Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, July 19, 2010

Berita Gembira & Berita Sedih....(Updated)

Baru mendapat berita dari kawan2...bahawa Dalilah Tamrin telah kembali ke Rahmatullah pada jam 8.50 pagi tadi (19/07/2010)

Inna lillahi wa inna ilaihiraji'un ...

Sesungguhnya ALLAH lebih menyayanginya...dan mau segala deritanya ditamatkan....

Hilang sudah seorang wanita yang berhati tabah dan bersemangat waja...berusaha melawan penyakit kanser yang dideritainya.

Berjumpa arwah buat pertama kalinya tak pernah pun terbayang diwajahnya penderitaan yang ditanggung...dan tak siapa dpt menduga yang dia sedang mengharungi derita itu...senyuman dan gelak tawanya begitu ceria.

Dia telah banyak memberikan semangat baru bagi semua wanita yang senasib dengannya...

AL-FATIHAH buat Dalilah Tamrin...semoga rohnya dicucuri rahmat...dan ditempatkan bersama mereka yang disayangi ALLAH...AMEEN....


Takziah juga buat semua keluarganya yang kehilangan....



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Semalam...17-7-2010 ...

Alhamdullillah...majlis pertunangan anak sulong ku...selesai dan berjalan lancar....

Cerita dan gambar sekitar pertunangan akan aku upload kemudian....

kerana...

Aku ingin berkongsi berita sedih...

Seorang rakan blog yang telah lama aku kenali...dan kami juga pernah berjumpa...Dalilah Tamrin a.k.a. Raden Galoh sedang bergelut dengan penyakit kanser yang sedang dihidapi.

Kini beliau dalam keadaan kritikal di Hospital...

Tiada kata-kata untuk ku ungkapkan di sini...

Cuma aku ingin meminta pembaca-pembaca blogku...dan mereka yang mengenalinya..berdoa untuknya.

Semoga dia tabah menghadapi dugaan ini, diringankan kesakitan yang sedang dihadapi...diampunkan segala dosa dan semoga segala urusannya dipermudahkan...

Beliau adalah seorang wanita yang kuat dan tabah...dan aku masih lagi terasa hangat pelukannya ketika kami bertemu buat pertama kalinya di D'Marche The Curve...

Marilah kawan2...kita sama-sama berdoa untuknya...kerana hari ini ialah hari dia...mungkin satu hari nanti adalah hari kita...dan kita juga mengharapkan doa2 dari mereka...tak kiralah samada yang mengenali kita atau pun tidak...

Pada siapa2 yang ingin membaca tentang perjalanan hidup beliau sila ke blog beliau... One Breast Bouncing


...doa akak sentiasa bersama mu...



...buku tulisannya yang menceritakan tentang kanser payudara yang sedang dihadapinya....




...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

25 comments:

shafarina said...

doakan mudah-mudahan selamat semuanya, saya doakan kesejahteraan kak dalilah :)

zino said...

kami turut berasa amat sedih bila mendapat berita ini, kami doakan semuga beliau dan ahli keluarga tabah dengan gudaan ini, semuga Allah mempermudahkan segala urusan ke atas nya..

perjumpaan D"marche The Curve.. masih dalam ingatan..

Acik Erna said...

anie.tiada kata2 yang dapat diucapkan..hanya doa mengiringinya..akak pernah baca tentangnya diblog anie dulu..

Ajzie said...

Tahniah buat Kak Ani kerana bakal mendapat menantu..

Doa dari saya buat Kak Raden@Dalilah dan family agar terus tabah dan moga dipermudahkan segalanya..

myQza said...

follow blog dia :((

Semoga kak raden sembuh!

Mulan said...

kami juga berdoa..

Tirana said...

Tahniah untuk kak Anie kerana bakal mendapat menantu.

Untuk Dalilah...mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan dan mentakdirkan yang terbaik untuknya

small gun said...

Apa jua takdir, saya doakan yg terbaik baginya & dipermudahkan segala urusan. IsyaAllah..

aNIe said...

Shafarina...kita mengikuti perjalanan hidup beliau...dan tau penderitaannya...terasa sedih bila membaca dia berada dlm keadaan kritikal...

-------------------------

Zino...masih teringat gelak ketawa semasa di D'Marche kan? Keriangan wajahnya...tak siapa dpt menduga kesakitan yang dia alami...sungguh cekal dan kuat dia menghadapinya...

-------------------------

Kak...memang sedih...biar pun pernah berjumpa sekali saja...tapi kemesraan dia dgn kami begitu ketara...

------------------------

Ajzie...terima kasih...dan sama2lah kita berdoa untuknya ye...

aNIe said...

tEDl...itulah yang kita harapkan...semoga dia berjaya melalui detik2 kritikal itu

----------------------

Mulan...sama2lah kita Mulan... :(

--------------------

Tirana terima kasih...

Dan sama2lah kita berdoa apa yang terbaik untuknya...kerana ALLAH lebih mengetahui...

--------------------

Small gun...semoga apa jua yang terbaik untuknya...

RaFFLeSiA MeRaH said...

yer kak...sy doakan juga utk kwn akak tuuu...moga dia diberi ketabahan dlm mengharungi penyakit yg dihidapinya....mohon tuhan beri ruang utk dia meneruskan hidup ini demi utk anak2 beliau....amin....kak...cepat skit upload gambar bakal menantu tu yer...jgn peram lame sgt, ramai yg x sabar nk tgk ni...hehehe...

ckLah @xiiinam said...

ckLah selalu mengikuti progress Radin Galoh.....memang wanita yang cekal dan kuat...

iina said...

Tahniah kak tak lama lagik nak terima menantu lak kan kak.. sedihnya dengar pasal kak raden.. saya pernah dengr2 gitu xpenah lak jadi pengikut dia.. semoga dia cepat sembuh hendaknya .. InsyAllah

pB said...

Salam



AL Fatihah

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beroleh kemenangan dan kejayaan di sana nanti...

Amin

Sitie BUm BUm said...

takziah bg yg telah pergi dan tahniah di atas pertunangan tersebut. nk tgk gamba.. =p

myQza said...

AL-Fatihah buat kak raden :((

Kopi Suam said...

Al-Fatihah semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman amin....

ida napi said...

Al-fatihah buat arwah, semoga rohnya bersama org2 yang beriman..amiiinnn

dan salam takziah buat keluarga arwah juga..

ilahjy said...

semoga rohnya ditempatkan bersama org yg solehah aminnn
semalam baru baca hari ni sudah tiada..
malam tadi ilah juga sakit.. semoga kita dilindungi segala yg buruk..amin
****
tahniah buat akak dan abg bakal terima menantu org baru dlm fmly..

nuraarin-life said...

Al-Fatihah semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman amin

------------

Tahniah bakal menerima kehadiran org baru dlm keluarga

kakLuna said...

terkejut dan sedih sbb baru tau psl kak radengaloh...tulisan blog beliau lah yg banyak memberi semangat dan kekuatan sy melawan hepatitis ni...hilang sudah 1 figure wanita yg tabah, kekuatan dalamannya yg sukar dicari dlm diri wanita lain..perjuangannya penuh inspirasi, penuh kasih dan keikhlasan mendidik insan lain..

pastinya Allah terlalu menyayanginya dan menjemput beliau di saat2 kita masih rindu pada catatan darinya..dan sungguh pasti pemergiannya itu adalah husnul khotimah..

ckLah @xiiinam said...

ckLah mendapat berita kepergian Dalilah dari SMS seorang rakan bloger pagi tadi.....

Terasa amat kehilangan, meski selama ini hanya berkomunikasi lewat blog....

...kesakitan yang mengujinya, banyak menguatkan ckLah.

Semoga Tenang roh marhumah di sana...

Al Fatihah

en_me said...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatihah

CuTeMiUt78 said...

salam singgah kak..
lama tak singgah sini..
hari berkesempatan singgah.. terbaca plak berita sedih ni..
salam takziah semoga rohnya di cucuri rahmat..

Kak Anie said...

Terima kasih pada semua yang meninggalkan komen dan berkunjung ke mari...semalam seharian tak buka blog...jadi tak sempat nak menjawab komen...tapi memang aku membaca semuanya...

Terima kasih pada yang mengucapkan tahniah...dan AL-FATIHAH buat DALILAH...semoga dia tenang di sana...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails