Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, May 31, 2010

Taman Botanikal Melaka & Melaka Wonderland

Balik ke Melaka Sabtu lepas...tanpa dirancang.

Cik abang kata dia banyak program ... jadi dia tak balik Shah Alam...

Hari Jumaat...cuti Hari Wesak...ada jiran buat kenduri masuk rumah baru.  Jadi cik abang tak sebut apa2 pun pasal balik ke Melaka.

Malamnya dia call...Sabtu dia tak dapat balik sebab malam ada program...Ahad pun sibuk...

'Anie nak balik tak?'

Bila dia bertanya macam tu...rasanya tak sampai hati nak kata takmo...biar pun penat...aku bersetuju untuk pulang...

'Jom le balik nanti ikut abang ke Taman Botanikal Melaka...boleh bawa anak2 pergi Theme Park...Melaka dah ada Theme Park sekarang...'

'Okaylah...nanti pagi Sabtu anie balik.'

Pagi aku seperti biasanya petang baru sampai Melaka...

Duduk2 beramah mesra dengan mertua.

Malam cik abang pergi mesyuarat...habis mesyuarat dia call aku ajak pi makan asam pedas.

Masa tu dah jam 12 malam...

Anak2 semua belum tidur...kalau dengar masak asam memang masing2 melompat nak ikut.

Kami berempat pun keluar terus ke restoran Asam Pedas di Taman Kota Laksamana...tempat feveret cik abang....




Tempat ni rasanya memang jadi tumpuan...pelanggannya berduyun-duyun...meja makan penuh dengan pelanggan...

Sedang menanti pesanan sampai...hujan mula turun rintik2...kami semua berpindah ke meja di dalam kedai...




Menikmati masakan asam pedas tetel...yg dimasak dalam claypot...tak terasa kesejukan hujan yg turun lebat ketika itu.

Selesai makan...hujan dah mula reda...




Balik ke rumah terus tidur dengan perut kenyang.  Maklumlah dah jam 1 lebih ketika itu.

Paginya...aku awal2 dah bersiap...

Begitu juga anak2...

Jam 9 lebih kami berempat dah kluar dari rumah mertua...

Tempat pertama kami tuju ialah Taman Botanikal Melaka...



Tujuan cik abang bawa kami ke sana ialah untuk mengajak anak2nya menaiki 'Buggy'

Comel sungguh Buggy yang kami naiki...macam kereta Volkswagen...hehehe




Merentasai hutan dan menikmati pemandangan dalam hutan Botanikal itu dengan menaiki Buggy satu pengalaman yang menyeronokkan bagi anak2...



Taman Botanikal ini sedang dibangunkan..masih banyak yang sedang dalam pembinaan...tapi anak2 seronok...



Selesai mengelilingi Hutan Botanikal itu...cik abang menghantar aku dan anak2 ke Melaka Wonderland...Theme Park & Resort.






Theme Park ini baru dibuka...dengan harga tiket RM30 untuk orang Dewasa & RM25 utk kanak2...ianya masih boleh dikira okay....



Mengikut kata cik abang...sepatutnya ada 16 permainan di sana...tapi baru siap 14 sahaja...








Masuk aje ke taman tema itu anak2 dah tak sabar2 nak berendam...

Malangnya jam 1 awan mendung mula berarak...hujan turun dengan lebat...




Semua pengunjung terpaksa keluar dari tempat permainan dan berteduh di Cafe...

Memang buat duit cafe tu...mana taknya...orang dah lapar...selepas berendam.  Kalau duduk dalam kolam tu memang cafe tu kurang pembelinya...




Semasa berteduh...anak2 di Cafe dihiburkan dengan permainan silapmata & pelakon Mimos...

Bila hujan dah reda...taman dibuka semula...

Anak2 berendam sampai jam 3 lebih baru keluar dari kolam dan bersiap2 menanti ayah mereka untuk pulang...

Rasanya lebih berbaloi kalau anak2 dpt berendam sampai petang...tapi kami terpaksa pulang kerana aku dah bercadang untuk bertolak awal dari Melaka untuk balik ke Shah Alam....

Pastinya Taman Tema itu dan Taman Bontanikal akan menjadi destinasi baru anak2 untuk  cuti sekolah penggal ini...





Dah terdampar di Wave Pool setelah penat bermain...Masa utk pulanggg...!!!



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

7 comments:

ibundo said...

salam. macam best je ni. kakpah dengan famili lum pegi lagi taman botanikal ni. kat mana? ayer keroh ke..

Kaktiny said...

uish.. tak penah lagi pekena asam pedas claypot tuh.. pon tak penah lagik pegi taman botanikal tuh..
buleh dijadikan next destinasi percutian keluarga nih.. (asyik makan ikan bakar jer, tingin gak nk kena asam pedas melaka nih... hihihi).

myQza said...

lom pergi lagi kat thme park tu. nak pergi kena hari biasa. tak ramai!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

menarik2... paling tak tahan baca asam pedas tetel claypot. kul 12 mlm pun masih dibuka ya.. nak kena cari tu kalau gi melaka..

aNIe said...

Kak Pah...Taman botanikal tu...nanti ada Kampung Buku...macam2 ada...kat Ayer Keroh kak...dulu namanya Taman Rekreasi...siap ada trak jogging...

---------------------

Tiny...memang sedap...asam pedasnya sampai panas2...selain asam pedas...masih ada makanan lain di sana....

Kat Taman Kota Laksamana...dekat Asam Pedas Hajjah Morna...tapi dia sebelum sampai kedai Hajjah Morna tu...memang ramai...tapi kerusi meja dia banyak

--------------------

tEDl...memang kalau pergi hari cuti ramai...tapi hari tu akak pergi pun tak ramai sangat...sebab mungkin belum penuh lagi taman permainannya...

--------------------

Sari Yusa...buka sampai 2-3 pagi kot...cuma takut kalau malam sagt ikan kembung dah abis...hari tu akak tak dpt makan ikan kembong...

Kopi Suam said...

syiokkknyer kak ani...akan masuk agenda saya bila balik kg lepas ni..dua2 sekali saya nak pegi heheh hehe

Mak Su said...

wah.... bestnyer kak, gi main-main air :)

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails