Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, June 3, 2010

Cuti Sekolah...Movie & Popcorn Marathon...

Cuti sekolah bakal menjelang...

Esok hari terakhir untuk anak2 aku besekolah...

Program untuk Cuti-cuti Malaysia takde lagi.

Yang pasti destinasi MESTI bila cuti ialah Melaka.

Mungkin aku cuma akan balik ke Melaka pada minggu kedua....sebab cik abang dah beritau aku dia nak bawak aku pergi dinner....

Lepas tu bercadang nak ajak anak2...menaiki River Cruise...(kalau rajinlah)...dan nak bawak mereka ke Muzium Melaka.

Farhan dan Fareez tidak pernah ke sana...cuma...bimbang musim cuti ini kawasan2 bersejarah itu dipenuhi pengunjung dan pelancong dari negeri lain...dan paling aku tak suka ialah menempuh jam & kesukaran untuk meletak kereta.

Semalam...kepala otak aku ni dah merancang untuk menonton dengan anak2 pada musim cuti ni...

Tapi....

Nak tengok movie yang mana?

Prince of Persia?



Shrek The Final Chapter?



atau...

Lagenda Budak Setan...




Aku memang nak tengok semua...tapi...kalau bertiga memang rabak poket...

Jadi pagi tadi aku dapat satu idea bernas....

Hari Rabu..ialah hari menonton pada harga yang murah...

Jadi....hari Rabu nanti aku nak ajak anak2 bersama sama ke Cineleisure..  untuk acara Movie Marathon...

Yang penting tayangan2 tersebut tidak melangkau waktu solat...

Masa aku beritau Farhan pagi tadi dia cakap...

'Wah ...banyak duit...'

'Hari Rabu kan murah....kita tgk semua pada hari Rabu lah...'

'RM6 X 3 dah RM18.00 pastu 3 movie.'

'Baru RM54....'

'Pastu popcorn lagik...?'

'Alah tak payah ler makan popcorn....'

'Tak boleh ibu...movie & popcorn tak boleh dipisahkan...'

'Macam2 aje kau....kalau camtu...kita beli 3 large popcorn...pada movie pertama..'

'Abih yang lain2'

'Yang lain2 tu....kita buat camni...1 large popcorn...1/3 makan pada movie pertama...utk yang kedua kita makan 1/3 ... dan yang last tu kita abiskan ler...hehehhe'

'Ade pulak camtu ibu ni...'

'Boleh aper....kata nak jimat....'

Boleh kan?  Tak siapa nak marah kalau buat camtu...popcorn kita...kita punya pasallah...

Hehehehehe....kejam!!




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

Zareda Norman said...

jom muvie

PP and shrek dah tengok. legenda budak setan mungkin nak tgk sengsorang sebab dua org partner saya tu tak minat citer melayu.

Pop corn sll kitorg beli small je, memang bawa dr rumah segala besekut, twisties dan nachos.. hhehe jimat sikit

idahani said...

waaahh..kak anie, selamat menonton wayang yer kak..jom kita enjoy! hehehehe

Mak Su said...

hari rabu ya kak... tadi saya nampak poster ong bak 3, tgh teruja ni

Roronoa Zoro said...

hehehe.. pandai dia bagi idea ek? haha =)

sI tEDI said...

kalau filem baru, rabu tak murah kak.

saya selalu terkena. ha ha ha ha

lupa. baru 1 minggu filem tu release, konon dapat murah. x do! he he he he

aNIe said...

Zar...boleh seludup masuk beskut ke? Itu satu idea yang baik...hehehe...jimat poket ku

------------------------

idahani...tgh pikir2 ni...takut ada program bertembung

------------------------

Maksu...Ong Bak memang best...tapi budak kecik tak boleh masuk lah...kelmarin dulu nak tengok Ong Bak 2 pun tak dpt.

-----------------------

Zoro...idea yang baik dikongsi bersama...hehehe

----------------------

tEDl...betul ke? Huaaarrrggghhh!! Kopak duit ku...aha lah...baru seminggu...hmmm...camaner ni...tapi Shrek dah lama kot...

Ozone1505 said...

jom jom kita pi ramai-ramai tgk wayang

kak Erna said...

anie..rajinya..tiga sekali..kalau akak ..puas tido dalam tu..he he..sian hero bongsu..sapelah nak bawak dia nanti..mak ayah dah malu nak tengok wayang..

Kak Anie said...

Ozone...hehehe...akak dah pergi dah...Prince of Persia recommended

----------------------

Kak...alah takpe...pergi aje...akak bukan tua sgt pun...masih sweet...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails