Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, July 21, 2010

Sekitar Majlis Pertunangan ...


17-07-2010...melakar sejarah dalam keluarga kami.

Pada hari tersebut...anak sulong kami telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya...anak kelahiran Bumi Kenyalang...Sarawak.

Maka pada hari itu juga...hari Sabtu...satu perjanjian telah termetrai...

Andaikata umur aku dan cik abang aku panjang...maka dapatlah kami  melihat anak bujang kami diijabkabulkan.

Majlis yang amat ringkas itu bermula dari Melaka.

Aku bertolak balik dari Shah Alam pada pagi Jumaat...untuk menguruskan segalanya di Melaka.

Barang2 hantaran siap diambil pada petang hari Jumaat...

Selepas membaca doa selamat dan bersarapan di rumah mertua...kami bertolak menuju ke Kuala Lumpur jam 11 pagi.  Sepatutnya perjalanan bermula jam 10.30...tapi taulah bila dah ramai...masing2 menanti yang lain bersiap...

Sampai sahaja di rumah pihak perempuan semua telah menunggu...

Dan majlis pun bermula dengan adik ipar kami yang menjadi wakil pihak kami memulakan bicara.

Segalanya berjalan lancar...dan tiada kata-kata yang lebih sesuai untuk di ucapkan selain dari ALHAMDULILLAH....semoga segalanya nanti dipermudahkan...dan semoga jodoh mereka sampai ke jinjang pelamin....Ameen....

Jom layan gambar....


...sebahagian dari hantaran pihak lelaki....





...cokelat yang sedap...


Kek lapis Sarawak yang ditempah khas dtg dari Bumi Kenyalang...sedap gilerrr!!!



...wakil pihak lelaki




Jurucakap kami...bapak sedara pada Munir...membuat majlis gamat dengan gelak ketawa...




Ketika cincin disarung oleh mertua...hajat ayah Munir...


..aku pula menyarungkan cincin untuk melangkah bendul...atau dlm bahasa sarawak..melangkah batang...



Setelah selesai majlis...Munir naik untuk bergambar...


Bersama neneknya...

p/s...jika tiada aral melintang...mungkin awal tahun depan mereka akan disatukan...semoga segalanya diberkati....AMEEN



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

25 comments:

Muhammad Firdaus said...

TAHNIAH MAKCIK ANIE, NANTI JANGAN LUPA JEMPUT KAMI SEKELUARGA YEA, HEHEHE

nuraarin-life said...

Tahniah kak anie, moga semuanya berjalan dgn lancar sehingga ke jinjang pelamin..

kek sarawak tu special betul yer, siap ada nama lagi...

Queen Of The House said...

Tahniah kepada Munir, dan juga kepada kak Anie sekeluarga. Tentu Kak Anie akan jadi ibu mertua yang paling best!

Zareda Norman said...

Tahniah kak anie dan munir jugak..

lepas ni bergelar mak mertua the vass ler kak ani

nanonano said...

nak bermenantu dah akak..
hehe tahniah =)

Arena said...

Tahniah pada Kak lady sekeluarga.. Whoaa nak jadik mak mertua dah akak nanti.. Kena jadik mak mertua yang sporting tau.. hehheh

m.q said...

tahniah...
dh nak dpt menantu :)

oren said...

waaahhh..

tak lama nanti, bleh bercucu dah..takleh panggil kak lady, kena panggil maktok lady...kihkihkih..

Alina... said...

heee dah tunang pun munir..tahniah!!!!

kak Erna said...

Alhamdulillah..dah selesai dan TAHNIAH untuk anie dan keluarga..
semoga berpanjangan ke jinjang pelamin..

Syima Emi said...

Tahniah akak.... =)

jalilah_jy said...

tahniah kak anie... ilah anak perempuan semua tah bila jodoh smpai..hehe lepas ni naik la taraf kita kan kak..datuk n....hikhik datin..opsssmamatok..

Mak Su said...

tahniah kak anie, apa perasaan nak jadi mertua ni? :)

kak ina kl said...

salam...wah bestnya nak dapat menantu..comel lote orangnya..

nanti booked flight kita gi reramai serang umah pempuan tau..nak ikut..

iina said...

Tahniah kak.. agak2 sempat ke saya balik mesia time tuh ekk hehehe.. insyAllah kan kak ;)

sI tEDI said...

sekali lagi tahniah kak,
pertama nak cakap, tempat letak cincin adalah cantik
kedua,
kek itu unik rasa dah tentu sedap.
ketiga, langkah bendul, maksudnya kakanie sarung cincin pada kakak kepada tunang munir ya?

sekian! ekekekeke

yuka said...

Tahniah...tak lama lagi kak anie dapat menantu....

ainnoraini said...

tahniah kak anie...dah nak bermenantu kak anie ye...mesti seronokkan...paling saye suke kat kek lapis sarawak tu...

:::jillian de jill::: said...

tahniah........

Kak Anie said...

Muhammad Firdaus...terima kasih...Insyaallah akan dijemput...

------------------

nuraarin..terima kasih...memang kek tu ditempah khas...siap dengan nama...sedap pulak tu

-----------------

Queen...terima kasih...akak ingin menjadi mertua yang terbaik untuk anak2...Insyaallah

-----------------

Zar...terima kasih...hehehe...mertua vogue de vass...hahaha

-----------------

Nanonano...Insyaallah...harap termakbul doa dgn keizinannya..terima kasih

-----------------

Arena...terima kasih...lama akak tak dengar berita...Insyaallah akan menjadi mertua yang sporting dan disayangi...

aNIe said...

m.q....terima kasih...insyaallah...kalau umur panjang...

----------------

Oren...ahahaha...maktok? Adoi...tua dah

---------------

Alina...aha...dah tunang...alhamdulillah...nanti kawin kita jemput ye...

----------------

Kak...terima kasih kerana doa tersebut...semoga dimakbulkan...

----------------

Syima Emi...terima kasih...

----------------

Ilah...lepas ni kita upgrade...jadi maktok...hahahaha

---------------

Maksu...terima kasih...perasaan? Eh!! Betul ke aku nak menantu dah...muda lagik ni...macam tak caya je...hehehe

-------------------

Ina KL..kalau nak menikah tu...kena tau tarikh awal2...supaya dpt booking flight murah...kalau tau...rabak poket

-------------------

iina...akak doakan iina sempat balik ke Malaysia...nanti boleh lah kita berjumpa ye...

aNIe said...

tEDl...terima kasih...kek tu memang sedap sebab ditempah khas dari pakarnya...

Aha...akak menyarungkan cincin pada kakaknya yang masih belum berpunya...

Heheheh...

--------------------

Yuka...INsyaallah...sama-sama doakan...

-----------------

Ain...kek tu memang buatan dia unik...jadi tumpuan masa tu...dan memang rasanya pun sedap...

-----------------

Jillian de Jill...terima kasih

RaFFLeSiA MeRaH said...

meriah sungguh majlis nyer tu kak lady....apepun tahniah sbb x lame lg dah nak jadi ibu mertua ku...hikss....

~ yus ~ said...

Tahniah Kak Anie. Tahniah juga untuk Munir....Apa perasaan bakal jadi mak mertua? Tunggu lagi 2 tahun, bakal jadi nenek pula, wah kak anie, yus pun tumpang gembira sekali.Majlis pun nampak meriah....tahniah sekali lagi untuk kak anie sekeluarga.

aNIe said...

RM...terima kasih...jadi ibu mertua? Heheheh...macam tak cayalah...

------------------

Yus...jgn sebut perkataan nenek tu lagik...rasa dah tua pulak..hahaha

Terima kasih kerana ucap tahniah...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails