Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, May 17, 2010

Kecik-kecik Dah Pandai Pinjam Duit....

Hari ini semasa menghantar si kecik ke sekolah...aku lupa bawa purse aku...

'Alamak Aeez....ibu lupa bawak purse lah...'

'Ibu ni...abih camaner ni...aeez takde duit...'

'Aeez ada bawak air kan?'

'Ade...'

'Tadi pun aeez dah makan kenyang kan?'

'Ha'ah...'

'Tak payahlah bawak duit...'

'Alah.....aeez nak beli barang...'

'Tak payahlah beli barang...nanti abis duit...suka sangat beli barang kat bookshop tu...ntah aper2 barang yang kau beli ibu pun tak tau...'

Memang kadang si kecik tu suka membeli barang kat bookshop.

Aku rasa bukan anak aku je...mesti budak2 yang sebaya dia suka menghabiskan duit kat booshop...

Kadang2 benda yang dibeli tak setanding harganya...tapi disebabkan mereka suka...mereka akan beli.  Lebih2 lagi pada usia sebegitu...mereka tak pandai lagi membandingkan harga.

Buku nota kecil...macam2 jenis ada kat rumah ni...macam2 pesyen ada.  Yang aku pelik dia suka beli lampu suluh...yang kecil besar jari kelingking pun menarik hati dia...

Agaknya memang bebudak besar dia suka main lampu suluh kot.  Kalau kat rumah ni ada lampu suluh...selagi ada bateri ...ada aje kerja dia menyuluh ke sana ke mari...bawah mejalah...bawah almari lah...bawah katillah...macamlah ada benda yang nak dicari.

Mendengar aku melarang dia membeli barang2 yang ntah aper2 kat bookshop tu dia mengeluh...

'Alah ibu...aeez nak beli lead pencil...'

'Selalunya kalau ibu suruh beli lead kat bookshop...aeez kata takmo...lead dia tak elok...aeez suruh ibu beli kat Dincy Store'

Dia diam...tapi aku kesian pulak tengok dia. 

Kemudian aku teringat semalam terdengar Farhan cakap ada budak pinjam duit dari dia.

'Kalau aeez nak beli barang nanti ...aeez mintak kat kawan yang pinjam aeez duit tu..'

'Kadang2 aeez tak jumpa dia...'

'Macamana pulak boleh tak jumpa...dia kan sekelas dengan aeez...'

'Sekarang kalau dia nampak aeez...dia lari...'

'Berapa ringgit dia pinjam aeez...'

'Tiga...'

'Apsal aeez bagi dia pinjam...'

'Dia kata nak beli barang...'

'Len kali kata takde...'

'Dia kata dia tau aeez ada duit...'

'Camaner dia boleh tau...'

'Dia nampak kat poket aeez...

'Camaner dia boleh nampak...'

'Tak tau...'

'Len kali...kalau dia nak pinjam...kata tak boleh...ni duit aeez...aeez nak guna.  Ari ni cuba cakap kat dia...'

'Kelmarin aeez nak cakap...aeez nak cakap aje dia lari...sekarang dia nampak aeez je dia lari...'

'Hmmm....takpelah...len kali jangan bagi lagi...'

Budak2 ni...kecik2 lagi dah pandai meminjam...dah tu tak pandai pulak membayar.

Tak bayar tak apalah jugak...pandai pulak melari2kan diri...

Macam macam....





...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

4 comments:

Sufi Asri said...

erm..
kalo budak2 wat gitu, apa tindakkan kita ek? perlu bagitahu parent budak itu x? supaya parent diia tegur dia..

bukan nak duit sgt.. nak perbetulkan jer...

hmm...

p/s: camne ek?

tulipurple said...

Sy pun dulu suka 'shopping' kat bookshop.nak2 beli pemadam yg pelbagai bentuk dan wangi,pastu syg nk pakai.
Betul gaklah persoalan pasal bdk yg meminjam tu..apa perlu dibuat?bak kata ustaz di alkuliyyah aritu kita perlu jaga tepi kain org,bkn dlm kain org.

iina said...

cakap ngan aiz kalau dia lari kejarlah hehehe.. yelah kak kecik2 dh pandai pinjam duit.. dah besar nnti.. jgn pinjam ngan along udah ;)

Kak anie said...

zoro...camaner nak beritau mak dia kan? Sebab kita pun tak kenal mak dia...rasanya kena suruh si kecik tu settlekan dgn kawan dia dulu

Memangpun tak hadapkan duit sgt...cuma takmau lah bebudak tu kecik2 lagi dah pandai berhutang...

Tulip...sekarang ni banyak perkara buruk yang berlaku kerana sikap kita yang tak mau ambil tau hal orang

iina...Fareez kalau nak lari...dgn badan dia yang bulat sekarang semput dah...hehehe..

Tapi memang betul tabiat yang buruk tu tak elok dijadikan amalan

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails