jawapan tersebut ...rasanya bukan tak tau membaca...mngkin mereka tak ambil peduli...susah kan...bila perkara mudah macam tu pun orang susah nak ikut...









...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

7 comments:

ilahjy said...

hehe..org tu mesti dia terluper dia adalah lelaki...bayangkan kalu depa masuk tandas kita..mauuu kena jeritt ni dlm kmuter..pekerja KTM tak buat kerja ke ish ish lalai tol..

Lyna said...

Errr... Bukan laki sejati kot kak :p gile tak malu ah. Lenkali akak amik je gamba org camtu tepek kat blog :p

Acik Erna said...

anie..betul tu..belum diikuti sepenuhnya..masa akak naik selepas dilancarkan tu..4-5 orang je..pompuan ...walau pun warna pink..mungkin masa tu..orang belum berapa tau lagi..

iina said...

Kalau saya kak.. saya dah tegur dah.. "minta maaf ye koc nie untuk perempuan sahaja".. lepas tuh tunjuk kat sign yang ditampal tuh.. Apa nak takut kak memang itu hak kita diorg kenalah respek.. Mesti lepas tuh diorg segan sendiri. Kalau tak nak bangun juga tak tahulah.. rassa diri diorg tuh perempuan kot..

ckLah @xiiinam said...

Belum terdidik lagi tu....

RashAtie said...

hehehehe....oooo..mmg ada koc tuk wanita sahaja ekk??belum penah naik lagi leee..dh lama tak naik public trans..

Kak Anie said...

Ilah...muka dia selamba aje...buat bodo je...macam takde rasa malu pun

------------------------

Lyna...memang dia buat muka tak malu...selamba je...kita yang tgk muka dia naik geram

------------------------

Kak...rasanya dah lama dilancarkan...patutnya orang dah tau...atau saja takmau ambil tahu

-----------------------

iina...susah nak cakap...sebab rasanya sticker untuk koc perempuan tu...betul2 depan mata diorang bukan kecik...besau...

----------------------

ckLah...masih ramah rakyat kita yang tak terdidik lagi

----------------------

Atie...ada dah...lama dah ada kot...akak memang selalu naik tren...tapi ni first time akak naik tren koc merah jambu

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails