Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, June 24, 2010

Hai lah Anak...Hai lah Ibu...!!

Memulakan hari ini dari sejak Subuh...membuatkan aku begitu letih hari ni...

Pagi-pagi dah memandu ke LCCT..mengantar Ude & Ida ke airport untuk berangkat ke Sarawak...Cuti-cuti Malaysia...

Belum lagi masuk ke rumah...anak bujang yang baru operate tu dah tanya...apa untuk sarapan dia pagi ni...?

Terus ke dapur mengoreng bihun...sambil menyidai pakaian yang dah siap dicuci...

Sambil memasak...aku berulang alik ke ruang tamu mengingatkan si kecik memeriksa buku buku sekolahnya...

Si Lolly yang sakit turut mendapat perhatian ku...

Aku mendukungnya ke luar halaman rumah...seperti kata arwah mak dulu...kalau kucing sakit...mereka selalu pandai mencari ubatnya sendiri.  Mereka akan merayau2 mencari tumbuhan yang boleh dijadikan penawar sakit mereka.

Tapi aku tak bolehlah biarkan si Lolly merayap sendiri ...sebab takut nanti dia pergi cari ubat tapi tak balik2...

Jadi sambil membuat kerja...aku memerhatikannya merayau di halaman...

Alhamdulillah...dia nampak bertenaga bila terkena cahaya matahari.

Semasa Fareez bersiap2 memakai baju utk ke sekolah...aku mencari Lolly kerana nak bawa dia ke doktor haiwan...

Di klinik tersebut...Lolly diberi suntikan demam dan anti-virus.  Mengikut kata doktor dia demam.  Tinggi suhu badannya...

Suntikan dan ubat2 Lolly membuatkan poket aku rabak RM75 ... lebih mahal harga doktor haiwan dari harga doktor kita kan?  Kelmarin aku bawak Ude ke klinik sebab demam pun baru RM35...

Dalam perjalanan pulang...aku sempat singgah di Giant...pergi sambar sehelai T-Shirt yang aku janji kat budak kedai tu nak beli semalam.

Sampai rumah...aje yang ada kat rumah dah mintak aku masak untuk makan tengahari...Aduhhh!!  Tak sempat nak berehat...dah kena ke dapur.

Bila anak lelaki ada kat rumah...sinki dapur tu bukan bertambah kurang pinggan mangkuknya...bertambah banyak...aku jugak yang nak kena settlekan...

Sepanjang dia berada kat rumah...aku langsung dah tak dpt melepak2 depan TV.. (chewah...melepak...hehehe) sebabnya...remote TV tu sepanjang masa kat tangan dia...geram betul...!!  Pandai aje dia gunakan kuasa veto dia...katanya orang sakit takde nak buat apa kenalah tgk TV...

Selesai semua kerja hari dah petang...baju segunung tak berlipat lagi....belum sempat berlunjur lama depan laptop dari jauh aku dah dengar...

'Assalamualaikuuuummm...!!  '

'Walaikumsalam... Eh!  Anak ibu si intan payung dah balik...'

'Ibu....nak makan drummet ngan nasi...aeez lapar.....'  seperti biasa sambil membuka sepatu lagik dia dah kata dia lapar...

Sudahhhh!!!.  Pinggang dan kaki aku yang lengoh ni tak sempat nak direhatkan dah kena melayan si kecik ni pulak...tak sampai hati pulak nak membiarkan dia kelaparan...penat pun kenalah bangun menyiapkan makanan dia..

Hai lah anak....! Kalau takde ibu...ntah camaner agaknya mereka...semuanya panggil  ibu... kat dalam tandas pun masih dengar ada yang memanggil2...

Hai lah ibu...!  Ketahuilah...tugas seorang ibu tu tak pernah akan habis selagi mereka bergelar ibu ...







...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

Zareda Norman said...

kan betul zar cakap si lollydemam.. hehehhe


gitulah kalau anak anak nak bermanja.. semuanya nak ibu kan..

kak Erna said...

anie..dah namanya anak kan..mak..ibu..umi..mama..dah apa pu panggilannya..itulah yang anak2 cari..panggil setibanya kwrumah..dari mana saje

zany said...

kak gi klinik haiwan mana.
saya selalu cuba ke klinik gomen kat sect 15, murah banyak dan staff sangat friendly. yang kat sect 13 tu, mencekik darah, layan tak layan je cakap, pernah saya tinggalkan seekor buat operation(kasi), lepas 3 hari ambik, masuk je kereta, terkencing2 kucing tu sampai penuh lantai carrier, kucing kalau takut pun menahan kencing agaknya berhari2. sampai rumah jatuh sakit sebab kena selsema. serik juga, entah kat mana diletak kucing masa 3 hari tu.

~ yus ~ said...

Setuju betul dgn akak. Kadang2 rasa, apalah jadi kalau ibu takde. Dan ada masa rasa geram juga, bila sikit2 ibu, sikit2 ibu, pengorbanan seorang ibu....Saya bila balik rumah mak pun bermanja juga dgn dia...so, tak boleh ler nak marah bila anak kita asyik nak suruh kita buat itu ini...hehe

oren said...

betui..

semua nak ibu..kadang, terpikir gak, kalo kita nih mati, apa nk jadi ngan anak2 nih?

kalo tnya pak depa, senang jek dia jawab..carik ibu baru lerr..

grr...

dEeWaN said...

Itulah pengorbanan ibu. Penat mcm mana pun tpaksa demi anak2 yg memerlukan kita. Moga ibu2 di dunia ni sentiasa diberkati & sihat tubuh badan.

kak ina kl said...

kalau org lelaki pulak jawab...kita cari mak baru...krg asam tul

iina said...

ibu kan ratu hati kak hehehe.. yelah kan kak.. dah ada anak2 mintak kenala buat.. saya merasa gak 3 mggu mak saya duk dengan saya di sini.. tapi bab2 masak semua saya buat.. xtergamak pulak nak suruh dia buat.. dia nak masak pun saya cakap xpayahlah mak.. dulu kecik2 dah puas dia masak utk kami adik beradik.. masing2 dah besar pjg nie takkan nak suruh dia masak gak kan..

Dah ramai anak2 lelaki mmg camtukan kak.. nak makan nak apa semua suh mak buat.. kalau saya ada kat umah.. adik2 laki saya semua kena kerah.. tolong saya masak hehehe ;)

aNIe said...

Zar...tulah pasal...nak buang air pun tak senang kan?

-----------------

Kak...dari jauh kadang dah terjerit2 panggil nama ibu

----------------

zany...akak hantar boarding kat Sect 13 tulah..sebab tak tau yang Jabatan Haiwannya kat mana...

Len kali nak pergi kat sanalah...jimat sikit duit...ni betullah cekik darah...

-----------------

Yus...orang kata selagi ada mak...selagi tu lah kita rasa kita masih muda.

-----------------

Oren...hahaha...itu memang tepat sekali...tapi kalau papa kawin baru...mana sama mak sendiri...tak sama punya

------------------

dEewan...semoga anak2 akan terus ingat pengorbanan ibu mereka...

-----------------

ina...cari mak baru ...tak sama dengan mak yang ada tu...

Sebabnya mak ini lah yang menjaga mereka dari tapak kaki sebesar tapak tangan

-----------------

iina...bila mak dah tua...memang wajib anak2 pula melayan ibu...takkanlah diorang nak masak untuk kita lagik kan...

Anak2 lelaki ni kalau ibu dah terbaring barulah pandai nak buat kerja sendiri...kalau tak...ibu sana...ibu sini...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails