Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, May 21, 2010

Akademi Fantasia Konsert Akhir...



Masa aku menulis ni...aku kat depan TV...apa lagi sedang berlunjur sambil berfacebooking dengan laptop aku.

Tadi aku terlihat promo untuk Akademi Fantasia Konsert Akhir...ntah...aku pun tak perasan bila...cuma aku tau ianya pada hari Sabtu nanti...

Terperanjat beruk aku...

'Huh!!!  AF dah konsert akhir...??

Bila AF ni start ye...tetiba dah nak konsert akhir...??

Peserta-pesertanya...sorang pun aku tak dapat nak sebut nama diorang...sorang pun aku tak kenal...

Sebabnya...bagi aku Akademi Fantasia sekarang dah hilang sengatannya...dah takde yang menarik.

Time aku menonton AF dulu ialah masa Zahid menjadi juara...kerana masa tu aku baru pasang Astro kat rumah...pastu...masa Mawi menjadi juara....

Lepas tu...aku cuma tengok konsert2 mingguan mereka aje...

Dan ketika Hafiz menjadi juara...aku cuma tengok konsert akhir...tapi aku masih lagi kenal peserta peserta mereka...

Tapi kali ini aku langsung tak kenal...malas nak ambil tau...

Kalau orang kata aku dah tua sebab tu aku malas nak ambil tau...yang herannya anak2 aku langsung tak amik pot...langsung tak amik tau...

Mungkin bagi mereka...sudah takde menariknya Akademi Fantasia ni...

Aku rasalah...AF ni patut diberhentikan dulu...sebab...aku dah jelak...dengan program realiti ini...

Menangis-menangis di akhir rancangan itu bagi aku dah basi dah. 

Aku rasa pelik...kadang baru 2 minggu bersama kat dalam tu...bila berpisah dah menangis2...cuba lah yang paling kuat menangis ...yang paling sedih bila kawannya keluar tu menggantikan peserta yang keluar tu...nak tak dia. ??  Gerenti takmolah...









...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

13 comments:

iina said...

Saya lagik tak tahu kak.. mmg langsung tak ambil tahu pasal af nie dah.. kat uk nie mcm2 realiti tv.. x factor ler.. britain got talent lah (ini plg best sebab pemenang dia dapat buat persembahan depan queen) tapi rancangan diorg mmg bakat asli.. dulu glemer kejap big brother.. lepas tuh dah nak masuk 10 thn org pun dah boring dah nk tgk.. samalah cam af kan.. org semua dah tau dah jln ceritanya..

ckLah @xiiinam said...

Salam....
Err...ada lagi ya AF ni?
Tengok masa AF 1 je dulu sebab dalam pantang, tak ada kerja nak buat, pegang remote control je. Sekarang bayi tu pun dah besar...dekat 10 tahun juga ya!

MAMAMIA said...

Samalah kita...tak mengikuti perkembangan langsung, tahu2 dah final. .. Kali ni nak try tengok program 'Imam Muda' tu pulak..

Acik Erna said...

anie..akak tahu ada af tu..sebab budak2 kat rumah ni tengok..dia orang cerita ngan maknya..akak malas nak tengok..akak dah tengok masa af 1 lagi..masa tu best la tengok..bila dibuat tiap tahun malas dah..

Sufi Asri said...

aku x tgk lah af nie... masa org heboh2 dulu ada la teringin nak tgk tapi x kesampaian.. tapi skg lngsung x peduli.. sebb aku rasa af nie kosong, x best.. aku nyanyi lagi sedap kot.. haha..

Kak anie said...

iina...benda bila baru2 memang orang suka...tapi bila dah lama...takde pembaharuan...asyik2 benda tu aje...jadi bosan...dah lah bakat diorang tu tak seberapa yang diorang war2kan hanyalah gosip diorang kat dalam tu...dah takde benda dah

-----------------------

xiinam...dah sepuluh tahun dah...dalam lama benor...dah malas nak tengok dah..bosan

-----------------------

mamamia...akak pun tertarik dengan promo rancangan tu...tapi belum lagi disiarkan kan?

-----------------------

Kak...dah serupa aje tiap2 tahun...asyik2 gosip2...cintan cintun...nangis2...nyanyi tahap biasa2 je...

----------------------

zoro...hahaha...ye lah tu...

JIE said...

Salam kaklady,
Saya pun seronok tengok masa af1 dan af2 aje, sebab budak2 masa tu innocent giler dan tak plastik :-)

zino said...

zino tak pernah tengok AF ni.. bila mula dan bila akhir pun dah tak kisah hehe

ibundo said...

salam. af ni dah takde sengat. sengat dia semua mawi dah bawak pergi...

zura aini said...

saya pun dah tak ikuti langsung, memang dah tak menarik pun AF ni, tak ada apa yg special.harap AF ni tak payah lah sambung2 lagi tahun akan dtg, lebihkan rancangan keagamaan pulak.

Zareda Norman said...

kak anie

samalah kita. Tak follow sangat AF ni. Lagi banyak zar follow Raja lawak hari tu.. tahun ni rasa cam hambar jer AF tu

Luna said...

kak lady, saya ni sampai join KAFAN (kelab anti akademi fantasia) lagi! haha punya la nyampah kat realiti show yg x membina langsung nih...

Kak anie said...

Jie...tulah dulu diorang tu nampak real...sekarang macam dibuat-buat je...

---------------------------

Zino...orang kata dah tak amik pot dah...

---------------------------

Kak Pah...yelah...semua dia dah bawak pergi...

--------------------------

Zany..tak lama lagi ada rancangan Imam Muda...looking forward to see the show...

--------------------------

Zar...takde rasa apa pun AF sekarang ye...

-------------------------

Luna...nak tergelak betul akak dengan kelab tu...memang betul tak membina langsung...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails