Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, May 18, 2010

Aku Anak Jati Melaka...



Aku adalah anak jati Melaka...

Aku dilahirkan di Melaka...dibesarkan di Melaka...bersekolah di Melaka...bekerja di Melaka.

Kemudian aku berkahwin orang Melaka...maka aku pun terus menetap di Melaka.

Lebih 40 tahun aku tinggal di Melaka...

Aku  bangga menjadi anak Melaka jati.

Tahun 2003 aku mengikut suamiku berpindah ke Shah Alam. 
Itulah pertama kali aku merantau ke negeri orang...

Kami menyewa rumah di sini...dan sehingga akhir tahun ini...genaplah 8 tahun aku menjadi penduduk Shah Alam.

Shah Alam begitu sesuai dengan jiwa aku...jalan rayanya jarang2 sesak...tempat membeli belahnya dekat aje dengan rumah aku...15 minit memandu ...dah pun sampai...segala-galanya ada di sini.

Kawasan kejiranannya begitu aman.  Kebanyakan jiran2 aku adalah Melayu.  Kami mempunyai persatuan sendiri...setiap tahun kami akan mengadakan Hari Keluarga.  Ataupun selang beberapa bulan kami akan mengadakan Hari Ramah Mesra bersama.  Memang seronok.

Sekarang...sudah hampir 8 bulan cik abang aku mula bertugas di Melaka.

Setiap hujung minggu dia akan kembali ke Shah Alam bersama kami...ataupun kalau dia ada program di hujung minggu..aku yang akan balik ke Melaka...

Ramai yang bertanya kepada aku kenapa aku tak pulang sahaja ke Melaka.?
Sebenarnya kalau diikutkan hati...aku memang takmo balik ke Melaka lagi.
Apa sebab dan alasannya biarlah ia menjadi rahsia.

Pada mulanya cik abang tak berniat untuk terus bekerja di Melaka...dia ingin mencari rezeki di sini dan tinggal bersama kami.

Tapi bila kerjayanya di sana lebih menyerlah...aku kesian melihat dia.  Biarpun dia tinggal bersama ibu dan adiknya tapi sepatutnya segala keperluannya aku yang menguruskan.  Setelah lama memikirkannya aku  pun mengambil keputusan untuk kembali ke Melaka.

Bila keputusan itu aku sampaikan pada anak2...mereka membantah.  Semuanya tak mau balik ke Melaka...mereka sudah sebati tinggal di sini.

Maklumlah Farhan dan Fareez membesar di sini.  Mereka sudah ada kawan2 mereka sendiri di sini.  Kawan2 sekolah...kawan2 di kejiranan ini sendiri.  Memang berat untuk mereka tinggalkan.

Jadi setelah berbincang dengan cik abang...kami bersetuju hanya akan kembali ke Melaka setelah Farhan mengambil peperiksaan SPMnya tahun depan.

Rasanya tak lama lagi tu...tinggal setahun lebih aje...pejam celik...pejam celik nanti sampailah masanya.

Sebenarnya .hatiku...jiwaku begitu berat untuk kembali ke sana. 

Hanya ALLAH yang tahu dilema yang bermain di benak fikiranku.

Tetapi...tempat seorang isteri adalah di samping suaminya...maka apa jua yang membuat aku berat untuk melangkah pulang ke sana harus ku telan...dan apa jua yang mendatang harus aku hadapi.

Hanya doaku pada Yang Esa...hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk ku...






...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

16 comments:

leeya said...

huhuhuu..mcm sedih je bunyinya..ape2 pun saya doakan yg terbaik untuk akak sekeluarga ya akak..take care

JAI said...

Menarik perjalanan hidup nie..hehe..ni mesti pakar masak asam pedas melaka nie..

iina said...

Kak Anie.. sempatlah saya jumpa akak kat shah alam hehehe itu pun kalau saya balik hjg thn nie atau awal thn depan ;)

Takpe kak.. mula2 tak biasa.. tapi lama2 nanti mesti ok bila dah dekat dengan sedara mara dan keluarga kan ;)

Saya dari sekolah lagi dah duduk merata2 kak.. sekolah sana sini.. sampailah duduk negara orang.. tapi mmg xkan sama dengan kampung asal kan ;)

Zareda Norman said...

kak anie

ibarat tepak pulang ke gagang... apapun demi suami tercinta, akak telanlah segala yang pahit pahit tu...

kaklong said...

kaklong pun faham juga perasaan tu, ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak kan. Bukan senanghidup berdekatan ipar duai..dekat bau t..i kata orang. Sabar je lah sebab tempat isteri kan disamping suami...kesian dia kat Melaka tu..

idahani said...

alor..x dan nak rasa sambal ikan bilis..akak dah nak pindah balik melaka..huhuu

apapun keputusan yg akak buat moga adalah yg terbaik buat diri akak..amiinn

kak anie said...

Leeya...memang sedih...tapi ujung tahun depan kot...baru pindah...

------------------------------

Jai...asam pedas Melaka? Asam tetel...masak asam ayam...asam pedas ikan pari...ikan tenggiri...semua settle...hehehe

-----------------------------

iina...kalau akak kat Melaka...maybe rumah ni masih anak akak Ude akan duduk...Insyaallah kalau ada rezeki nak beli jugak...dan bila ada senang akan ke sini...

Kalau akak dah kat Melaka pun kalau iina balik mesti naik KL untuk jumpa...hehehe

------------------------

Zar...tulah...di usia ini rasanya akak nak habiskan masa bersamanya di Melaka

------------------------

Kak Long...tu lah...kesian dia kat sana...kalau tgk TV pun sensorang...makan mak dia yang teman...telan lah jugak apa yang pahit tu...

------------------------

idahani...kalau nak sambal bilis...bisness masih on...hehehe...email atau sms je...boleh poskan...

tunbegia said...

sungguh sedap asam pedas melaka kanns,

salamm,

sya said...

Aku rasa sedih gak tapi bila fikir Allah pindahkan ko dekat ngan aku masa aku tengah betul2 susah.. nanti lambat lagik kan habis 2011.. mcm2 boleh jadi

KAKTINY said...

kak.. hmm.. balik ke melaka bermakna mengundang kembali kisah silam kan.. hmmmm...

hmm... takpelah.. lambat lagik (walaupun tak berapa lama lagik!!) nk pindahnya..

so, akak enjoy dulu di shah alam dan di alam cyber ini yer kak..

happy always k!!.. hihihi...

kakLuna said...

berpindah dr tempat yg sudah lama kita duduki mmg menyedihkan..sy penah merasainya...13thn duduk di area tengah, skrg duduk di area utara...

helena's said...

tempat tumpah darah,mesti banyak kenangan kan kak dan kenangan itulah yang buat kite sedih :(

cikMilah said...

kakAnie, hidup ini bukan pilihan kita sendiri, semuanya aturan Allah. InsyaAllah you will be happy there in Melaka.

Anonymous said...

alahai kak lady-mesti bebudak berat hati nak pindah melaka kan.. bak kata akak, mereka membesar di sini.. mesti sayu.. tapi ye la..kita pula fikir encik suami keseoarangan kan... serba salah gak..

Pnut

Ozone1505 said...

tudia citer pasal Melaka.. hihik all about melaka nih. saya budak penangg mali :)

Kak Anie said...

Tb...asam pedas melaka...kalau cukup asamnya...cukup pedas dan perisanya...memang sedap!!

Salam...

-------------------------

Sya...berada di sini...dekat dengan kau...yang selama aku di Melaka dulu aku rasakan sukar untuk bertemu...dan ketika cik abang bekerja di Jeddah...saat itulah aku rasa ALLAH memberikan aku ruang untuk bersama adik beradik yang lain & utk bapak...alhamdulillah...puas rasa hati...dan hanya ALLAH saja yang tau betapa gembiranya aku di saat itu...

----------------------------

Tiny...kalau akak di Melaka nanti...akak takkan putus hubungan dengan kawan2 di alam siber...sebab kita boleh stay connected ...di mana saja kita berada...kan?

Kena enjoy saat2 di sini...berada di tempat2 yang akak suka semasa di sini...

----------------------------

Luna...keselesaan dan ketenteraman hati di sini hanya ALLAH yang tau...

---------------------------

Helena...akak ni terbalik...sedih nak meninggalkan tempat akak menumpang...hehehe

---------------------------

Cik Milah...betul tu...ALLAH lebih tau apa yang kita perlukan...

---------------------------

Salam pnut...tulah...akak sian dengan Farhan...yang Fareez tu kecik lagi...tak kesah sangat...tapi dia sedih jugaklah....kan gf2 dia ramai kat sini...hehehe

Rasa serba salah tu sudah bersarang dlm hati sejak dia bertugas di Melaka...

----------------------

Ozone...okaylah...nanti kalau ozone mai Melaka boleh lah akak entertain ye...

-------------------------

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails