Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, May 10, 2010

Sambutan Hari Ibu di Melaka...

Sabtu lepas...berangan nak bertolak pagi dari Melaka...tapi seperti biasa...pagi aku dah jadi tengahari.

Setelah mendapat tahu majlis kenduri arwah tersebut adalah pada waktu selepas asar...lagi lah aku ni terhegeh2 kat rumah lagi biarpun dah jam 12 tengahari.

Orang kata...begitu begini...jam 1 lebih baru aku bertolak dari rumah.

Masa memandu tu baru aku teringat yang aku ni akan mengalami masalah mengantuk bila memandu pada waktu tengahai...alamak...camaner ni...yang ada dengan aku cuma si kecik aku ni...boleh ke di harap untuk membuatkan mata aku celik?

Tiba di Petronas...aku berhenti membeli air istonik untuk tenaga...

Betul tekaan aku...baru sampai Seremban...mata aku dah tak tahan...dalam hati bekata2 nak berhenti ke idak...?

Masa aku cakap mata aku ngantuk giler...dah macam nak lelap...si kecik terus pergi ke tempat duduk belakang driver dan mengurut tengkok dan bahu aku...

Hmmm....sedapnya...terus mata aku terbuka semula.

Tapi sampai aje di hentian sebelah Senawang...taktik tu dah tak boleh pakai lagik...aku terpaksa memberhentikan kereta di sana sekejap untuk melelapkan mata barang 10 minit.

Bila alarm berbunyi 2.30...aku terjaga dan pergi membeli sedikit buah dan keropok untuk dikunyah dan meneruskan perjalanan.

Sampai rumah ibu mertuaku dah hampir jam 4 petang.

Berehat sebentar terus ke majlis kenduri arwah makngah....

Malamnya pula...aku...MIL dan adik ipar ku ke Jusco Peringgit...membeli belah sambil mencuci mata.


Dari entrance di Jusco Melaka


Di Jusco...MIL berkerusi roda...pd usia skrg dia tak kuat lagi untuk berjalan jauh...

Keesokan harinya...setelah mengucapkan 'SELAMAT HARI IBU' untuk mertua...aku dan adik ipar berbincang untuk mengadakan majlis untuk MIL...

Bercadang untuk menyambutnya di Pantai Puteri...kami bertiga iaitu aku...adik ipar aku J...dan biras aku Zilah...terus ke tempat2 yang perlu untuk membeli apa yang patut.

Mula2 kami ke Tong Hup Kampung Hulu...kemudian ke Mydin Melaka Sentral dan akhir sekali di Jusco.



Singgah di Butik Sembonia...membeli beg tangan untuk MIL...kemudian ke Secret Recipe membeli brownies...dan akhir sekali ke KFC untuk membeli ayam goreng 2 barrel....





Malangnya cadangan untuk ke Pantai Puteri terpaksa dibatalkan kerana hujan renyai yang turun tanpa henti membuatkan kami membatalkannya.

Semua keluarga ipar sampai di rumah mertua dlm jam 3 ptg...

Bermula dengan bacaan doa...menyampai hadiah buat mertua yang dilakukan oleh cik abang aku selaku anak yang sulong...dan selepas itu masing2 bergilir2 mengucapkan selamat buat MIL..



Satu dari Brownies yang dibeli

KFC...rebutan anak2...

Bee Hoo goreng yang sedap walaupun tak cantik ...

MIL merasa amat terharu...maklumlah diusia itu...dia bahagia melihat anak2 menantu bergembira bersama.


Bersama adik ipar J yang menjaganya...

Bagi aku...semalam adalah sambutan Hari Ibu yang paling meriah.

Bukan sahaja ada acara makan2...anak2 cucu2 dan menantu...meriah berpoco2 di ruang tamu rumah...habis berpoco2...mereka ber'Chicken Dance' pula...kemudian disambung dengan acara cucu2 yang menyanyi secara miming dengan gaya tersendiri...menghiburkan nenek mereka.



Bersama sebahagian cucu2nya...

Bersama anak perempuan dan menantu2

Hampir jam 6 petang barulah segalanya reda...masing2 dah keletihan...anak2 pun dah kepenatan...

Aku bertolak balik ke Shah Alam jam 6.45ptg...sepanjang jalan aku tersenyum sendiri mengingati gelagat adik2 ipar...anak2...dan biras2 yang betul2 enjoy dengan sambutan semalam...bermacam2 gelagat dan gaya mereka yang menghiburkan hati....

Semoga semalam akan terus menjadi kenangan indah buat mertua ku....





...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

13 comments:

sI tEDI said...

salam kakanie,

mmg terpancar kebahgian di wajah MIL akak. anak menantu pun ceria semua, Syukur.

semalam ke rancang nak ke pantai puteri?
hujan renyai separ lebatkan kak> dalam hujan2 saya terpakse drive ke tg agas bersebelahan kuala linggi hadir majlis perkahwinan.

rancang mahu terus ke PD berkelah. hujan. bawa budak2 lagi. balik je lah jawabnya. tapi singgah kat kg di tg bidara. lepak sekejap. hujan teduh

untuk tidak hampakan budak2 yg dah siap bawak pelampung segala, berkelah kat pantau TG bidara jek.

Selamat hari ibu kak!

Zareda Norman said...

kak anie

meriahs ambutan hari ibu akak dengan keluarga mertua ek...

kami adik beradik tak dpt sambut hari Ibu may be balik secara berjemaah hujung bulan ni kot...

pB said...

seronok nya.......

jalilah_jy said...

salam kak anie...
sukee nyee ilah tengok kemesraan dlm keluarga akak ni... mak mentua ilah dah tak de pd nov thn 2006... arwah amat rapat dan mesra dgn ilah.. semua masalah dia akan kongsi dgn ilah...
jauh beza dgn ibu kandung sdri.. maklum la nenek adalah ibu ilah...pun dah arwah pada 1993..
ilah dpt hadiah dari anak2 malam semalam.. dia org tutup lampu dan buat suprise dlm bilik ilah terkejut ilah...kelakau betoi dak2 tuuu...sebelum tu kami dinner kat luar sambut kejyaan PMR 8a anak no 3 ilah... 2in 1 laaaa hehe..

kak Erna said...

salam anie..tengok gambar aje pun dah tau kemeriahanya...semoga kebahagian berkekalan anie..

Kak Anie said...

tEDl...tulah akak ad baca kat blog tEDl...hehehe ...tapi dptlah jugak berkelah kan...memang semalam hujan renyai dari tengahari sampai petang...tu yang batalkan terus untuk ke pantai...takut nanti masa sedang celebrate hujan tiba2 lebat...

------------------

Zareda...akak menyambut hari ibu tanpa anak2 akak...yang ada bersama akak cuma Fareez je...yang lain kat shah alam...

Tak kesahlah bila untuk menyambutnya...yang pasti tiap kali bersama ibu kita dpt memberikan dia layanan yang terbaik kan?

-------------------

PB...seronok berpoco2 hingga berpeluh2...

--------------------

Ilah...pasti seronok dpt celebrate 2 in 1...yang bestnya anak2 pandai aje buat surprise untuk ibu2 mereka..

Ilah tentu bangga dengan mereka kan?

Tahniah juga buat anak ilah dgn kejayaannya...

-----------------

Kak...memang seronok...semoga kebahgiaan itu akan berkekalan...terima kasih kak

iina said...

Wah kak meriahnya sambutan hari ibu kat melaka.. yelah hari ibu kita sambut hari2.. tapi sekali sekala sambut meriah csikit memang seronok ;)

kak ina kl said...

amboi meriahnya..ina cuba juga call kamu sebab ina pun ada kat melaka..tapi tak apalah...masing-masing sibuk dgn urusan ek.

aNIe said...

iina...memang meriah...anak2 pun enjoy...sesekali nak bergembira...

ina kl...ye ke ina ada call...anie tak dpt kot...lagi pun kalau balik kampung selalunya handbag dlm bilik...hehehe..tak dengar...

Takpelah...len kali kalau tak busy kita balik Melaka sesama boleh ler kita pi makan tempat yg sedap2 ye...

zino said...

selamat hari ibu..

tunbegia said...

sungguh bahagia kanns,

salamm n thanx singgah ke blog haku yang xde apa2 tuh,

KAKTINY said...

kak.. tiny pegi melaka gaks..
pegi layan ikan bakar kat umbai-pernu...
pegi naik river water cruise..
pegi makan kt secret receipi..
lepak kat chalet d'village resort.. (itu jer hotel yg ada.. fully book semua kat area tuh... huhuhu... rupanya ada sukma eh.. patut bilik semua penuh!!)..

aNIe said...

Zino...terima kasih...

TB...memang bahagia...sesekali dtg melawat kawan blog...nak menyinggah hari2 tak berkesempatan...dan terima kasih TB kerana singgah ke mari...

Tiny...awak buat akak jeles tau...kita tak naik lagi river cruise tu...

Sukma mula bulan 6 kan? belum start lagik...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails