Melihat pada tajuk Cerekarama Sabtu lepas...aku tak berapa paham maksudnya...
Tapi disebabkan pelakon2 utamanya adalah pelakon2 yang aku suka...iaitu Emelda Rosmila...(suka sgt dia ni...comel dan cantik) ...Zul huzaimy...(pelakon lelaki yang sering berjaya membawa watak jahat dengan berkesan)
Seperti yang aku katakan...aku penggemar drama Melayu...dan slot Cerekarama memang sering aku nanti2kan.
Aku tak pandai mengulas sesebuah drama...atau filem...aku cuma menonton...dan sering menjadikan kisah yang baik sebagai tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.
Dosa Serupa mengisahkan tentang seorang lelaki dari keluarga yang kaya, Najmi (lakonan Zul Huzaimy) yang mengahwini seorang gadis dari golongan sederhana Suraya ... tanpa relanya.
Disebabkan berkahwin tanpa kerelaannya dia kemudian mengahwini gadis pilihan hatinya pula iaitu Yasmin dan Suraya diperlakukan tidak sepatutnya sebagai isteri...begitu juga dengan ibu mertuanya.yang hidup bagai orang gaji dirumahnya.
Sikap kejinya itu diperhatikan oleh anak2nya...sehingga anak laki2nya membenci ayahnya sendiri kerana melihat bagaimana ayahnya menengking herdik neneknya.
Berbagai konflik yang berlaku...sehinggalah...mertua... isteri pertamanya Suraya dan anak perempuannya meninggal...dan tinggallah anak lelakinya itu dibesarkan oleh ayahnya bersama ibu tirinya.
Anak lelaki tersebut membesar menjadi anak yang terus menerus membenci dan langsung tidak menghiraukan ayahnya sehingga ke hari ayahnya meninggal.
Dipendekkan cerita..apabila dia melalui saat tuanya...
dia juga mengalami nasib yang serupa dengan ayahnya Najmi.
Anak2 juga tidak menghiraukannya....
dia juga mengalami nasib yang serupa dengan ayahnya Najmi.
Anak2 juga tidak menghiraukannya....
Kesimpulannya...walau bagaimana jahat sekali pun ayah dan ibu kita...janganlah kita membenci mereka dan janganlah kita membuang mereka dari hidup kita. Jasa mereka melahirkan dan membesarkan kita tidak akan dapat kita balas dengan apa jua sekalipun.
Ibu mertua atau ayah mertua...biarpun mereka hanya mertua kita...tapi taraf mereka sama dengan ayah dan ibu kita...jadi janganlah kita menyisihkan mereka setelah anak mereka kita kahwini...
Apa yang kita lakukan pada mereka nanti akan dibalas ALLAH dengan cara yang serupa.
Itulah yang dimaksudkan dengan tajuk Dosa Serupa...disebabkan kebenciannya pada ayahnya...dia juga telah melakukan dosa yang serupa dgn apa yang dilakukan oleh ayahnya sendiri....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
12 comments:
x dpt tgk la kak anie..klo blh repeat kan bagus..
betul kak.. pepatah Inggeris kata "What Goes Around, Comes Around".. "What You Give, You Get Back" (eh, tu mcm tajuk lagu omputih plaks.. hihihi)..
tapi, mmg la kan kak.. buat jahat tetap balasannya kejahatan.. buat baik, balasannya kebaikan.. itu janji Allah.. ada dlm Al-Quran pun..
Saya sempat tengok tajuk aje tapi tak tengok sebab keletihan , drama macam ni bagus ditonton untuk dijadikan pengajran buat kita .
kak anie, thx for sharing kot tak mang saya tak tau..asik2 kena ikut org dok lyn rancangan sukan takpun kartun..sib baik ada internet, leh gak lyn fb n blog..huhu
Anggun...selalunya cerekarama tu takdeulangan
Tiny...betul tu...apa yang kita lakukan pada mak atau ayah kita atau siapa aje...pasti satu hari nanti kita dpt balasannya
Rina...akak memang suka tengok drama yang ada pengajaran...
Idahani...kat rumah ni kalau malam aje memang masa akak pegang remote...hehehe...diorang tak leh kaco
tapikan kak anie, psoalannya.. jeng3, adakah dulu mak mrtuanya pun pnah buat mcm tu kat nenek mertua (mak- mak mrtuanya) Najmi?? hehe.. saja sakat kak anie.
Tapi ceritanya tak klise lah, ada kelainan sikit psl ada 2 org tua yg tbiar. Mula tu sy ingat knp lak dia tuka pelakon.. rupa2nya anknya yg dah tua..
Sari Yusa...tulah...dia tak ceritakan apa2 tentang anak Najmi tu kan...dan bagaimana pulak keadaan keluarganya dan kenapa dia terbiar...
Mak mertua tu mungkin diuji ALLAH...sebab kadang orang yang disayangi akan sentiasa diuji
anie..akak tengok juga..tak puas hati betul..suraya dimatikan watak..dengan mak2 nya sekali..
janrang sangat tengok cerekarama ni.. so tak tau nak komen apa hehe
kalau cerekarama yang ada unsur pengajaran memang suka nengok..naper i tak tertengok cite ni ek...ooo...malam tu pi rumah MIL celebrate besday dia...
teladan buat kita semua di dunia realiti ini
Baru je tv3 ulang siar cerita ni tadi. Selepas 10 tahun
Post a Comment