Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, June 23, 2010

Lolly Tak Sihat...Kesian Dia..



Hari ni...Lolly kesayangan ku senyap aje.

Sejak dari semalam dia tak macam selalu.

Kalau dulu...bila kami buka pintu dia akan berlari untuk keluar...

Tapi aku perhatikan sejak 2-3 hari ni dia banyak berdiam

Hari ni...makan pun dia tak mau...

Tadi masa dia jalan...aku nampak jalannya macam tempang sedikit...tapi tak ketara sangat...

Sekarang...semasa aku menaip ni...dia berada diriba aku...selalunya dia susah nak duduk diam...pasti dia tak mau duduk lama2 dgn aku...sbb dia lebih suka bermain.

Aku tak tau apa sebabnya...ada yang kata dia diam macam tu sebab dia stress....

Maklumlah seminggu masa cuti sekolah kelmarin ramai yang berada di rumahku...dia asyik terkurung dalam bilik sebab anak sedara aku tu takut kucing.....

Bila aku balik ke Melaka...aku hantar ke boarding...selama 4 hari dia berada di sana.

Bertukar2 tempat mungkin buat dia rasa tak selesa...

Entahlah...kalau esok keadaan dia masih tak berubah aku kena bawa dia ke Veterinar...

Harap2 dia akan sembuh seperti sedia kala....



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

pB said...

SIAN DIA

nuraarin-life said...

mungkin lolly rasa tidak disayangi..nampaknya kak anie kena beri lebih perhatian

zura aini said...

sakitlah tu kak, kucing sihat dia akan bergerak cergas. kalau saya pun sedih dan susah hati. kucing kat rumah ni kalau sakit akan menjerang kat kita, nak dok atas ribaan kita je.

iina said...

Kucing pun stress ye kak.. itu kena bawak p veterinar tuh.. mana tau ada sakit lain ke.. harap dia cepat aktif balik ;)

sekadar satu coretan said...

comei nye kucing akak tu...kecian dia...
kat rmh saye pun ade sekor...terhibur nengok aksi dia bila bermain..
risaukan kak anie tetiba jer dia tak aktif..

myQza said...

oh lolly!!

harap dia tak de apa2 kak.
baru tgk gambar2 dia masa kecik2 kat FB tadi

TQ add. :)
saya ni kalau nak mencari mmg tak pandai. he he he..

Bawa ke vet kalau dia x de selera makan juga ye kak. Monyok je tu!
adalah yg x kena tu!!
Semoga Lolly tak de apa2. InsyaAllah.

Zareda Norman said...

allala siannyer lolly.. agaknya dia demam tu

Masy said...

dia pose kot... huhuhu

Kak Anie said...

PB...kesian akak tgk dia...muka sedih je...

---------------

nuraarin...memula akak ingat pun camtu...sebab ada orang kata kucing memang senang stress bila ramai orang

Rupanya dia demam...

-----------------

Zany...demam kata doktor...kesian dia...tak makan asyik tido je.

----------------

iina...dah bawak pi tadi...dia demam...tinggi panasnya

---------------

ain..memang kucing kat rumah ni menghiburkan...disayangi semua orang kecuali cik abang yang takut kucing...hehehe

----------------

tEDl....terima kasih kerana accept akak...selama ni mencari tapi tak jumpa..

Tadi akak dah bawak pi vet...katanya demam...tinggi panasnya...tu sebab dia takmo makan...dah dapat ubat2nya dah...harap2 dia cepat sembuh...risau akak...

----------------

Zar...memang dia demam dah bawak pi doktor tadi...semoga dia cepat sihat...

---------------

Masy...puasa bulan rejab eh...hehehe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails