Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, May 4, 2010

Kami Berbeza...

Entry ini pernah aku postkan pada blog lama aku siapa yang sudah mengikuti blog aku lama dulu pasti sudah membacanya...aku recycle balik sebab aku teringin untuk berkongsi dgn mereka yang baru membaca blog aku...lagi pun mungkin 1-2 hari ni aku sibuk..tak sempat nak buat entry...hehehe

--------------------------------------------------------




Kami...aku dan hubby...memang banyak berbeza.

Seperti yang selalu aku dengar...kata-kata Dato Dr. Fadilah Kamsah...bahawa lelaki dan perempuan memang dijadikan tidak serupa dan tidak sempurna...maka kita disatukan untuk melengkapi satu sama lain.

Dulu aku selalu berfikir kenapalah sikap aku dan hubby berbeza ...kenapa citarasa aku dan dia tidak sama...kenapa Allah menemukan aku dengan orang yang jauh beza sikap dan perangai. Rupa-rupanya bila sudah hidup bertahun-tahun bersama barulah aku tau...bahawa ruang ketidak sempurnaan antara kami itu mengambil masa bertahun tahun untuk disempurnakan...dan menjadikan hidup kami lebih bermakna dan 'interesting'. Tahun2 yang di lalui bersama untuk membaiki ketidaksempurnaan itu penuh dengan cerita-cerita yang tak mungkin dapat dilupakan. Bayangkanlah kalau kami ni semuanya sama...maka aku rasa lama-kelamaan perasaan bosan akan mengetuk pintu hati.

Aku....peramah...suka berbual..suka berjenaka...& suka bercerita...

tapi hubby...pendiam...jarang berbual...kadang takde sense of humour & bercerita bila ade mood...

Disebabkan aku ni memang suka berbual, maka kadang dalam kereta aku saja yang bercakap...hubby di sebelah...hek pun takde...hok pun takde...dan aku akan cakap...

'Malas lah nak cakap ngan abang dari tadi anie ade pek pok pek pok sensorang....takde respon langsung...baik anie tido...'

'Eh! cakap aje lah...abang dengar ni'

'Eiii...geram tau...baik tido...' terus melelapkan mata...

'Kalau nak tido...tidolah....'

Kalau aku menceritakan cerita lawak padanya...puaslah aku ni bercerita dengan dia siap dengan eksyen sekali...tapi dia buat derk aje...last2 anak2 aku yang ketawa...bukan ketawakan lawak aku...tapi ketawakan aku yang macam badut...buat lawak penonton tak ketawa....

Aku...penyabar...tak suka marah-marah...sentiasa tenang dalam apa jua keadaan....

tapi hubby...garang...cepat hilang sabar...cepat melenting dan kadang kelam kabut bertindak bila keadaan terdesak.

Disebabkan sikap hubby yang cepat melentinglah kadang anak2 menjadi takut untuk bercakap dengannya walaupun sesuatu perkara itu perlu. Maka akulah yang selalu menjadi tempat anak2 mencurahkan segala masalah ...dan tempat untuk meminta wang...dari ayah mereka...macam jadi orang tengah lah...heheheh....tapi lama kelamaan berkat nasihat dan pujukan aku...kini hubby dah lebih tenang dan tak mudah marah tak tentu arah...serta lebih banyak bersabar....

Aku...suka pergi jenjalan...pergi shopping...boros...susah nak simpan duit...

tapi hubby aku...family type...kalau cuti suka baring-baring kat rumah...suka golek2 tengok tv...tak suka bershopping yang tak membawa faedah...tak boros...dan pandai menyimpan....

Kadang-kadang aku jadi merajuk tak dapat beli apa yang aku nak sebab hubby kata mahal...tak berbaloi nak beli. Jarang nak ajak kami jenjalan...tu sebab masa hubby memula pergi Jeddah dulu aku bagai kuda lepas kandang dengan anak2...sekarang dah tak camtu lagi...dah tenang dah...heheheh....

Pernah anakku Farhan berkata...

'Ayah ni cuti bukan nak ajak kita jenjalan....asyik tido aje....nanti petang mesti ayah cakap...jom kita pegi Giant...kejap2 pegi Giant...beli barang dapur...boring betul...'

'Tak baik cakap camtu...ade orang...nak pi Giant pun tak dapat tau...
Masa Aeez kecik dia pun pandai cakap...'Alarrr...nak gi Giant lagi...boing arrr....'

Aku...suka menonton ...suka mendengar apa jua lagu termasuklah lagu2 terkini ...menyanyi dengan anak2..

tapi hubby....tak suka sgt menonton...tak suka dengan lagu2 sekarang...cuma minat lagu2 60an, Lagu2 M.Nasir & Ramli Sarip serta Kopratasa...paling dia minat D'lloyd....

Pasal tulah anak2 aku sampai naik pekak telinga mendengar lagu d'lloyd dari S.Alam ke Melaka & dari Melaka ke Shah Alam...tak henti2 dalam kereta. Nasib baik aku ade untuk tukarkan lagu sebab Huda dah berkali-kali mencuit aku dari belakang...mintak tukar lagu...

Aku yang berkahwin dengan hubby ketika itu masih bersikap keanak-anakan....

tapi hubby ketika kawin dengan aku dia dah matang...matang oleh keadaan kerana ayah yang telah meninggal dan dia pula merupakan anak yang sulong.

Cubalah bayangkan...kalau aku dan hubby sama-sama peramah...suka bercerita...suka berbual...saper pulak yang mendengar bila sorang tu bercerita kan?

Kalau aku dan suami aku pulak sama-sama boros ...suka bershopping...suka jenjalan...apalah nak jadi agakya dengan hidup kami kalau tak ade yang pandai menyimpan...?

Kalau aku dan suami sama-sama suka menyanyi...suka berhibur...tak taulah agaknya kami dah tubuhkan kumpulan duet macam Nurul & Ajai...tapi version sumbang...hahahah...

Kalau aku dan suami sama-sama tak matang ketika masih berumahtangga dulu...ntah siapalah yang nak membimbing kami untuk menjalani hidup berumahtangga....

Kalau aku dan hubby sama-sama cepat melenting...cepat hilang sabar...kemana agaknya anak2 akan mengadu nasib & masalah mereka.....

Banyak lagi perkara-perkara yang bertentangan antara kami...antaranya...makanan...hubby tak suka makan ikan sungai...tapi aku suka...tapi lama-kelamaan hubby dah pandai belajar makan dan kini dia memang peminat ikan keli & ikan sepat. Hobi...dia memang minat bola, politik dan sukan...sedangkan aku langsung tak minat tu semua...tapi lama kelamaan aku dah boleh masuk dalam dunia dia....dan ianya menarik hatiku kerana segalanya adalah baru bagi aku.


Jadi bagi mereka yang baru mendirikan rumahtangga...masa 1-5 tahun bersama itu adalah diibaratkan seperti tahun suaikenal...banyak perkara yang perlu kita ketahui tentang pasangan yang telah pun duduk sebumbumg...tidur sebantal dengan kita. Jangan pernah mengeluh andai banyak perkara yang kita ketahui tentang dia yang bertentangan dengan kita ...ambil masa dan cuba perbaiki serta ambil langkah untuk mengurangkan jurang perbezaan tersebut. Kerana satu hari nanti...bila rumahtangga kita dah menjangkau 1/4 abad...maka baru kita akan tau..kenapa Allah temukan kita dengan orang yang amat berbeza karektornya dengan kita.





...

 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

17 comments:

Memey Anuar said...

kak anie, setuju sgt.
kalau dah 2 2 sama, xyah ada kawan/keluarga lain la sbb semuanya bleh buat bersama smpi xde ruang utk diri sendiri plak nnt kan :)

MOKCIK AZWA said...

Apa yang bisa mokcik katakan...Kak anie kita serupaaaa....lalalala

bezanya...hubby suka makan ikan sungai, mokcik kurengg sikit sebab ikan tu banyak tulang hehehe..tapi kalau ikan keli...sama2 sukerr...

Mak Su said...

betul kak, saya sokong. saling melengkapi, 5 tahun pertama is suaikenal

ainnoraini said...

saya gan hby kenal tak lame,6bln jer pastu terus menikah... alhamdulilah, so far dia ok...tapi yg byk bercerita saye le... tapi bile saye tak membebel susah hati pulak dia....

Daleela said...

betulla..huhuuhh

fmunyraz said...

bagos sgt!
pedoman utk hari mendatanng:)

Syafrizal said...

Melenting dan panas baran adalah tanda angin dalam badan yang banyak iaitu angin emosi serta kolesterol yang tinggi. Boleh dirawat untuk kesejahteraan keluarga. Insya Allah. Siapa tak nak keluarga yang bahagia. Semua orang nak.

JAI said...

Oooo..nielah rahsia kak anie kut..kekal selamanya..ahaks..

leeya said...

salam..

akakku sayang..huhu..sungguh bermakna dan membantu entry ni untuk saya..hehehehe..

mmg berbeza itu yg byk menariknya.. :)

Zareda Norman said...

setuju dengan kak ani.. zar pernah baca, pasangan yangs elelu bertelingkah tu akan kekal lama sebab mereka meluahkan perasaan compare dengan pasangan yg kurang bergaduh tapi jgn lepas ni korangs emua nak bercekau aje.. hehehhe

perbezaan ketara zar dan cik hubby.. dia suka wat lawak bodo dan zar suka ketawakan dia instead of lawak yang dia buat.. hahahhah

kak ina kl said...

memang betul..ina dgn hb pun berbeza perangai..alhamdulliah boleh gu lah skrg ni..

tq sudi vote kat audition project alpha tu ek..

iina said...

Kak Anie

Setiap pasangan itu diciptakan untuk saling lengkap melengkapi.. kalau semuanya sama jek.. memang payah lah.. yelah siapa yang tak suka punya pasangan yang sama citarasa.. sama hobi.. sama perangai.. tapi cam akak ckplah mesti bosan jadinya.. tapi bila dah bertahun kwin.. yg dulu xsuka jadi suka.. yg dulu tak boleh kini dah boleh.. semua itu ambil masa.. seperti mana kita tak suka org mengubah diri kita.. camtulah juga kita seharusnya rasa bila kita pula cuba ubah diri org lain.. tapi kita kenalah sama2 faham.. gado2.. merajuk itu biasa lah ;)

Syaz said...

saya suka entry ni...tahun ni insyallah genab 3 tahun kami kawin...walaupun saya dan suami becinta 7 tahun sebelom kawin..tp kami masih belum kenal each other...kekurangan antara suami isteri sebenarnya adalah utk saling lengkap melengkapi..

kak Erna said...

anie..dulu masa baru kawin..akak pendiam..en.abang memang peramah betul..
sekarang..dah hampir sama dah..pok peknya..tapi masih lagi dia terlebih peramahnya..

xiiinam said...

Salam...
Macam sama dengan saya dan suami...tapi itulah teman susah dan senang sejak lebih 17 tahun lau...

Kak anie said...

Memey...kalau sama2 je nanti boring kan..?

-----------------------------

Mokcik...memanglah orang laki ni mcam tu kan...sekarang ni cik abang akak dah suka makan ikan sungai....dulu langsung takmo...

---------------------------

Maksu...masa 5 tahun tu lah...kalau nak gaduh pun gaduhlah...sebab masa tu baru kita tau apa yang dia suka...apa yang dia tak suka

---------------------------

ainnoraini...hehehe...bila radio dah takde mesti dia tak terhibur...

--------------------------

Daleela...pengalaman orang lama ni

--------------------------

fmunyraz...untuk pedoman anak2 muda yang baru mendirikan rumahtangga

--------------------------

Syafrizal...panas baran ni selalunya orang muda2 aje...bila dah berusia...panas baran dah berkurangan...darah muda lah katakan...

Kak anie said...

Jai...insyaallah...semoga dikekalkan hingga ke akhir hayat...ameen

--------------------------

leeya...ingat pesan akak...dlm rumahtangga...awal tahun perkahwinan...kena banyakkan sabar...

-------------------------

Zar...hahahha...nak tergelak ayat yang last tu...mau jugak dia buat lawak...abang akak ni susah nak melawak...

Memang betul tu...kita kena tau...yang kadang2 gaduh tu adalah salah satu cara untuk kita ketahui apa yang dia suka atau tidak suka...kene tengok the positive side

------------------------

ina...pasal berlainan tu...kita berusaha untuk sesuaikan...tu yang ada gu tu...

Boleh undi lagik tak?...kalau boleh nanti kita undi lagik ye

-----------------------

iina...memang tak seronok untuk mengubah orang lain...sebab bila kita kawin kita terima dia seadanya...kalau lama2 hidup bersama kita berusaha untuk merapatkan jurang perbezaan tu...

Gado2...merajuk rajuk...jgn lama2...kan?

--------------------------

syaz...akak dah kenal suami tu dari sekolah rendah lagik...tapi memang kita tak kenal dia sepenuhnya...tapi bila dah hidup sebumbung baru kita kenal hati budi sebenar...dan kita sebagai suami isteri patut tegur menegur untuk kebaikan bersama...

Akak doakan syaz dan suami akan hidup aman bahagia...

-----------------------

Kak...hahahah...dia pulak yang terlebih peramahnya ye..

-----------------------

xiinam...yang penting dia bertanggungjawab dan sanggup bersama kita dalam susah dan senang...betul tak?

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails