Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, June 26, 2010

Tahniah Pada Rancangan Imam Muda...



Pagi tadi aku mendengar ceramah di masjid berdekatan...

Menurut kata ustaz yang memberi ceramah tersebut bahawa rancangan Imam Muda adalah program berunsur agama yang mencatat sejarah dengan rating semalam seramai lebih dari 1 juta penonton.

Tak pernah lagi ada program agama yang disiarkan siaran TV mencecah rating seramai itu.

Paling tinggi pun rating yang dicatat oleh Rancangan Al-Kuliyyah dan Halaqah adalah 700 - 800 ribu penonton.  Itu pun bergantung pada topik ... dan topik yang berjaya mencapai angka tersebut ialah bila perbincangan tersebut berkisar tentang Jin dan Makhluk Halus.

Bak kata ustaz itu...biasalah orang Melayu...kalau topik2 begitu sentiasa mendapat sambutan.

Betul jugak kan?...kalau majalah atau bahan bacaan seperti itu sering menjadi kegemaran kita.  (Aku dulu pun suka sgt membaca cerita2 misteri...jin...& macam2 cerita yang sewaktu dengannya.)

Nampaknya Astro telah berjaya mengujudkan sebuah rancangan realiti berbentuk keaagamaan yang berjaya menarik minat penonton2 di Malaysia yang selama ini banyak disogokkan dengan program2 realiti yang berbentuk hiburan.

Tahniah kepada semua peserta2 rancangan ini yang menunjukkan bahawa dalam ramai anak2 muda yang berlumba2 ingin menempah populariti dalam bidang hiburan...masih ramai lagi anak muda yang tertarik untuk menjadi peserta pada program yang menguji tahap pengetahuan mereka dalam bidang keagamaan.

Sekali lagi tahniah pada pihak Astro dan semua peserta Imam Muda iaitu... Amiril... Asyraf.. Azhar... Hizbur... Aran... Adib...Nuri... Abe Syara ... Syakir... dan Taufek.  Anda adalah sebahagian dari ribuan mereka yang dikagumi...




Biarpun nanti kalau tak terpilih sebagai Imam Muda pun ...teruskanlah perjuangan anda dalam memartabatkan agama Islam..








...

 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

6 comments:

MAMAMIA said...

Saya salah seorang dari yg 1 juta yg suka rancangan ni. Prefer kalau tak da yg kena keluar, biar they all stay sampai final episod...

Nak ucap tahniah jugak pd K.Anie yg masih setia mengupdate blog!!!

ibundo said...

program ini memang ramai peminat..
suka tengok cahaya bersih yang terpancar di wajah memasing.

Acik Erna said...

anie..memang betulkan..kita pun tertunggu2..sedap betul suara imam2 muda tu..bila mengalunkan ayat2 suci..al quran..

iina said...

Baguslah kan ada rancangan camnie.. takdelah asyik nyanyi nyanyi jek ;)

cheqna said...

salam
betul tu...
tapi laagi besh kalu tak de yang tersingkir....
salam ziarah n kenal kak =)

MOKCIK AZWA said...

Mokcik tak mengikuti apa2 program tv skang nie. tapi komen adik mokcik yang dia utarakan masa kami berkumpul adik beradik time kenduri kawen adik bongsu menarik perhatian mokcik.

Dia kata...kenapa kalau program nyanyian...ramai laa peserta dari Sabah...kenapa program Imam Muda takde sorang dari Sabah...sama ada depa tak layak atau takde yg pi audition?

mokcik tak dapek nak komen..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails