Semasa memandu pulang si kecil dari sekolah agama...
bersama sorang anak perempuan jiran sebelah rumah ku...Zaty
bersama sorang anak perempuan jiran sebelah rumah ku...Zaty
Memandang ke langit aku melihat 2-3 helikopter berlegar2 di ruang angkasa.
'Aeez...banyak helikopter kat atas...'
'Aha...Aeez nampak...'
'Bila pulak kau nampak...'
'Dari tadi Aeez dah nampak...kat sana ada satu...sini ada satu...'
'Ibu ingat Aeez tak nampak...'
Zaty yang duduk di belakang dengan Fareez bersuara...
'Makcik..dulu zaty ada pergi tengok Thunderbird kat belakang ni...'
'Ohh...zaty pergi eh...?'
'Eiii...bukan lah...Thunderburung...'
'Thunderbirdlah...' aku membetulkannya...
'Aeez tau ler...tapi takmo cakap tu...cakap Thunderburung...'
Malas aku nak bertekak dengan si kecik yang memang susah nak kalah...
Aku terus berbual dgn Zaty...
'Siapa yang bawak Zaty?'
'Ayah bawak...sebab abang ajak ayah...abang kata nak pergi tengok Thunderbird'
'Cakap Thunderburunglah...' Si kecik menyampuk membetulkan cakap Zaty...
'Aeez..biarlah dia nak cakap Thunderbird...memang Thunderbird pun...'
'Tak boleh...!! Cakap Thunderburung....'
Maka aku pun mendengar kecoh kat belakang diantara Aeez & Zaty...
Aeez yang melarang Zaty menyebut Thunderbird...tapi Zaty masih tetap dengan Thunderbirdnya.
'Aeez...biarlah...bisinglah...betul lah dia cakap Thunderbird'
'Tak boleh cakap...kena cakap Thunderburung...'
Geram pulak aku dengan si kecik ni...Aku menjeling ke arahnya semasa berhenti di lampu isyarat...
Aku lihat wajah dia 'blushing'...
Hahahaha....sekarang barulah aku faham kenapa dia tak bagi sebut ThunderBIRD....dia malu...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
14 comments:
thunderBird besau ker thunderBird kecil ??
hik hik hik
mana komen pB tadi ??
thunderBIRD dengan thunderBURUNG tu sama je la aeez. Dua2 takleh terbang... kik..kik..
hmm... tak sangka anak teruna akk boleh malu camtu ngan kawan perempuan dier... hehehe nak imagine muka 'blushing' Aeez, mesti cute kan
nasib baik tak cakap burung petir, or petir burung
eeeiiii!!
eeiiiouuu
mesti comeikan...bile budak2 bercerite...saye pun suke, bile dgr dia org ni bersembang...
mcm ank saye...kadang2 saye pun tumpang sekali bile die bercerite gan kwn2nye tu...
hahaha... anak jantan tiny (2 tawon) panggil BEBIRD @ YUNG!!.. kahkahkah...
Pb...kalau Thunderbird dia kecik....kalau besar Garuda...hahahaha
Comment kadang lambat masuknya...
-----------------
Kak Pah...itu burung terbang duduk...hehehe
-----------------
nuraarin...dia dah pandai malu sekarang...dah besar le katakan...
------------------
Maksu...itu dah direct translation...hehehe
------------------
ainnoraini...memang seronok dgr diorang bercerita ...kadang kita pun tak sangka apa yang ada dalam kepala dioran tu...
-----------------
Tiny...hahaha...samalah tu...
kah kah kah...malu nak sebut hak sendiri rupenya..tetiba saya teringat Nurin masa kecik2 dulu bird untuk boy ladybird utk girl...
kak anie, pangai saperlah yg dia ikut 'tak mo kalah' tu eh..kuang kuang kuang..hiks.
aeez malu ekk.. bird tu pon sama je laa.. heheee..
anie..ni pun..saje je..lagi malu la bujang kecik tu..
wakakaka...come to think of it kenapa dipanggil 'bird' atau 'burung' ya...hmnnn...
Nonie...hehehe...bagus tu...at least bebudak ni malu nak menyebut perkara2 tu di depan orang...
----------------------
idahani...dia ikut perangai ibu dia ler...
Ude selalu cakap...malaslah nak cakap ngan ibu...bila dia tau akak tak mau kalah...
----------------------
Mulan...dia sebut benda tu bird..dia tak sebut burung tu yang tak rasa janggal tu...
---------------------
Kak...anie ni memang suka menyakat...hahaha
--------------------
Mokcik...tulah yang menjadi tandatanya tu...
Post a Comment