Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, May 12, 2010

Tunaikanlah Janji itu Jika Mampu...



Semasa anda kecil dulu...masihkah anda ingat dialog comel anda bersama ibu anda?

'Mak...nanti kalau adam dah besar...adam nak belikan mak gelang emas...gelang yang besar...tau...'
Mak mendengarnya sambil tersenyum lebar...sambil mengusap kepala si anak dan mengucup ubun2 anak kesayangan itu.

'Ibu...bila Maria dah besar nanti...ibu tak payah kerja tau...nanti Maria bagi ibu duit bulan2...Maria nak bagi ibu duit banyakkkk...'
Ibu yang melihat anak dengan linangan airmata kegembiraan...pipi yang mulus dikucup penuh kasih sayang...

'Ummi...nanti bila wafi dah besar...wafi nak jadi doktor...kalau ummi sakit nanti wafi boleh ubatkan...'  Kepala wafi yang diriba ummi diusap penuh mesra...tangan ditadah memohon cita2 anak2 dimakbulkan...

Masa berlalu...hari berganti bulan...bulan berganti tahun.  Tahun demi tahun yang berlalu...segalanya makin berubah...

Anak yang dikendong...anak yang disusukan...anak yang sentiasa dimanja dilepaskan pergi menuntut ilmu ...walau ke mana sahaja... ibu dan ayah terpaksa menghantar dengan hati yang berat.  Dan diiringi doa yang tulus ikhas dari kedua mereka...anak2 terus berjaya mengorak langkah memenuhkan ilmu di dada...

Janji janji yang pernah dilafazkan pada sang ibu, mak dan Ummi...sudah menjadi kabur...hanya yang tinggal adalah kenangan.  Baginya itu hanyalah kata2 seorang anak mentah yang masih belum mengenal dunia.

Namun ibu, mak dan Ummi di kampung masih menanti...mengharap anak akan pulang menjengah mereka.  Bukan janji yang mereka tagih...bukan wang yang mereka pinta..tapi mereka ingin menatap mata anak yang pernah direnung penuh kasih sayang...mereka ingin mengucup dahi anak...ingin mengusap kepala sikecil yang kini telah besar...mereka ingin memanjakan mereka seakan mereka itu masih anak anak comel mereka dahulu.

Tapi di manakah sang anak ketika ibu memerlukan...ketika ayah mendambakan mereka.?  Mereka sibuk dengan urusan kerja...yang telah menjadi doktor sibuk dengan pesakitnya...yang ingin menaburkan wang yang banyak pada ibu sibuk mengumpul tas tangan dan pakaian2 berjenama...yang ingin menyalut tubuh ibu dengan emas dan perak sibuk ke hulu ke hilir membawa si jantung hati membeli belah ....

Di manakah letaknya ibu dan bapa mereka?

Adakah ibu dan bapa tua itu masih lagi dihati?

Lupakan saja segala janji...kerana itu hanyalah kata-kata yang sering kita lafazkan untuk ibu semasa kita masih belum mengerti apa-apa.

Dan ibu...mak atau ummi tidak pernah inginkan yang lebih dari kehadiran dan kasih sayang anak2.  Anak yang bertanggungjawab...yang dapat memberikan perhatian pada mereka...yang dapat menjaga kebajikan mereka ketika mereka memerlukan.

Masihkah kita ingat...apa janji kita pada mereka yang bernama ibu...mak...ummi atau bonda...?

Sudahkah kita menunaikannya? Andainya kita mampu ... tunaikanlah... andainya kita tidak mampu memenuhi janji itu...cukuplah hanya sekadar menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. 

Aku tidak pernah mengharapkan apa yang aku lakukan dibalas oleh anak2 dengan rasa terpaksa.  Aku cuma inginkan mereka menjadi anak2 yang bertanggungjawab...dan ada ketika aku memerlukan mereka.  Aku sentiasa berdoa agar menjauhkan mereka dari menjadi anak derhaka dan tidak pandai menghormati orang tua.




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

"MULAN" said...

betol kak anie.. saya sokmo kata dgn anak2, jadi lah manusia yg bertanggungjawab pd ugama+keluarga, hati yg baik/ikhlas, soleh, bijak & riang.. pasti hidup senang dunia akhirat.. insyA..

Ozone1505 said...

ibu ibu, engkaulah ratu hatiku....

sI tEDI said...

kakanie,

bila dah besar panjang dan senang lenang dah kaya raya syaitan sudah mendamping cepat lupa diri kalau tak kuat iman.

kdg2 bila terbaca kisah2 ibu yg di hantar ke rumah org2 tua.. MasyaAllah, tak tercapai dek akal kita yg waras akan melakukan kpd ibu.

InsyaAllah.

mama hadif said...

selamat hari ibu kak anie...

Mak Su said...

hehehe, anyway kak, Selamat Hari Ibu

iina said...

Yekan kak.. banyak kisah2 begitu yang kita dengar.. kadang kala kita sendiri pun teralpa dengan keperluan mereka bila kita sendiri sibuk dgn keje dan tugasan harian.. Janji masa budak2 tuh cuba kalau kita tanya balik.. adakah diorg ingat?? berapa peratus agaknya yg diingati kan..

Yang utama kita sentiasa ingat mereka.. hargai jasa mereka.. sentiasa temankan mereka bila diperlukan ;)

MAMAMIA said...

Anak saya yg lelaki janji nak buatkan robot tolong buat kerja rumah bila dia besar nanti...

kak Erna said...

anie..memang betul..ita sebagai ibu..tidak mengharapka apa2 balasan dari anak2 cukuplah..sekadar doa anak yang soleh..bila kita dah tiada..

Zareda Norman said...

kak anie

setakat mampu memang tunaikanlah permintaan anak anak. Dan zar sendiri, kalau anak membesar menjadi anak yang bertanggungjawab, suami yang baik atau isteri yang baik dan bertanggungjawab sudah cukup membahagiakan zar.. tak perlu balas jasa zar dan cik hubby.. Allah Maha Mengetahui

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails