Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, July 10, 2010

Isabella...Drama Terbaru Lakonan Rosyam Nor...


Gambar cilok dari FB Rosyam...jgn marah ye Rosyam...heheheh...


Sebagai peminat tegar pelakon Rosyam Nor yang juga terkenal dengan jolokan Hero No. 1 Malaya...aku sentiasa menanti-nantikan drama-drama lakonan dan terbitannya..

Drama terbaru hasil terbitan Suhan Movies iaitu ISABELLA lakonan Rosyam akan ditayangkan di Astro Prima tidak lama lagi ....setiap selasa mulai 13hb Julai jam 9.30 malam.

Pada peminat2 Rosyam pasti ternanti2kan drama ini.  Kerana seperti yang kita ketahui drama-drama lakonan Rosyam dan juga terbitan Suhan Movies tidak pernah mengecewakan kita.

Dalam drama ini Rosyam bergandingan dengan pelakon wanita yang jelita Vanida Imran. Selain dari Vee terdapat ramai lagi pelakon2 terkenal yang menjayakan drama tersebut.

Drama ini juga banyak memaparkan adegan2 yang dilakonkan di kota London dan Paris.  Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjamu mata dengan pandangan2 cantik di sana termasuk di kota cinta ...Paris....

Suhan Movies telah banyak menghasilkan drama-drama yang bermutu seperti Iris, Rindu Semakin Jauh, Kudrat Iman dan banyak lagi.  Drama terbaru ditayangkan untuk peminat2nya iaitu Gelora di Hati Sarah memang tidak dapat dinafikan begitu terkesan di hati penonton2..lebih2 lagi peminat2 Rosyam

Semoga Isabella juga berjaya mendapat tempat yang istimewa di hati peminat2 drama Melayu khasnya drama-drama Rosyam.


Sinopsis drama Isabella yang dipetik dari rencana tersebut...:

Isabella arahan Amie Maziah ini menyingkap kisah cinta Isabella (Vanidah Imran) yang mengalami gangguan emosi akibat kehilangan kekasihnya dalam kemalangan. Di rawat di hospital akibat trauma telah menemukan Isabella dengan Nazman (Rosyam Nor) yang turut mengalami trauma selepas kematian isteri, Sharmila (Kartina Ayoob) yang mengandung dalam satu kemalangan.

Pertemuan yang bermula dengan hanya berkongsi masalah kemudiannya membibitkan perasaan cinta antara mereka. Masalah mula timbul apabila Nazman disaman oleh bapa Sharmila akibat dihasut oleh Shasha (Izreen Azminda) yang ditolak cintanya oleh Nazman.

Isabella pula didatangi Vivian (Corrie Adrienne) yang mengaku kenalan lama kekasihnya. Saksikan Isabella setiap Selasa bermula 13 Julai ini, jam 9.30 malam hanya di Astro Prima.



Barisan pelakon2 drama Isabella...



Untuk berita lebih lengkap...sila klik sini



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

8 comments:

kak Erna said...

anie akak pun suka..kalau drama suhan movie..memang tunggu punya..
gelora dihati sara tu..pejam celik akak nak menontonnya...tahan mata..dah ngantuk..tapi minta punya pasal...

iina said...

wah kak cam best jek cerita nie.. dah lama sungguh tak ikut cerita2 drama melayu.. dulu kat sini diorg gile2 tgk nurkasih.. saya tgk2 gitu jek.. ;)

zino said...

drama ni tak tau nam komen hehe lalu je lah hehe

ainnoraini said...

saya ni kadang2 nengok tapi memanjang jer lupa,mcm citer gelora di hati sara tu...pas tu esoknye sibuk suruh kwn citerkan kisahnye...

aNIe said...

Kak ...anie memang peminat drama Melayu...kalau ada drama yang best mesti dok menunggu aje waktu tayangnnya...

-----------------------

iina...memang ada yang tak berapa minat nengok drama...macam Kak Sya tu...dia memang tak minat drama...kalau tau pasal drama pun sebab akak yang cerita kat dia...

------------------------

zino...hehehe...lalu le zino...tak kena bayar tol pun...

------------------------

ainnoraini...akak ni memang rajin nengok drama yang sedap2..tapi tulah...yang tak syoknya ...bila episod akhir...selalu je terlelap...geram betul...!!

Anonymous said...

Dah tengok mlm td.. Part V jmpa kekasih di kota london nmpk 'ketat'... Mulut lain, suara lain.. Nmpk mcm drama alih suara..

liya71 said...

tadi tengok episod 26 last Isabella.. ala mcm tergesa-gesa je dah abis.. tak nampak pun Nazman nikah ngan Isabella.... peh tu x nampak pun bapa Isabella minta maaf dengan Nazman...

Kak Anie said...

Liya... akak tak tengok pun akhirnya cerita tu...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails