Aku jarang mengikuti perlawanan bolasepak...tapi kalau Piala Dunia...aku akan ikuti juga kerana terpaksa.
Terpaksa kerana semua di rumah aku adalah peminat bolasepak fanatik. Tambah lagi kerana Piala Dunia hanya akan muncul 4 tahun sekali.
Kali ini Piala Dunia/World Cup akan di bawa ke Afrika Selatan. Ini bermakna dalam masa 24 hari lagi semua mata...media masa akan tertumpu ke Afrika Selatan. Peminat2 bolasepak dari seluruh penjuru dunia akan ke Afrika Selatan...dan kalau peminat bolasepak fanatik Malaysia pasti akan memilih MAS sebagai pengangkutan mereka untuk ke sana.
Who will win the World Cup...?
Pada pendapat aku...Piala Dunia kali ini akan dijulang oleh pasukan dari Sepanyol/Spain.
Kenapa aku pilih pasukan Sepanyol...?
Kerana...
Pasukan ini dibarisi oleh pemain-pemain handalan dan terpilih seperti Fernando Torres, David Villa, Fabregas, Puyol dan ramai lagi. Dengan penjaga gol terkenal ... Iker Casillas mereka mampu melakukannya.
Pasukan Sepanyol juga adalah pasukan yang memegang ranking nombor satu dunia dalam arena bolasepak dunia. Pernah memenangi Piala Euro 2008 yang telah berlangsung di Austria - Switzerland.
Dan sudah pasti pasukan ini menjadi pilihan utama peminat2 Piala Dunia.
Dalam pada semua orang dilanda demam Piala Dunia pasti ada juga yang tidak dapat mengikutinya secara langsung. Tapi jangan lupa segala maklumat boleh di dapati di internet walau di mana jua anda berada dengan memiliki P1W1MAX...maka dapatkanlah sekarang supaya anda dapat sama 'demam' bersama yang lain.
Dan jika ingin mendapatkan P1W1MAX ...jangan lepaskan peluang ini...dapatkan Special Edition Adidas Pure Game Set....dan dapatkan RM30 P1W1MAX voucher dan limited Edition South Africa 2010 Key Ring...
Untuk maklumat lanjut sila klik sini...
Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
2 comments:
Walaupun Messi dpt segala anugerah, pemenang 1982 & 2006 tetap menjadi pilihan, bkn Spain ye akak.. hehe. Go Italy...!!!
Hehehe...small gun...semua info tu dari si Farhan le tu...akak ni mana pandai ttg boleh ni...
Post a Comment