Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, June 4, 2010

Tafsir Mimpi...



Pagi tadi di Hot FM...tajuk Hot Chat pagi ini ialah berkisar tentang tafsir mimpi...

Ustaz Sharhan seorang  pengamal perubatan Islam telah berada di Konti Hot FM untuk menjawab berbagai persoalan pendengar tentang mimpi...

Kalau pasal tafsir mimpi...memang ianya sentiasa menjadi tajuk yang mendapat sambutan hangat.  Kerana semua orang mengalaminya...dan kita sering tertanya-tanya apakah makna atau maksud yang tersirat di sebalik mimpi yang di alami.

Mimpi adalah sesuatu yang unik...sukar untuk kita tafsirkan.  Ada orang mengatakan bahawa mimpi itu mainan tidur dan ada juga mengatakan mungkin ianya mainan syaitan.

Tapi...seperti kata Ustaz itu...mimpi adalah suatu anugerah ALLAH.

Kita mungkin tidur sebantal..tapi mimpi kita lain-lain.  Lain orang lain mimpinya.  Dan ada juga mimpi yang dipengaruhi oleh perasaan atau mental atau sesuatu masalah yang sedang dihadapi.

Mimpi yang selalu datang di waktu sepertiga malam adalah kadang kala suatu petanda atau mimpi yang boleh ditafsirkan.  Ada pula kata orang ... jika ingin tau mimpi itu bukan mainan syaitan...tidurlah dalam keadaan berwudhuk dan jangan lupa membaca doa utk tidur atau ayat2 suci Al-Quran dari surah2 yang ditentukan.

Aku begitu tertarik dengan topik pagi tadi kerana aku jarang didatangi mimpi...aku cuma akan bermimpi pada masa2 yang tertentu.

Kelmarin...semasa balik ke Melaka....aku telah bermimpi dikejar seekor ular hitam.

Menjerit2 dalam mimpi sambil berlari membuatkan aku terkejut dengan rasa cemas.

Mimpi tersebut aku pendamkan...dalam fikiran berkata-kata...apakah maksud mimpi itu.  Orang selalu kata...kalau anak dara bermimpi digigit ular ianya petanda akan bertemu jodoh.  Tapi aku bukan anak dara...aku dah jadi mak dara...

Mimpi itu telah membuat fikiran aku gusar.  Untuk menenangkan fikiran aku berkata pada diri mungkin mimpi itu dipengaruhi fikiran atau emosi aku yang bercelaru ketika itu.

Pagi tadi...ada pendengar yang bertanya tentang mimpi ular....

Huraian mimpi dari Ustaz itu aku catatkan serba sedikit di sini.  Aku cuma dpt menyalin sedikit dari maksud mimpi2 yang ditanyakan oleh pendengar2.

Bermimpi ular...adalah petanda tidak baik..kecuali ular putih...ianya adalah malaikat.  Kalau ular hitam ianya adalah jin.  Jadi harap2 kalau anak2 dara yang bermimpi dipatuk ular itu jgnlah hendaknya ular hitam ye...

Bermimpi bayi atau kanak2....selalunya mereka yang bermimpi kanak2 atau bayi ianya membawa maksud saka.  Bermimpi ternampak kanak2 atau bayi...bermaksud saka itu cuba mendekati...cuma jika mimpi menyusukan bayi itu suatu yang bahaya.  Kerana menurut Ustaz itu...ketika beliau mengubati orang yang mempunyai saka...10 dari mereka yang datang...8 darinya pernah didatangi kanak2 atau bayi di dalam mimpi.

Bermimpi tanah perkuburan...ianya menandakan penyakit...selalunya penyakit busung.

Bermimpi melalui jalan yang berliku membawa maksud akan melalui cabaran yang banyak dalam hidup.

Jadi perbanyakkanlah membaca surah Yassin dan Surah Dhuha....

Bermimpi air ... bermaksud akan menerima rezeki.

Ini aku percaya...sebab setiap kali suami akan mendapat rezeki aku selalu bermimpi air yang banyak.  Beberapa tahun lalu aku pernah bermimpi...kolam yang aku bina bocor...hingga aku tak dapat menyekat air yang mengalir keluar hingga kontang.  Tapi bila aku keluar dari kolam tersebut aku melihat masih terdapat banyak lagi kolam2 air aku yang masih penuh airnya.  Selang beberapa hari aku kehilangan beg tangan ku...bersama cincin kawin...cincin tunang...wang...dan segala yang aku simpan di dalamnya.

Kejadian itu tidak pernah aku kesali kerana bagi aku itu telah ditakdirkan...kemudian barulah aku teringat ttg mimpi aku sebelum itu.. mungkin ada kaitannya...dan bila teringat kata arwah mak...kalau bermimpi air itu bermakna rezeki...aku percaya rezeki yang akan ALLAH kurniakan pada aku masih ada pada masa akan datang.

Dan mimpi air ini terterusan...sebab selalunya kalau cik abang aku ada projek yang bakal dimeterai... aku akan bermimpi air yang banyak.  Kemudian aku pasti memberitau cik abang...'abang jangan bimbang ...Insyaallah projek ini menjadi sebab Anie bermimpi air malam tadi...' dan Alhamdulillah selalunya ianya menjadi kenyataan.

Menurut kata Ustaz...mimpi terbahagi kepada dua...iaitu mimpi yang baik & mimpi yang tidak baik.

Antara mimpi yang baik ialah   :

Yang paling utama ialah bermimpi kita berada di tanah suci...iaitu berada di MEKAH...tak kisahlah di mana pun ianya adalah mimpi yang paling baik.

...diikuti pula mimpi bertermu Rasulullah....semua orang ingin bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.  kerana jika bermimpi ttg baginda...ianya bermakna ganjaran syurga untuk kita.  Ini adalah mimpi yang sukar kita dapati kerana ia cuma akan dialami oleh mereka2 yang terpilih...

...bermimpi membaca Al-Quran adalah mimpi yang baik.

...kemudian...bermimpi berada di dalam masjid...menjadi imam di dalam masjid...

...bermimpi ikan..menangkap ikan...tak kiranya menggunakan cara apa sekali pun...atau memakan ikan...itu membawa maksud akan mendapat rezeki yang melimpah ruah.

Sebenarnya kalau bercerita tentang mimpi ianya tidak berkesudahan...kerana setiap sorang dari kita mengalami mimpi yang berlainan...

Untuk mereka yang mempunyai sebarang  kemusykilan bolehlah menghubungi Ustaz Sharhan  (pengamal perubatan Islam)  di no... 0198595816

Atau layari laman web  ini...sila klik  ------> sini









...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

11 comments:

myQza said...

TQ kak anie, kdg bila mimpi bgn pagi lipa lak apa kita mimpi malam tadi.

harap mimpi kak anie di kejar ular itam tu hanyalah mainan tdo semata2

InsyaALlah.

yang penting, kita tetap percaya apa saja yg berlaku ada hikmahnya. :)

dan ALLAH Maha mengetahui setiap apa yg telah di tetapkan.

NJ@Goboklama said...

jgn difikirkan sangat ka anie... :)

Acik Erna said...

anie..akak juga pernah tengok kat tv ..ustaz ni cerita pasal mimpi..memang banyak yang benarnya..tapi kita jangan terlalu percaya sehingga merunsingkan fikiran..

Kak anie said...

tEDl...mimpi yang menjadi mainan tidur selalunya tidak kita ingati...cuma kalau mimpi itu terkesan dihati baru kita oleh ingat..

Betul tu...apa yang terjadi ada hikmahnya...dan setiap apa yg terjadi telah ditetapkan ALLAH...

-------------------

NJ...dah tak fikir lagik dah...akak ni kadang runsing sekejap je...lepas tu lupa dah...

-------------------

Kak...selalunya orang kata mimpi yang tak elok tak baik dihebahkan...tapi Insyaallah tak de apa yang nak dirunsingkan...sebab anie percaya segala yang berlaku adalah ketentuan ALLAH

Anonymous said...

bab ikan tuh betul hehehheehh sbb saya klu mimpi ikan jer mesti nak dpt duit...klu bangun tidor br lepas mimpi ikan happy jerr...pastu utk menguatkan mimpi ikan tu...tak lama lepas tuh nnti gatal la tapak tgn kanan...tp kadang saya tak mimpi ikan pon, mimpi terus dpt duit or cheque heheheh

Dunia Ku said...

kak anie midah selalu mimpi baby...klu midah mimpi bersalin alamak risau sesngat sbb per tau kak anie tiap kl mimpi bersalin midah pasti akn pregnent...risaukan per sbb x sedia...tp suka....

Sufi Asri said...

oohh.. thx for sharing... hehe.. yg saya tahu mengenai mimpi adalah cara nak tahu samada mimpi itu dari jin syaitan.

kalo kita bermimpi buruk, menakutkan sehingga kita terbangun @ berpeluh @ menjerit.. itulah tanda ganggu jin @syaitan. kalo jadi gitu kena baca doa (doa apa pon x igt dah, sorri) pastu hembus kanan kiri dan depan..

doa tue mungkin surah kursi.. hmm.. x ingt.. =(

Qistina said...

salam, akak.. nak tumpang share link yer... sbb sy ada alami mimpi menyusukan bayi selama 3 hari berturut2 2 minggu lalu.. lepas dengar ayat ruqyah.. mimpi tuh dah x der cuma terasa setiap kali tido ibu jari kaki sejuk macam dihisap.... tumpang share link yer akak... skrg nih sy tengah mengandung 3 bulan..

Qistina said...

salam kaklady, tumpang share link yer.. tyvm

Anonymous said...

Saya baru je mimpi menjadi imam kepada sekolompok orang...Semasa jadi imam tu ada gangguan dari seseorang yang x dikenali dgn mengalihkan badan saya ke arah lain, tp saya gerakkan kembali ke arah kiblat...hingga la selesai solat..Lepas check internet, katanya akan akan perolehi kekuasaan. Bangun je tidur esoknya, ayah pg dekat saya dan bgtau sesuatu mcm ni.. Smlm katanya ada sorang kawan dia bgtau ada sekelompok masyarakat mahu melantik saya menjadi ketua mereka & menaikkan saya.. Saya sgt terkejut..(Ketua apa, rahsia la). Jgn ketua kongsi gelap dah la...huhuhu...Jd mungkin ada benarnya tafsir mimipi guna Quran ni..

Anonymous said...

Kita mungkin tidur sebantal..tapi mimpi kita lain-lain. Lain orang lain mimpinya. Dan ada juga mimpi yang dipengaruhi oleh perasaan atau mental atau sesuatu masalah yang sedang dihadapi.

Mimpi yang selalu datang di waktu sepertiga malam adalah kadang kala suatu petanda atau mimpi yang boleh ditafsirkan. Ada pula kata orang ... jika ingin tau mimpi itu bukan mainan syaitan...tidurlah dalam keadaan berwudhuk dan jangan lupa membaca doa utk tidur atau ayat2 suci Al-Quran dari surah2 yang ditentukan.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails