Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, May 19, 2010

Sambutan Hari Guru...Aku Selalunya Jadi Pening...



Semalam...sambutan Hari Guru di sekolah rendah Aeez...

Dah selesai dah pening kepala aku.

Mau tak pening...dah malam...segala kedai dah tutup ...baru dia nak ajak aku pergi beli barang untuk dihadiahkan pada guru kelasnya.

Nasib baik ada simpanan mug dari tahun lepas yang tak sempat diberikan pada guru kelasnya yang sudah cuti bersalin...maka itulah yang aku siapkan untuk hadiah guru kelasnya.

Dah siap masuk kotak...kerenah mencari kertas balut hadiah pula.  Ada saki baki kertas hadiah yang aku simpan...tak mau pulak dia.  Katanya ada gambar 'baby'...ini hari guru bukan nak bagi hadiah guru dia bersalin...

Adoi...!!...Cari punya cari...jumpa juga kertas balut hadiah yang sesuai untuk dia.

Selesai sudah melayan kerenahnya untuk Hari Guru sekolah rendahnya...

Jumaat ni pulak...sambutan Hari Guru di Sekolah Agama dia pulak.

Kali ini aku dah tau awal sebab aku baca memo yang diberi oleh Guru Besar sekolah agamanya.

Awal2 dia dah tanya...hadiah apa nak diberikan pada guru kelasnya..

Aku ajak dia ke Giant untuk beli barang...tapi dia dah berkenan dengan mug2 yang dilihat di kedai MyMydin berdekatan sekolahnya.

Semasa kat Mydin tu...dia dah lihat mug yang cantik...siap dengan corak zodiak...murah aje...tapi cantik.

Bila dia tau murah...dia dah berangan2 nak belikan untuk 2-3 orang ustazahnya...Ehhh!! Budak ini...kalau boleh satu sekolah dia nak bagi...

Malam tadi dia dah survey kat FB dia...pergi ke profile ustazah2nya mencari zodiak mereka.  Hari ini dah pesan...malam nanti masa pergi ambil Farhan...bawak duit banyak2...dia nak beli macam2.  Dia ingat ibu dia ni cap duit ke? 

Sekarang ni dia suruh aku fikir pulak...apa hadiah yang dia nak beri pada Ustaz Guru Besar sekolah agama dia...bila aku kata bagilah mug juga..dia kata bagi lah benda lain...sebab ini hadiah untuk lelaki...bagi yang sportive...fenin aku dah...!!

Dulu anak2 aku yang lain tak kecoh macam dia masa Hari Guru...diorang pandai aje cari...beli & balut sendiri...tapi yang kecik ni...bikin aku fenin lah...!!





...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

~ yus ~ said...

Haha..kesian akak fenin dng Aeez. Budak2 skrg ni mmg bersemangat bg cikgu-cikgu dia hadiah yer kak. Kita suruh pilih seorang dua yg dia paling suka, tak nak pula tu, nak bg semua mmg fening ler...Aqil belum start mcm tu, tp last monday lepas sambutan hari guru di sekolahnya, dia dah siap pesan, tahun depan, nak bg semua cikgulah ibu..tak best ler sorang jer..huhu.

idahani said...

kak anie,

ida pun sama gak..menggagau nak carik hadiah utk cikgu..masa mother's day takdelak cikgu2 nie soh anak2 murid bg hadiah kat mak ke apa ke..bukan pening dah..membakau..

tunbegia said...

sungguh fenin budak2 sekolah,

salamm,

ainnoraini said...

same la kite..kak anie,carikan hadiah untuk cikgunye..ada 4 org anak,mcm2 ragam nk memilih hadiahnye...saye bukan pening lagi kak anie...migrain jadinye...

Kak anie said...

Yus..tulah pasal...diorang bukan main gigih memberi hadiah pada guru2 diorang...dulu kita tak pandai tu semua

----------------------

Ida...hahahha...tulah pasal...diorang kalau boleh sampai cikgu besar pun nak bagi...adoiyai...

---------------------

Tb...kita dulu2 taklah peningkan pala mak kita camni...hehehe...paling2 tidak pun kita buat nakal...tu aje...

---------------------

ainnoraini...4 orang...alamak...memang migrain...kalau akak sorang pun tak menahan...hahaha

Mak Su said...

sekarang ni, saya selamat dah... anak2 dah besar :)

kakpah said...

haha.. sebenarnya cikgu pun tak mintak paper. Bebudak ni je pandai nak nyusahkan mak2 dia hehe..
aulad nak buat jamuan jumaat ni. kakpah siap pesan dengan makbapa tak payah susah2 belikan hadiah.

Dunia Ku said...

kak anie sama ler midah lg 5 org nk dilayan..yg dh besar tu ok lg tp yg adik tu cam2 tp bila abg2 x kisah dia pon ok..x perlu fenin...fenin...

dlt said...

kak lady, smlm pun anak saya dah cakap nak bagi hadiah kat cikgu... teacher's day... adoi laa... mak yang fenin...

kak anie said...

Maksu...yang besar ni lain pulak pening dia kan...hehehe

-------------------

Kak Pah...memang pun...semalam dia siap tanya Ustaz nak apa...Ustaz dia kata...bagi lah apa2...ustaz dia menghargai apa aje...kalau tak bagi pun tak apa...bebudak ni memang camtu tu...excited nak menunjukkan sayang mereka pada cikgu mereka...

--------------------

Midah...akak yang sorang ni aje banyak cekadaknya...

-------------------

dlt...kalau diorang tak banyak songeh senang aje ...kita tak pening...yang pening yang banyak songeh ni...nak ikut cara dia je...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails