Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU...



SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA PENDIDIK DAN GURU-GURU  di seluruh Malaysia...semoga akan terus mendidik anak bangsa tanpa mengenal bangsa...agama...penat...dan dengan penuh dedikasi...

Anda semua bagai obor yang membakar diri untuk menerangi kehidupan insan lain.

Apa yang membuat kamu bangga adalah kejayaan anak2 murid yang telah kamu didik...

Jasamu...terus akan dikenang...

Entry di bawah ini adalah entry recylce...sebab kalau aku nak tulis ttg guru2 ku...pasti ianya sama sahaja seperti yang telah aku tulis dahulu....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Entry ini khas buat semua guru-guru dan pendidik yang telah mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi dan tidak pernah kenal erti jemu. Sanjungan dan penghormatan yang tidak terhingga pada mereka yang telah mengorbankan masa dan tenaga demi untuk melihat anak anak didikan mereka berjaya dalam hidup. Tidak kira di mana mereka berada....sekalung tahniah buat mereka yang telah membuktikan bahawa gelaran cikgu, guru, pendidik atau pun pensyarah yang mereka sandang adalah satu kerjaya mulia...

Walaupun usia aku kini telah melangkau usia 40an....namun masih lagi terdapat beberapa nama guru-guru yang masih tidak dapat aku lupakan hingga kini....


...Kak Long ku ...seorang guru di sebuah sekolah menengah di Seremban yang telah menjadi pendidik sejak dari tahun 80an hingga sekarang.


...Mrs. Ngooi Ee How....guru besar ketika aku masih di sekolah rendah (MGPS 2).... kerana Mrs Ngooi bagi aku ialah seorang guru yang berhati mulia. Ketika bersekolah rendah aku tergolong dalam kategori murid-murid miskin...dan Mrs Ngooi telah menyediakan satu tin besar biskut di pejabatnya untuk murid-murid yang tidak bersarapan di kantin...dan pejabatnyalah yang menjadi kunjungan aku setiap kali waktu rehat. Kami akan mengambil seberapa banyak biskut yang boleh dimakan... selalunya 5 keping biskut Marie dan itulah sarapanku tiap kali jika aku tidak membawa wang ke sekolah.


...Mrs. Kiru Kanapathy...guru Tingkatan 1 di MGSS yang pernah aku ceritakan dulu. Guru yang telah menggunakan duitnya sendiri untuk membayarkan yuran bulanan sekolahku kerana ketika itu keluarga kami tidak berkemampuan untuk membayar yuran bulanan walaupun ketika itu cuma RM9.00 sebulan.


...Ustazah Mariam...guru agama aku yang masih tidak aku lupakan. Ketika masih mengajar di MGS dahulu ustazah Mariam tinggal di Duyong...tapi sekarang aku tak tak di mana perginya Ustazah ini. Ustazah Mariamlah yang telah membimbing dan membawa aku ke sana ke mari untuk pertandingan Tafsir Al Quran hingga aku berjaya menjadi Naib Johan negeri Melaka dan Naib Johan zon selatan dalam Tafsir Quran Belia 4B.


...Mr. Chan...guru muda yang mengajar kami Additional Maths ketika di tingkatan 4...aku ingat dia lagik sebab dia comel sgt....


...Mr. Ng...guru muda Biologi yang ditugaskan mengajar di sekolah kami dan akan menggeletar dan tergagap-gagap hingga keluar peluh dingin setiap kali masuk ke kelas 4 Sains 3...hehehe ...sebab kitorang semua nakal2 ketika tu...


...Mrs. Tan Eng Lock...guru Geografi yang terkenal dengan rambut wet looknya...setiap kali datang sekolah Mrs. Tan sering menjadi tumpuan kerana dia nampak kemas dan cantik...rambutnya macam orang baru lepas mandi...


...Mr. Kong....guru fizik yang garang dan juga jurulatih hoki kami yang suka memakai baju & seluar serba putih dengan underwear polka dot hitam...hahahaha....


...Puan Zaitun...guru yang mengajar aku bermain netball....guru ni kecik dan comel aje...cantik...


...Ustaz Pardon...guru lelaki yang mengajar aku mata pelajaran agama di Tingkatan 4 & 5 ...ustaz yang telah menghukum aku dihadapan rakan2 sekelas yang bagai nak pecah perut mentertawakan aku atas sebab terlewat (aku pergi makan2 & bersantai2 di kantin ....)


dan....

guru yang seterusnya aku ingati ialah seorang guru lelaki yang kami panggil MD (nama sebenar dirahsiakan...heheheh). Kalau guru-guru di atas aku kenang dan ingati kerana jasa baik mereka...tapi MD aku ingati kerana sikapnya yang buruk.


MD adalah seorang guru lelaki yang telah ditukarkan ke sekolah kami kerana di buang dari sekolah lama di mana dia didapati bersalah membaling seorang murid dengan 'duster' papan hitam hingga luka. Ketika mengajar di kelas kami dia selalu bersikap panas baran dan aku serta kawan sekelas sering menjadi sasaran tengking herdiknya. Suaranya kalau menengking hingga ke tingkat bawah boleh didengar. Kami begitu takut dengan dia...setiap kali tiba giliran dia mengajar...rasa macam nak terkencing pun ada.

Dia mengajar kami mata pelajaran geografi dan bahasa...sayangnya banyak topik2 yang tidak diajar. Oleh sebab itu sebelum peperiksaan Mrs. Tan guru Tingkatan kami telah membantu kami dengan mengajar topik2 yang tidak diajarnya. Apabila dia mengetahui kami meminta Mrs. Tan membantu kami...maka kami dijadikan sasaran melepaskan kemarahannya. Dan satu hari...disebabkan terlalu banyak komplen yang diterima dari guru-guru yang lain...dia ditukarkan ke sekolah lain sekali lagi.


Tahun berikutnya dia telah ditugaskan menjadi pemeriksa untuk ujian lisan SPM di sekolah kami....dan kasihan pada kakak2 senior kami yang ramai digagalkan.....kerana dendam kesumatnya yang tidak mengenal erti tanggungjawab. Dia adalah antara guru yang telah merosakkan nama institusi perguruan yang begitu mulia...


Terima kasih sekali lagi cikgu walau di mana kamu berada....jasamu akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat....

Mungkin ada juga kebanyakan guru2 ku telah pun pulang kerahmatullah....Al-Fatihah pada yang telah pergi...


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

8 comments:

Mulan said...

moga semua nya berjaya di dunia akhirat..

sekadar satu coretan said...

wah!! bagusnye kak anie, msih ingat semua guru.jasa guru begitu bsr tiada tanginganye..
kalau saya la kak anie...alam persekolahan adalah saat yg palinggg..indah, saye tak akan melupakan saat2 manis tu..rase mcm nk je blik zaman tu...

Abang Long said...

Kak aNIe pernah terfikir nak jadi cikgu tak ? :)

Unknown said...

wah ingat lagi nama cikgu ek..

dashyat penangan kamu...sampai dapat sepuluh..wowww bestnya

Sufi Asri said...

biasalah.. anak murid cikgu.. wahaahhaa...

selamat hari guru =)

Kak anie said...

Mulan...ameen...

Ainnoraini...cikgu2 tu selalu menjadi sebutan...ingat jasa mereka sampai sekarang...

Abang long...itu cita-cita tak kesampaian...huhuhu...suka jadi cikgu sebab anak2 murid sayang

ina...hehehe...cikgu tu semua baik2...ada yang kita ingat kerana sikap mereka...

Roronoa zoro...hehehe...yelah...orang anak bapak...kita anak murid cikgu...hehehe

Helena said...

wah.... u ingat yer semua2 cikgu tu... salute la....

Ozone1505 said...

Best gak kan jadi guru tapi tulah kena banyak tahan sabar dgn karenah pelajar.. Miss my teacher

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails